View: 3617|Reply: 0
|
Cerpen : Selendang Taqwa
[Copy link]
|
|
“Saya mengistiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ………………”
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyampaikan tarikh permulaan puasa.
Aisyah mendengarnya dari siaran tv,lantas matanya bergenang…..di tangannya Selendang Sifon
Sakura yang amat nostalgia… Selendang yang dibeli suaminya masih tetap berada di almari kamar….Tidak
mampu untuk dipakainya hingga hari ini…
“Ibu..mengapa ibu menangis?”Tanya anak bongsunya,Syahirah yang baru berusia 4 tahun….
“Adik……..”ujarnya sambil mengesat pipi yang semakinkebasahan…. Pada tahun 2005 adalah tahun yang
amat bersejarah….Ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas keluar kerja sebagai jururawat,tiba-
tiba terdengar dentuman di jalan raya… kelihatan seorang lelaki terperosok di bawah kereta berlumuran
darah….Orang ramai saling bantu-membantu mengeluarkan lelaki tersebut dan lehernya kelihatan
luka kecederaan yang agak besar..darah terpercik laju…
Aisyah yang melihat kejadian itu,terus membuka selendangnya dan melilit leher lelaki yang
tidak dikenali itu agar darahnya tidak terus memancut keluar…... 20 minit kemudian,ambulan datang dan
membawanya ke hospital….
6 bulan berlalu…… “Nama apa?”Tanya lelaki yang masih dirawat di hospital ketika
seorang jururawat
menghantar ubat untukdimakan. “Aisyah…..” “Sedap nama…….”balas lelaki tersebut…. “Awak suka
warna apa?”tanya lelaki itu lagi. “Biru………”jawabnya jujur…………..
Aisyah lantas pergi setelah menjawab pertanyaan lelaki tersebut. Aisyah hanya tersenyum
manja…………. Lelaki itubangun dari katilnya dan melihat keratanakhbar di dinding .
“Selendang menyelamatkan seorang lelaki kemalangan…..”Itulah bunyi tajuknya dalam
akhbar Harian Metro.Ia membaca denganpenuh minat dan tertanya-tanya siapakah wanita yang melilitkan
selendang kelehernya . Seminggu kemudian ,lelaki bernama Affan itu keluar dari hospital dan
memulakan pekerjaannya sebagai seorang “Mat Rempit“ menghantar surat dari satu tempat ke
tempat….
Walaupun 6 bulan bercuti sakit,mujurlah majikannya masih menerimanya sebagai pekerja…
“Jauh termenung Fan….”ujar ibunya ketika Affantermangu-mangu di serambi rumahnya… “Fan
terfikir..siapakah gadis yang melilitkan selendangnyake leher Fan masa kemalangan tempohari….”
“O…..o….itu yang Fan fikirkan…..siapa pun dia,itu tak penting..yang penting Fan
mendoakan kebaikan buatnya”balas ibunya.
Affan hanya mengangguk….sambil menggaruk lehernya yang masih berbekas jahitan akibat
luka kemalangan… Suatu hari Affan teringat dengan keratan akhbar kisahkemalangannya di hospital,lantas
memecut laju motornya ke hospital dan bertanyadengan ketua jururawat…
“Kak…saya nak tanya…tentang keratan akhbar tu..saya la yang kemalangan tempohari…”ujar Affan
membuka cerita.
“Jadi..mengapa?”tanya jururawat tersebut acuh tidak acuh…
“Saya nak tahu mengenai selendang yang dililitkan ke leher saya…”balas Affan dengan bersungguh-sungguh.
“Oooooo….pada hari kejadian kebetulan bekas staff sini baru balik kerja dan lihat kemalangan berlaku…
dia pun lilitkan selendang ke leher awak…”Balas ketuajururawat.
“Bekas jururawat sini?apa namanya?dia sekarang kat mana?”tanyaAffan bertalu-talu…
“Namanya Aisyah…dia sekarang sambung belajar di UKM,ambil kursus farmasi.”Ketua jururawat
menjelaskan.
Baru Affan teringat….seorang jururawat yang menghantar ubat kepadanya,itulah gadis yang
melilitkan selendang ke lehernya.. Setelah mengambil nama penuh Aisyah,Affan mengucapkan terima kasih
kepada ketua jururawat dan keluar dari hospital dengan seribu persoalan…
“Siapa pula hantar ni?”tanya Aisyah kepada teman sebiliknya Norhayati pada satu petang.
“Tadi ada lelaki datang..Macam despatch je….katanya nak bagi bungkusan kat awak….”jawab temannya.
Lantas Aisyah membuka bungkusan itu.Selendang warna biru dan sekeping nota
“Terima kasih….semoga Allah merahmati saudari dunia dan akhirat”.
Aisyah termanggu-manggu memikirkan siapakah jejaka misteri yang menghantar selendang hingga kebiliknya.
Amat cantik selendang pemberian lelaki tersebut.Warna biru yang bercorak bunga-bunga
kecil….Seminggu kemudian,ada lagi bungkusan sama…begitu juga minggu seterusnya. Aisyah mula curiga
dan sangsi…..
Pada satu petang,ia ponteng kelas.Menunggu dari jauh untuk melihat siapakah lelaki yang
menghantar bungkusan mengandungi selendang kepadanya… Apabila melihat seorang lelaki naik ke
biliknya,Aisyah mula mengekori dan memerhati dari belakang.
Apabila lelaki tersebut menyerahkan bungkusan kebiliknya,Aisyah menyapa dari belakang
“Assalamualaikum!”Terperanjat Affan dengan suara dari belakang dan menoleh….
“Wa….wa…waalaikumsalam……”jawab Affan terketar-ketar…
“Awak?awak ni kan yang kemalangan hampir patah leher dan masuk hospital 6 bulan …?”tanya
Aisyah seakan-akan pernah melihat lelaki tersebut.
“Ya…saya….saya….”jawab Affan mengiyakan.
“Saya mohon maaf…..kerana menghantar bungkusan hadiah untuk awak..kerana saya
mahu mengucapkan terima kasih kepada awak yang melilitkan selendang ke leher saya pada hari
kemalangan…….”berkaca mata Affan menerangkan tujuannya.
“Ooo…tidak mengapa….saya ikhlas membantu….”jawab Aisyah. “Saya minta maaf
banyak-banyak…kerana mungkin cara saya tidak disukai awak….”Luah Affan. “Tidak mengapa….saya
hargai pemberian awak..Cuma saya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang suka hadiahkan saya
selendangwarna biru setiap minggu….”jawab Aisyah.
Perbualan ringkas membuahkan perkenalan pertama seorang lelaki bernama Affan dan
seorang gadis manis bernama Aisyah. Mereka mula berbalas sms dan bertemu sekali sekala apabila
terluang… “Awak……….saya ni Mat Despatch je……umpama seekor semut kecil yang mahu mengangkat
seketul gula Melaka…..saya amat terharu awak sudi berkawan dengan saya…” Aisyah tersenyum membaca
sms dari Affan…amat dalam maknanya…
“Mak…..saya nak minta…..”ujar Affan di satu malam.
“Minta apa?”balas ibunya. “Boleh tak meminang
Aisyah buat saya?”jawab Affan.
“Aisyah?siapa?”tanya ibunya kehairanan.
“Mak ingat tak…..gadis yang lilitkan selendang di leher Affan masa kemalangan tempohari….itulah
Aisyah…”balas Affan.
“Fan…..Mak bukan nak hina kamu..diabelajar tinggi….kerja pun gaji besar..kamu Mat Despatch je…
kamu rasa ibu bapa dia terima ke kamu?”nasihat ibunya.
“Kita cuba je Mak..mana le tahu rezeki…..”balas Affan sambil mendongak ke langit….
Ketika Aisyah memberitahu ibu bapanya mengenai Affan mahu meminangnya,Ayahnya
membentak. “Mat Despatch?Aisyah..Aisyah…..berapa ramai lelaki dalam dunia ni….mengapa pilih
Mat Despatch?”
“Ayah………..ramai kawan-kawan Aisyah berkahwin dengan pemandu lori,pekerja kilang..tapi mereka
bahagia….Apa salahnya Mat Despatch?ia pekerjaaan halal….”Aisyah cuba memujuk.
Berkat kesabarandan doa berterusan,akhirnya ibu bapa Aisyah bersetuju dengan pilihan
anak bongsunya.3 bulan kemudian Affan dan Aisyah disatukan.
Mereka kini telah sah menjadi suami isteri. Aisyah bekerja sebagai ketua Farmasi di Hospital
Besar Melaka,manakala Affan masih meneruskan kerjanya sebagai MatDespatch.Enam bulan
kemudian,Affan berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam dengan menjual pelbagai tudung dan
selendang.
Bermula dari motosikalburuk,kini Affan membeli sebuah van dan mempunyai seorang
pembantu. Isterinya membantu Affan membesarkan perniagaan dengan suntikan modal dari hasil gajinya
.Setelah anak sulong yang dinamakan Saffiah berusia dua tahun ,Affan telah berjaya mempunyai premis
pakaian di Arked Mara.
Perniagaan yang semakin maju mengeratkan lagi hubungan rumah tangga. Pada
tahun2008,lahirlah anak kedua yang dinamakan Syahirah.Kehadiran dua cahaya mata telah mengukuhkan
lagi hubungan suami isteri.
Pandangan negatif ayah Aisyah telah berubah apabila melihat Affan kini telah berjaya menjadi
usahawan. “Abang…..Aisyah berkenan dengan selendang yang keluar tv tu….”ujar Aisyah pada satu malam
selepas berterawih dengan suami tersayang.
“Selendang apa?”tanya suaminya.
“Selendang SifonSakura …ada jual kat Jakel….Ayang ingat nak pakai selendang tu raya ni…”balas
Aisyah.
Keesokannya Affan dan anak sulongnya Saffiah memandu jauh mengunjungi kedai Jakel
untuk membeli tiga helai selendang yang dikehendaki isteri tersayang… Cuaca tengahari pada 30
Ramadhan amat panas terik.Affan memandu dengan berhati-hati kerana jalan raya sesak dengan ribuan
kenderaan orang ramai pulang bercuti raya…
Affan menelan air liurnya melihat deretan peniaga menjual pelbagai jenis minuman
sepanjang jalan… “Ayah…Along haus…..”ujar anaknya Saffiah yang baru berusia 6 tahun.. Affan
dengan sebelah tangan memegang stereng mengambil air kotak di tempat duduk belakang yang dibeli di
kedai runcit tadi.
Tiba-tiba tangannya terlepas stereng kereta dan kenderaan telah melintang jalan.Sebuah lori
treler penuh muatan menghentam kereta Affan.
“Abang………………………..Abang…………………….Along…along….”jerit Aisyah melihat
tubuh suami dan anak sulongnya kaku di dalam bilik mayat Hospital Besar Melaka……
PagiAidilfitri yang mendung ,Aisyah ditemani anak bongsunya yang masih kecil menyiram air
mawar ke pusara suami dan anak sulong tersayang yang telah pergi selamanya………………….
~~ TAMAT ~~
Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..
HAKCIPTA TERPELIHARA @sukun 2021
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|