View: 1060|Reply: 1
|
[SARAWAK] 30juta dari Kerajaan Sarawak bantu pelajar Sarawak bayar PTPTN
[Copy link]
|
|
KUCHING, Isnin: Kerajaan Sarawak akan membantu para pelajar Sarawak untuk membayar balik pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang tertunggak sebagai pemberian insentif seperti yang dijanjikan sebelum ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada sidang media pagi ini di Wisma Bapa Malaysia.
Kerajaan GPS Sarawak telah memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan tersebut, jelas Datuk Patinggi Abang Haji Zohari pada sidang media yang diadakan bersempena majlis ringkas untuk menyerahkan dua buah bas sumbangan Kerajaan Sarawak kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong pada suatu majlis ringkas yang diadakan di perkarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Datuk Patinggi Abang Haji Zohari menyatakan Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada PTPTN.
“Sekarang ini baru sahaja selesai perbincangan antara Yayasan Sarawak dan PTPTN; sudah ada formula bagi kita membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan dengan PTPTN di mana kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta,” ujar beliau.
Pemberian insentif tersebut akan membantu para pelajar menyelesaikan 30 % daripada baki hutang mereka dengan PTPTN yang melibatkan seramai 9634 pelajar, jelas Yayasan Sarawak ketika dihubungi.
Menyentuh mengenai bantuan lain kepada para pelajar Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari menyatakan Kerajaan GPS Sarawak telah membantu para pelajar Sarawak dari segi kos tambang balik ke Sarawak ketika musim perayaan bagi pelajar-pelajar Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|