CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1669|Reply: 0

[KELANTAN] Polis Kelantan Guna Khidmat MPV, URB Pantau Pelajar Selepas Waktu Sek

[Copy link]
Post time 24-1-2021 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (kiri) melihat pelajar sekolah dengan mematuhi SOP sempena Program First Day at School di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di Kota Bharu, hari ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


Berita Harian

Syaherah Mustafa
[email protected]

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan memantau pelajar sekolah melalui khidmat Unit Peronda Kereta (MPV) atau Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi walaupun selepas tamat waktu sekolah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya juga akan menggunakan khidmat Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di seluruh negeri untuk bekerjasama dengan pihak sekolah mengenai perkara berkenaan.

Katanya, pematuhan SOP ketika di dalam sekolah sudah memuaskan namun apa yang dibimbangkan ialah suasana selepas tamat waktu sekolah apabila dikhuatiri pelajar membuka pelitup muka atau berkumpul sesama mereka.

"Jadi, dengan adanya kehadiran polis di sekitar sekolah dapat memberi peringatan kepada mereka untuk terus patuh SOP, dan anggota bertugas akan memantau 10 minit sebelum dan 10 minit selepas waktu persekolahan sehingga keadaan dilihat lengang.

"Memandangkan di Kelantan terdapat sehingga 175 sekolah menengah dan pihak polis menghadapi kekangan, pelaksanaan tugasan khidmat MPV atau URB perlu diatur secara baik agar setiap sekolah dapat dikawal.

"Kita juga sudah sedia maklum, bahawa pihak sekolah hanya boleh menegur pelajar ketika waktu persekolahan. Selepas waktu sekolah biar polis yang bantu," katanya selepas menghadiri sebuah program dan meninjau pematuhan SOP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Shafien turut berpuas hati dengan pentadbiran di sekolah terbabit yang mengaturkan beberapa kaedah untuk pelajar dan ibu bapa yang menghantar anak-anak selain mewujudkan susunan parkir motosikal yang baik, sekali gus mematuhi SOP ditetapkan.

"Malah, pihak sekolah turut menitikberatkan disiplin pelajar dalam norma baharu bagi memastikan mereka membuat pemeriksaan suhu, memakai pelitup muka serta mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera.

"Saya berharap setiap sekolah di negeri ini dapat mengikut jejak langkah terbabit supaya dapat sama-sama mengekang penularan pandemik, sekali gus memastikan proses pembelajaran di sekolah berjalan lancar.

"Kami tidak mengenakan kompaun sewenang-wenangnya terutama kepada pelajar, namun berharap dengan kehadiran anggota setiap kali selepas waktu sekolah boleh mengingatkan mereka untuk terus patuh SOP," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.107740 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list