|
Pelepasan air tercemar dari kolam ternakan ikan keli ke Sungai Selangor dipercayai menjadi punca pencemaran bau seakan bangkai ikan yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas, Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, dan Pengerusi Bersama Hal Ehwal Selain Hal Islam (HESI), Hee Loy Sian, berkata selain tidak mempunyai kebenaran merancang, kolam ternakan ikan itu juga didapati beroperasi tanpa kebenaran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) . |
|