|
GENERASI muda adalah pelapis kepimpinan negara, itu merupakan kata-kata hikmah yang sering kita dengar sejak dari dahulu lagi.
Dan semalam bertempat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, para belia dari daerah Semporna yang mana merupakan daerah yang paling terjejas dengan jangkitan Covid-19 di Sabah MENYAHUT CABARAN ibu pertiwi dengan mendaftar sebagai sukarelawan untuk membantu frontliners KKM di sana.
Difahamkan para sukarelawan belia kita ini akan melakukan tugasan di dalam aktiviti pembersihan, nyahkuman dan penghantaran kepada pesakit.
Jika dilihat kepada tugasan mereka ini kita sudah dapat menilai tugasan ini bukan sembarangan malah risiko mereka terdedah kepada virus cukup tinggi.
Namun itu semua tidak menjadi kegentaran kepada belia dan beliawanis Semporna yang berani dan berhati waja bagi meringankan sedikit kerja-kerja frontliners KKM di lapangan.
Atas tujuan keselamatan jugalah belia-beliawanis ini terlebih dahulu telah diberikan latihan keselamatan seperti pemakaian PPE yang betul dan garispanduan yang harus mereka ikuti sepanjang menjalankan tugasan mereka.
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh belia dan beliawanis Semporna ini wajar mendapat pengiktirafan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Semangat Akinabalu mereka sememangnya menakjubkan.
Syabas wahai belia dan beliawanis Semporna, Sabah.
-RP-
Kredit gambar: Muhamad Na’im Ab Razak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|