CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1320|Reply: 3

[SABAH] Bot karam di Sabah, 2 nelayan hilang

[Copy link]
Post time 17-1-2021 05:04 AM | Show all posts |Read mode
SANDAKAN: Satu lagi kejadian bot karam akibat dibadai ombak membabitkan empat mangsa dilaporkan di perairan Kuala Meruap, Lahad Datu, pada Jumaat.

Dalam kejadian membabitan bot nelayan kira-kira jam 4 pagi itu, dua mangsa dilaporkan selamat, manakala dua lagi masih hilang.

Mangsa selamat dikenali sebagai Adrian @ Agus Bahtiar, 45, dan Oyong @ Herman, 35, yang diselamatkan nelayan lain yang berada berhampiran kawasan itu.

Mangsa masih hilang dikenali sebagai Andi Manso, 40, dan Sindora, 42, kata Pengarah Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki.

Beliau berkata, susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan jam 7 petang, Jumaat.

"Kita menerima maklumat bot berkenaan dipukul ombak kuat sebelum terbalik dan karam.

"Sejurus menerima makluman, SAR digerakkan membabitkan enam aset laut pelbagai agensi keselamatan.

"Pencarian menumpukan keluasan 175 batu nautika persegi dan dibahagikan kepada enam sektor," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi SAR berdepan kesukaran akibat cuaca buruk.

Rabu lalu, sebuah bot tunda karam di perairan Kinabatangan, dengan dua mangsa selamat manakala tiga lagi masih hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 05:06 AM | Show all posts
Semoga d permudahkan urusan ... semoga mereka2 ni terlindung dan dapat d selamatkan ... aamiin

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 05:08 AM | Show all posts
SANDAKAN: Empat kru bot tunda berdepan detik cemas apabila bot dinaiki tiba-tiba dipukul ombak lalu terbalik dan karam di perairan Kuala Meruap, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, hanya dua kru berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang melalui kawasan tersebut dan dua kru lagi dilaporkan hilang.

Insiden bot karam ini adalah kejadian kedua yang dilaporkan berlaku di perairan Sandakan pada minggu ini. Pada Rabu, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) turut diaktifkan bagi mencari tiga kru bot tunda yang dilaporkan karam di perairan Kinabatangan.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada 7 petang semalam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

Beliau berkata, bot tersebut dikatakan terbalik dan karam akibat dipukul ombak besar ketika sedang melakukan aktiviti perikanan sekitar 4 pagi, semalam.

Dua mangsa dikenali sebagai Adrian @ Agus Bahtiar, 45, warga Indonesia dan Oyong @ Herman ,35, warga Filipina berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang melalui kawasan tersebut sekitar 6.30 pagi.

Sementara, dua lagi mangsa iaitu tekong Andi Manso, 40, dan Sindora, 42, masih hilang. Kedua-duanya warga Indonesia dan pencarian sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, operasi CARILAMAT yang memasuki hari kedua ini dipecahkan kepada enam sektor meliputi keluasan 175 batu nautika persegi.

Operasi ini melibatkan enam aset laut terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 05:27 AM | Show all posts
SANDAKAN: Sebuah bot pukat tunda nelayan tempatan bersama empat krew termasuk tekong dilaporkan terbalik dan karam di perairan Kuala Meruap, Sandakan, awal pagi Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan Operasi Carilamat pada jam 7.00 petang semalam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut.

Beliau memberitahu bot tersebut dikatakan terbalik dan karam akibat dipukul ombak besar ketika sedang melakukan aktiviti perikanan sekitar jam 4.00 pagi, 15 Januari lepas.

“Dua mangsa dikenali Adrian @ Agus Bahtiar, 45, warga Indonesia dan Oyong @ Herman ,35, warga Filipina berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang melalui kawasan tersebut sekitar jam 6.30 pagi.

“Dua lagi mangsa iaitu tekong Andi Manso, 40, dan Sindora, 42, masih hilang. Kedua-duanya warga Indonesia dan pencarian sedang giat dijalankan,” katanya.

Zainudin berkata Operasi Carilamat yang memasuki hari kedua ini dipecahkan kepada enam sektor meliputi keluasan 175 batu nautika persegi dengan penglibatan enam aset laut terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam perkembangan di perairan Kuala Kinabatangan Besar, beliau berkata operasi Carilamat ke atas tiga mangsa bot tunda yang karam di perairan Kinabatangan pada Rabu lalu memasuki hari keempat hari ini.

“Keadaan laut yang bergelora ditambah dengan cuaca yang buruk dilihat antara punca berlakunya kejadian bot karam,” katanya.

Awal pagi Sabtu, Zainudin berkata satu mayat ditemui terapung di sekitar Pulau Tambisan oleh penduduk setempat.

“Kapal peronda Maritim, KM Serasan telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 11.30 pagi bagi membawa mayat mangsa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan pengecaman oleh ahli keluarga serta bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata ini boleh dikaitkan dengan dua tragedi bot karam di perairan Sandakan dalam tempoh tiga hari.

“Keadaan cuaca yang buruk ini turut menyukarkan lagi usaha pasukan pencari dan penyelamat,” katanya.

Justeru itu, Zainudin berkata Maritim Malaysia mengingatkan kepada komuniti nelayan agar sentiasa peka kepada amaran cuaca dan bencana alam seperti hujan lebat, ribut dan angin kencang yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Elakkan keluar ke laut jika cuaca tidak mengizinkan. Patuhi langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang menemui sebarang petunjuk atau bukti berkaitan kedua-dua Operasi Carilamat diminta untuk menyalurkan maklumat terus ke bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999.

oleh
Yusop Teppo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.815145 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list