CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1373|Reply: 6

[SARAWAK] Tuhan belum cabut nyawa saya

[Copy link]
Post time 19-1-2021 06:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: "Tuhan belum mengambil (cabut) nyawa saya, kalau tidak saya akan mati ditimbus tanah semasa terbaring di atas tilam semasa menonton televisyen," cerita Nona Budis di Kampung Gerung, Jalan Puncak Borneo.

Rumah didiami wanita berumur 63 tahun itu ditimbus tanah runtuh pada kira-kira pukul 8:30 malam, 12 Januari lepas, ketika beliau menonton televisten di ruang tamu. Dinding rumahnya roboh.

Mujur anaknya yang tinggal berdekatan, sempat meluru masuk rumah lalu menarik tangannya keluar untuk menyelamat, jelas Nona ketika ditemui, hari ini.

"Mula-mula ingatkan bunyi daun atau hujan lebat di atas bumbung rumah bunyi berdentum. Tiba-tiba anak saya masuk dan menarik tangan saya agar keluar (menyelamatkan diri). Bila kami berada di atas jalan, saya nampak lampu rumah terpadam," katanya yang tinggal sendirian sejak kematian suaminya pada 2005.

Ruang tamu Nona ditimbus tanah setinggi kira-kira 1.2 meter.

Tanah bukit di belakang rumahnya itu ditanam dengan beberapa pokok buah tempatan dan 200 tiang lada sebagai sumber pendapatannya selama 30 tahun kebelakangan ini.

Beliau menyara kehidupan dengan menanam dan menjual sayur di kampung selepas semua anak-anaknya mendirikan rumah tangga masing-masing.

Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata sehingga semalam 39 kes tanah runtuh dilaporkan di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong.

Dua darinya melibatkan runtuhan di jalan raya utama.

"Justeru itu kami meletakkan banyak usaha dan kes di kediaman Nona adalah yang paling buruk setakat ini kerana ruang tamu rumah beliau runtuh dan kini beliau tinggal bersama anaknya.

"Kami sudah menjalankan kerja pembersihan tanah dibantu oleh seorang kontraktor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempercapatkan kerja dan diteruskan dengan kerja baik pulih," katanya ketika berkunjung ke kampung berkenaan.

Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih dijalankan sejak Jumaat.

Henrietta Liza

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh arr nak cuci balik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 07:34 PM | Show all posts
namemysoul replied at 19-1-2021 07:04 PM
Jenuh arr nak cuci balik...
kalo acik tu reti berporum...
rasa nya dia akan reply ...

takpa cuci balik... dari terbenam dalam timbunan tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 07:35 PM | Show all posts
Alhamdulillah kaka tu terselamat...mmg belum ajal...
Teringat kes pasangan yg mati tertimbus tanah di Banjaran Tambun Ipoh...tanah runtuh pun menyampah kut tgk org berzina...alang2 baik terus kambus...Nauzubillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2021 07:42 PM | Show all posts
Nenolen replied at 19-1-2021 07:35 PM
Alhamdulillah kaka tu terselamat...mmg belum ajal...
Teringat kes pasangan yg mati tertimbus tanah  ...
apa jadi dengan kes aritu yer?

last FC baca takat jumpa mayat2 jer ... tak tau ada update ke tak...


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 09:58 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-1-2021 07:42 PM
apa jadi dengan kes aritu yer?

last FC baca takat jumpa mayat2 jer ... tak tau ada update ke tak ...

Bomba dpt keluarkan mayat pasangan tersebut then isteri mangsa lelaki buat pengecaman mayat suami...yg mayat perempuan rasanyer adik-beradik dia buat pengecaman...both mangsa tinggal berdekatan dan kenal satu-sama lain...polis sahkan yg mereka ada dokumen sah utk rentas negeri atas dasar kerja...news ada update waktu pengebumian...hari yg sama but lain2 waktu...porumner semua kesian kan wife tu...harap2 byk ler insurance yg dia dpt...hati dah hancur berkecai...sian kat anak2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2021 05:06 AM | Show all posts
Nenolen replied at 19-1-2021 09:58 PM
Bomba dpt keluarkan mayat pasangan tersebut then isteri mangsa lelaki buat pengecaman mayat suami. ...
makaseh update ...
malas baca lebih2 ... kang terkutuk termaki ... payah jugak tu

tapi tu la ... sentiasa kena hati2 ...
kita tak tau apa akan terjadi kan ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.390248 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list