CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 3

[SABAH] Ketepi perbezaan politik dalam usaha bantu mangsa bencana alam

[Copy link]
Post time 16-1-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode
KUDAT: Jangan mempolitikan usaha pembangkang untuk menunaikan tanggungjawab murni ketika musim bencana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor Chong Chen Bin @ Ben Chong berkata, beliau kecewa apabila terdapat arahan tertentu kepada pegawai di daerah berkenaan dilarang terlibat bersama dalam lawatan dan tinjauan banjir dengan pihak persatuan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dihadiri wakil pembangkang.

"Saya amat terkilan dan kecewa sebab ada campur tangan politik dalam urusan pentadbiran daerah sehingga menyusahkan rakyat.

"Saya tidak menyalahkan pentadbiran daerah memandangkan mereka juga mengikut arahan pihak atasan dalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, bermotifkan politik hanya menyusahkan rakyat untuk mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak pembangkang mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin membantu golongan yang terjejas akibat banjir di Kudat.

Ben memberikan contoh ketika Dewan Perniagaan Cina Kudat mengadakan tinjau mesra terhadap peniaga di Pekan Kudat yang terjejas akibat banjir, terdapat arahan dikeluarkan agar pegawai kerajaan di daerah berkenaan tidak dibenarkan hadir sama kerana mempunyai wakil WARISAN.

"Dalam soal bencana alam, kita sepatutnya ketepikan soal parti. NGO adalah badan bebas dan membantu atas kapasiti sebagai 'neutral' yang mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira idealogi.

"NGO memerlukan agensi kerajaan dan sesiapa sahaja yang boleh membantu dalam soal kemanusiaan terutamanya dalam mengurus bencana yang berlaku di mana-mana dunia sekalipun," katanya.

Katanya, janganlah kerana perbezaan fahaman politik rakyat menjadi mangsa dan merana. Segala sumbangan dan penglibatan NGO ingin membantu terjejas akibat wujudnya campur tangan politik untuk membuat sekatan.

"Saya minta maaf kepada semua peniaga-peniaga yang terjejas berikutan kejadian banjir bahawa saya tidak dapat datang bersama Dewan Perniagaan Cina Kudat dan pegawai kerajaan untuk melawat ke setiap kedai sebab ada arahan bagi menghalang pegawai berkaitan turut serta dalam tinjauan murni ini.

"Sebenarnya, saya ingin mencadangkan membawa pihak jabatan kebajikan datang melawat setiap  peniaga yang terjejas dan bertanya berapa kerugian yang dialami agar pihak kerajaan mampu membantu meringankan beban para peniaga," katanya.

Ben mengingatkan bahawa pegawai berkaitan dalam kerajaan perlu turun padang bertemu dengan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir ini.

oleh
Yap Siong Han

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2021 04:28 PM | Show all posts
Setuju!!~

Harap ketepikan perbezaan pendapat ... utamakan rakyat ...


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 07:54 PM | Show all posts
dorang dari awal pkp hari tu dah pikir pasal politik

skrg ni rakyat dah tau sapa yang nak diundi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2021 03:59 AM | Show all posts
Vellfire replied at 16-1-2021 07:54 PM
dorang dari awal pkp hari tu dah pikir pasal politik

skrg ni rakyat dah tau sapa yang nak diundi
...
Benci tol bila jadi camni... dengan Covid nya ... dengan banjir nya ... masih lagi nak bertekak pasal politik... sama2 bantu apa salah nya

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045271 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list