View: 1302|Reply: 3
|
TVS dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud
[Copy link]
|
|
KUCHING, 11 Okt -- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini melancarkan stesen televisyen milik kerajaan negeri Sarawak, TV Sarawak (TVS), di sini malam ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap di majlis pelancaran tersebut berkata, pelancaran itu merupakan satu lagi sejarah kejayaan untuk Sarawak dan satu mimpi jadi kenyataan untuk semua rakyat Sarawak.
Beliau berkata, TVS merupakan stesen televisyen pertama milik kerajaan negeri di negara ini dan akan menjadi platform kepada pencipta, penerbit dan artis Sarawak untuk menunjukkan hasil kerja mereka, dan dalam masa yang sama menjadi medium komunikasi yang efektif menerusi buletin berita, program ehwal semasa dan pelbagai jenis bicarawara.
“Saya berharap, ini (pelancaran TVS) akan membuka lebih banyak pintu kepada Sarawak untuk ditampilkan ke seluruh dunia,” katanya dan menambah TVS akan disiarakan secara percubaan di Saluran 122 Astro untuk tempoh tertentu, bagi memastikan kestabilan teknikal dan gerak kerja yang mencapai standard industri.
Beliau berkata, TVS akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak untuk cemerlang dalam pelbagai bidang menerusi kandungan dan dalam masa sama mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk menyumbangkan lebih banyak hasil dalam ekosistem ekonomi digital.
Abang Johari berkata, TVS bukan sahaja menjadi platform untuk komuniti mendapatkan berita rasmi, tetapi juga menggalakkan penyatuan nasional oleh pelbagai bangsa dan budaya yang perlu dikekalkan ketika negeri Sarawak terus maju kehadapan.
BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: TVS, stesen TV terbaharu di dunia akan dirasmikan pelancarannya oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud malam ini.
TVS milik Sarawak Media Group (SMG) mulai bersiaran melalui Saluran 122 Astro semalam.
Penubuhan TVS hasil cetusan idea Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
TVS menyiarkan pelbagai rancangan termasuk berita, dokumentari, drama, telemovie dan bicarawara.
Majlis pelancaran yang turut dihadiri Ketua Menteri akan disiarkan secara langsung mulai jam 7.30 malam dari BCCK di sini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|