CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3092|Reply: 0

Serangan Penggodam Komputer Meningkat Di Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 19-12-2020 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Serangan penggodam yang meningkat meningkatkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan komputer. FOTO AFP

WASHINGTON: Peningkatan serangan siber terhadap agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia menyaksikan bilangan yang menjadi mangsa penggodam bertambah.

Penyelidik menyifatkan perkembangan situasi itu meningkatkan lagi kebimbangan terhadap tahap keselamatan komputer dan risiko aktiviti pengintipan.

Microsoft mendakwa, pihaknya menerima aduan daripada lebih 40 pelanggan mendakwa diserang malware dan pakar keselamatan mengesyaki perbuatan dilakukan penggodam mempunyai hubungan dengan Russia.

Serangan malware itu membolehkan penggodam mengakses rangkaian komputer yang tidak dilindungi.

"Sekitar 80 peratus pelanggan ini berada di AS. Setakat ini kami berusaha mengenalpasti mangsa di tujuh lagi negara," kata Presiden Microsoft, Brad Smith dalam hantaran di blognya semalam.

Smith berkata, mangsa penggodam dikenalpasti di Belgium, Britaih, Kanada, Israel, Mexico, Sepanyol dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Sudah pasti jumlah dan lokasi mangsa akan terus bertambah," kata Smith yang menyuarakan kebimbangan seperti dibangkitkan pegawai AS minggu ini berhubung ancaman serius penggodam.

John Dickson dari firma keselamatan Kumpulan Denim pula berkata, banyak sektor swasta yang berisiko terdedah kepada serangan siber supaya meningkatkan tahap keselamatan dengan membina semula sistem pelayan dan perkakasan lain.

"Semua orang terdedah kepada ancaman kerana ia (serangan siber) sangat besar. Ini tamparan hebat terhadap keyakinan kerajaan dan infrastruktur kritikal," kata Dickson.

Serangan siber ini disyaki menyebarkan malware ke dalam jaringan komputer menggunakan perisian rangkaian pengurusan perniagaan yang dicipta SolarWinds, berpangkalan di Texas.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Nasional (NSA) menggesa semua agensi keselamatan AS pihak meningkatkan tahap berjaga-jaga dan waspada bagi mencegah pencerobohan akses ke dalam sistem keselamatan dan ketenteraan utama.

Penganalisis mengatakan, serangan berkenaan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara dengan menceroboh ke dalam sistem rangkaian kerajaan, menimbulkan risiko kepada kawalan sistem infrastruktur utama seperti grid kuasa elektrik dan utiliti lain.

Agensi Keselamatan Siber dan Keselamatan Siber AS (CISA) berkata, agensi kerajaan, entiti infrastruktur kritikal dan organisasi sektor swasta menjadi sasaran 'penggodam yang maju dan berterusan'.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064529 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list