CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 826|Reply: 0

[SABAH] Maritim Malaysia masih lakukan pemantauan di dua lokasi bot karam

[Copy link]
Post time 19-1-2021 06:57 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Sandakan masih melakukan pemantauan di dua lokasi kejadian bot karam di Kuala Meruap dan Kuala Kinabatangan Besar.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata operasi pencarian lima mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu masih belum menemui sebarang petunjuk positif.

Beliau berkata walaupun operasi mencari dan menyelamat secara bersepadu yang membabitkan pelbagai agensi telah ditamatkan tetapi pihaknya masih melaksanakan operasi secara rutin harian di kawasan itu.

“Pemantauan secara berterusan di lokasi kejadian masih dijalankan oleh aset-aset Maritim Malaysia,” katanya.

Zainudin memberitahu keadaan laut masih bergelora di sekitar kedua-dua lokasi kejadian.

Beliau mengingatkan komuniti nelayan agar sentiasa peka kepada amaran cuaca dan bencana alam seperti hujan lebat, ribut dan angin kencang yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Elakkan keluar ke laut jika cuaca tidak mengizinkan. Patuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang menemui sebarang petunjuk atau bukti berkaitan kedua-dua SAR diminta untuk menyalurkan maklumat terus ke bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.

Dalam kejadian lebih kurang jam 4 pagi Rabu lepas, tiga mangsa bot tunda Ever Winner yang karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar, masih hilang.

Tiga mangsa yang masih dilaporkan hilang itu, kapten bot iaitu Mohamad bin Mal, 49, serta dua kru, Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22, dan Azlan Hassan, 23.

Bot tunda Ever Winner dikendalikan oleh empat kru termasuk kepten difahamkan sedang menunda sebuah tongkang (barge) Ever Eternity, membawa muatan minyak sawit mentah bersama seorang kru.

Ketua jurutera bot Ever Winner, Asman Mohamad, 31, yang merupakan anak kepada kapten bot telah terselamat bersama kru tongkang Ever Eternity, Rosli Antala, 48.

Dalam kejadian kedua, sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan bersama empat kru termasuk tekong terbalik dan karam di perairan Kuala Meruap, Sandakan, awal pagi Jumaat.

Bot tersebut dikatakan terbalik dan karam akibat dipukul ombak besar ketika sedang melakukan aktiviti perikanan sekitar jam 4.00 pagi, 15 Januari lepas.

Dua mangsa dikenali Adrian @ Agus Bahtiar, 45, warga Indonesia dan Oyong @ Herman ,35, warga Filipina berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 6.30 pagi.

Dua lagi mangsa iaitu tekong, Andi bin Manso, 40, dan Sindora, 42, masih hilang.

Yusop Teppo


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.053156 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list