View: 3551|Reply: 9
|
Xiaomi Lancar Peranti Kelas Perdana Mi 11 - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Mi 11
Muhammad Saufi Hassan
[email protected]
Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan peranti kelas perdana terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 11 yang dilengkapi dengan pemproses paling maju dalam kelasnya.
Xiaomi kali ini mengikut jejak langkah Apple apabila tidak menyertakan pengecas untuk mengurangkan penggunaan elemen unik bumi.
Peranti Mi 11 berkenaan dikuasakan dengan pemproses kelas mercu keluaran Qualcomm Snapdragon 888 sekali gus antara peranti terawal yang menggunakan cip berkenaan.
Kuasa pemproses telefon pintar itu dipadankan dengan variasi memori (RAM) 8GB hingga 12GB.
Pemproses berkenaan menggunakan binaan 5nm dan ia menawarkan kuasa tenaga efisien yang baik serta ketahanan bateri lebih lama.
Paling mencuri tumpuan adalah peranti pintar itu hadir dengan sokongan paparan resolusi 2K selain menyokong kadar segar semula 120Hz termasuk HDR10+.
Tetapan kamera pula menggunakan tiga lensa iaitu sensor utama berkeupayaan untuk 108 megapiksel (MP) bersama-sama dengan lensa ultra lebar 13MP dan sensor Makro 5MP.
Menyentuh aspek skrin pula, ia didatangkan dengan keluasan 6.81 inci AMOLED termasuk sokongan audio daripada jenama terkemuka iaitu Harman/Kardon.
Mi 11 hadir dengan kapasiti bateri 4,600mAh serta menawarkan pengecas tanpa wayar 50W termasuk pengecas berbalik 10W.
Peranti kelas perdana itu menawarkan tiga variasi iaitu 8GB bersama storan 128GB, memori 8GB dengan 256GB storan dan 12GB (storan 256GB).
Tanda harga mengikut tukaran adalah sekitar RM2,400 (3,999 Yuan) dan pastinya Xiaomi akan melakukan tanda harga dinamik untuk pasaran Malaysia. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pening otak nak menghadam terma Bahasa Melayu ni.. kelas Perdana.. aduhai... kelas Mercu.. pitam dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa menyertakan pengecas....Mi 11....hanyalah sekadar peranti...'KELAS BELAKANG' jer..bg...AKU. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak besor 6.8 inch..buatla saiz bawah 6 inch..susah nak pakai satu tgn..yg skrg ni den pakai 6.3 pun kadang struggle nak guna satu tgn..rindu plak den ngan redmi 4 den dulu..kalau tak sal stroge kecik mmg den pakai smp skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-12-2020 12:06 PM
Tanpa menyertakan pengecas....Mi 11....hanyalah sekadar peranti...'KELAS BELAKANG' jer..bg...AKU.:hu ...
Ang nak kepala pengecas ka? Aku ada original free.. Hahaha.. Saja bagi ang panas |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 29-12-2020 03:47 PM
Ang nak kepala pengecas ka? Aku ada original free.. Hahaha.. Saja bagi ang panas
ada dh....cuma x berapa nk setuju ngn benda set...tp jual asing2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
fazzrules replied at 29-12-2020 01:18 PM
Bapak besor 6.8 inch..buatla saiz bawah 6 inch..susah nak pakai satu tgn..yg skrg ni den pakai 6.3 p ...
wa pnya pon 6.44....tujuan pon tuk tgk movie..tu yg amk bosar... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-12-2020 03:51 PM
ada dh....cuma x berapa nk setuju ngn benda set...tp jual asing2 ni...
Aku x kisah sbb aku x guna kepala pengecas. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-12-2020 03:53 PM
wa pnya pon 6.44....tujuan pon tuk tgk movie..tu yg amk bosar...
Kalau nak layan movie mmg best la..tp kalau aku tuk guna seharian kat luar umah bawah 6 inch lbh praktikal..nak sumbat lam poket jeans pun just nice..kalau 6.8 inch pastu pasang plak casing yg gedabak apa ntah namanya tu military grade tu senak jugak nak bejalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape la kene beli pulak charger.. bukan semua orsng ada 50w charger... Pakai yang biasa nanti kelautlah fast charging.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|