Selain masakan maggi yang tersedia di plastik tersebut, sebenarnya banyak lagi resepi yang anda boleh cuba. Jom ikuti 5 resepi maggi yang anda boleh cuba di rumah.
Kita tahu, kalau beli maggi, kita buka, rendam dalam air sampai 2 minit, masukkan perencah dah siap maggi sup kan. Sebenarnya daripada maggi tersebut banyak lagi resepi yang boleh kita cuba. Daripada maggi boleh lagi menjadi masakan yang lain dengan tambahan beberapa bahan.
Mungkin kita sudah terbiasa maggi adalah makanan segera. Jadi dengan pantas boleh siap dan terus makan. Tetapi kalau anda mempunyai masa, apa kata cuba dulu resepi lain ini tetapi bahan utamanya adalah maggi yang ada pada anda ketika ini.
Jom ikuti perkongsian 5 jenis resepi maggi yang anda boleh cuba ketika berada di rumah dengan penambahan beberapa bahan sahaja. Boleh buat murtabak maggi, maggi goreng, pizza maggi, oden maggi dan sebagainya.
Pelbagai Resepi. Ikuti 5 Resepi Maggi Yang Anda Boleh Cuba #1. Murtabak MaggiDaripada maggi yang kita ada, kita boleh buat murtabak maggi. Biasa kita jumpa murtabak ni pada bulan puasa dengan bazar ramadhan kan. Tetapi kali ni anda boleh buat sendiri tetapi isi adalah bahan daripada maggi. Ikuti perkongsian Shai Anne Ahemed di facebook cara dan resepi untuk buat murtabak maggi
Bahan-Bahan
Maggi kari 1 bungkus
Telur 3 biji
Bawang Merah 3 biji
Sosej (rebus sekejap) bersama Garam
Ajinomoto
Daun bawang
Cara Masak
Masukkan perencah maggi kari dan kesemua bahan di atas dan kacau sampai sebati. Kemudian masukkan 3 biji telur ke dalam bahan yang kita masak tadi kacau sampai sebati.
Rebus mee maggi sampai lembut.
Masukkan mee maggi kedalam bahan-bahan yang kacau tadi sampai sebati dan bahagi kan kepada 2 bahagian.
Kemudian barulah panaskan minyak dan masukkan mee maggi kedalam kuali sehingga masak, kemudian kita terbalik kan mee maggi.
Kemudian kita angkat mee maggi kita hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Dah siap untuk dihidangkan
#2. Oden MaggiBiasa oden ni kita beli di Family Mart kan. Jadi apa kata dengan maggi yang ada, kita jadikan ianya sebagai salah satu bahan untuk hasilkan Oden Maggi. Jimat dan pastinya sedap bila dimasak dengan kasih sayang kan. Jadi ikuti perkongsian daripada Nur Nadhirah Mohd Noor di facebook cara buat oden maggi.
Bahan-Bahan
Air secukupnya
2 perencah Asam pedas Adabi
2 perencah Tom yam Adabi
Nisan sedikit
Garam dan perasa
Sepeket steamboat mix
1 paket Sosej
Maggi/mee hoon/mee/kueh teaw dan pilihan yang anda mahu
Cara Masak
Masukkan air di dalam kuali ikut sukatan sendiri, pastikan tidak terlalu cair
Masukkan 2 paket pes asam pedas adabi & 2 paket pes tomyam adabi
Masukkan sedikit nisan dan garam
Letakkan perasa sedikit dan panaskan kesemua bahan tersebut
Akhir sekali, masukkan maggi/mee hoon/mee/kueh teaw. Kalau taknak maggi kembang, asingkan pun takpa. SIAP!
#3. Donut MaggiDengan maggi pun boleh buat kueh tau iaitu Donut Maggi. Haa ni anda patut cuba, pernah viral suatu masa dulu bagaimana Aznie Khasri kongsikan resepi cara buat donut maggi dengan beberapa bahan dan bahan utamanya pastilah maggi.
Bahan-Bahan
1 bungkus maggi
2 batang sosej yang dipotong dadu
4 biji telur yang dipukul sebati
2 serbuk maggi kari
Bahan Butter
1 cawan tepung gandum
1 cawan air + 2 sudu besar air
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Serbuk roti secukupnya***
Sebatikan kesemua bahan kecuali serbuk roti*** Jika masih pekat, tambah sedikit air lagi dan pastikan jangan terlalu cair. Buat seperti goreng pisang
Cara Masak
Rebus maggi sehingga kembang, kemudian toskan
Masukkan telur, sosej juga serbuk perencah maggi ke dalam maggi. Kemudia gaul sehingga sebati
Panaskan kukusan
Sapukan acuan dengan sedikit minyak (apa-apa acuan yang mempunyai lubang ditengah)
Masukkan adunan maggi tadi di dalam acuan, dan dikukus. Kukus selama 12 minit (Unutk acuan seri ayu kukus 5 minit sahaja)
Bila dah masak, angkat dan boleh dikeluarkan daripada acuan tersebut
Panaskan minyak di dalam kuali
Celupkan seketul maggi yang dah siap kukus tadi ke dalam adunan butter sehingga rata
Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti sehingga rata
Boleh mula menggoreng. Biar hingga warna keemasan dan boleh diangkat. SIAP!
#4. Pizza MaggiIanya sama seperti murtabak maggi tetapi pastinya dibentuk dalam bentuk bulat dan dipotong dalam bentuk pizza. Jadi jom kita tengok resepi buat pizza maggi.
Bahan-Bahan
Maggi kari 1 peket
Telur 2 biji
Bawang merah 1 ulas
Cara Masak
Masak magi kosong. Dah masak angkat dan tapis.
Pecah telur bersama bawang merah. Bubuh perencah maggi kari.
Satukan maggi yang direbus tadi ke dalam telur dan gaul.
Gorengkan di dalam frying pan dengan sedikit minyak. Guna api kecil je tau. Kang rentungg
Balik-balik kan. SIAP!
#5. Maggi BakarKita pergi kepada resepi lain iaitu maggi bakar. Dengan maggi pun anda boleh buat dan cuba resepi ini. Ianya dikongsikan oleh Siti Asa di facebook.
Bahan-Bahan
Maggi
Bawang besar potong dadu
Lobak potong dadu
Kentang potong dadu
Cendawan butang
Tomato ceri utk hiasan.
Bawang putih di cincang
Sosej/ isi ayam / daging kisar
Jejari ketam (kalau ada/ suka)
Serbuk kari 1 sudu besar
Sos pasta 4 sudu besar
Telur 6/7 biji bergantung saiz
Garam
Gula
Chees untuk toping
Cara Masak
Rebus kentang dan lobak
Rebus maggi sehingga kembang dan toskan. Asingkan terlebih dahulu
Tumis bawang putih
Masuk serbuk kari, sos pasta dan perencah maggi.
Masuk setengah cawan air dan kacau
Masukkan sosej/ isi ayam / daging kisar.. Pilih sahaja pilihan ini
Masuk bahan direbus termasuk bawang dan cendawan.
Biar masak seketika.
Boleh kacau sekali dlm kuali
Masukkan dalam loyang pembakar
Tuang telur yg telah siap dipukul (Kalau rajin layerkan maggi dulu pastu buh bahan.. buat 3 lapis dan Baru tuangkan telur)
----------------------------------------------------------------
err,,yang senarai atas ni saya belum berapa nak cuba, tapi
saya baru pekena maggi kari campur telor 2 biji ,pagi2 ni
lapar pula