|
SANDAKAN: Gerai makan Pasar Kim Fung, Batu 4 di sini akan ditutup selama tiga hari bermula Selasa bagi membolehkan kerja-kerja nyahkuman dilakukan oleh pihak berwajib.
Perkara itu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun selepas kakitangan Jabatan Kesihatan menampalkan notis penutupan tersebut, tengah hari semalam.
Selain itu, anggota penguatkuasa dari pelbagai jabatan turut hadir membuat pemeriksaan di sekitar kawasan gerai makan pasar tersebut.
Difahamkan, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat dua pesakit yang disahkan positif COVID-19 telah mengunjungi gerai makan di pasar tersebut.
Beberapa hari yang lalu, Calvin turut mendapat aduan awam yang menyatakan keadaan pasar itu sesak pada awal pagi yang mana pengunjung dan peniaga dilihat telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 secara berterusan. Sila jaga jarak antara satu sama lain ketika membeli barangan di pasar dan elakkan berkumpul sehingga tempat menjadi sesak.
"Kita tidak mahu pasar ini menjadi lokasi berisiko tinggi dalam penularan wabak COVID-19. Apabila pasar ditutup, ia bukan sahaja menjejaskan sumber pendapatan para peniaga, malah orang ramai juga tidak dapat membeli barangan keperluan harian di sini," katanya.
Beliau berkata, orang ramai ketika ini juga adalah barisan hadapan yang perlu memainkan peranan untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Noorasvilla Muhamma
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|