CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7615|Reply: 13

6 Tips Lajukan computer 99% berkesan

[Copy link]
Post time 29-7-2020 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 29-7-2020 07:27 PM

Saya faham mesti anda semua geram bila nak buat kerja tapi laptop lembab seperti otak anda. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya! Saya akan berkongsi dengan anda semua 6 TIPS MAGIK yang akan membuat laptop/pc anda kembali bertenaga. Caranya amatlah mudah dan senang untuk korang ikut. Jadi, mari kita merungkai satu demi satu tips ini yang mampu menjimatkan poket anda! Semoga bermanfaat!

1) Disable program yang tersangat aktif

Caranya mudah sahaja:

  • Klik kanan pada Taskbar dan pilih “Task Manager” ataupun tekan Ctrl + Shift + Esc.
  • Lihat jika ada kolum yang berwarna merah, bermaksud ada perisian (software) yang sedang beroperasi secara berlebihan.
  • Klik kanan, dan tekan End Task.


2) Delete folder Temporary



Caranya mudah sahaja:
  • Klik Start Button.
  • Tulis %temp% di kotak Search.
  • Kemudian klik Enter dan akan keluar Folder Temp banyak-banyak.
  • Untuk delete semua folder tu, tekan Crtl + A dan Delete.


3) Disk CleanUp



Untuk pengguna Windows 7:
  • Buka Start Menu > pilih Programs > pilih Accessories > System tools > dalam system tool, pilih Disk Cleanup utility.
Untuk pengguna Windows 8 & 10:
  • Tekan Windows Key + R .
  • Taip cleanmgr.
  • Tekan Enter.




4) Defragment


Caranya mudah sahaja:

  • Tekan Windows Key.
  • Taip “defragment”.
  • Klik pada Defragment dan Optimize Drive.
  • Pilih sistem drive anda (umumnya C drive).
  • Klik butang Optimize.

5) Minimumkan Animasi Windows





Caranya mudah sahaja:


  • Tekan Windows Key dan search Control Panel.
  • Seterusnya, Control Panel > System and Security > System.
  • Lihat disebelah kiri, klik Advanced System Settings.
  • Akan pop-out System Properties, tekan settings di bahagian performance.
  • Di Performance Options, pilih custom dan matikan beberapa efek visual seperti diatas.




6) Tutup Search Indexing





Caranya mudah saja:
  • Tekan Windows Keys.
  • Search Control Panel dan klik.
  • Search Indexing Option pada control panel.
  • Klik Modify.
  • Untick semua.


Okay begitulah 6 Tips Magik yang akan membuatkan Laptop/Pc anda kembali bertenaga. Selain tu, ni ada saya saja nak share tips sampingan la kalau nak bagi laptop anda ringan adalah dengan mengosongkan Recycle Bin anda. Pastikan lepas anda delete sesuatu benda, clearkan sekali Recycle Bin anda. Anda juga dinasihatkan supaya jangan saratkan desktop anda dengan file-file yang tak perlu. Kalau boleh bagi kosong desktop anda dan hanya tinggalkan software yang selalu anda guna sahaja. Okay yang terakhir, kalau anda ada duit lebih boleh la spend sikit untuk tambah RAM laptop anda. Lebih-lebih lagi untuk pelajar Multimedia anda memang diwajibkan untuk


menambah slot RAM ni untuk perjalanan yang lebih lancar. Okay sekian sahaja. sumber




-----------------------
saya selalu guna ccleaner aje..dan buat setting no 5 tu
dan akan pilih  best perfomance, memang laju sebab dia dah disable grafik
bukan2 yang lambatkan buka apps ke apa activity kita dlm PC ni




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 09:11 AM | Show all posts
Laptop saya yang baru pun slow, sebab RAM cuma 4GB aje..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice sharing..tq
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq sharing
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole try ni thank you for the info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 07:41 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 2-2-2021 09:11 AM
Laptop saya yang baru pun slow, sebab RAM cuma 4GB aje..

boleh tu tambah RAM dan tukar hardisk ke SSD
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 09:01 AM | Show all posts
trunks replied at 22-3-2021 07:41 PM
boleh tu tambah RAM dan tukar hardisk ke SSD

Terima kasih.. RAM jenis DDR ada berapa slot?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 04:50 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 23-3-2021 09:01 AM
Terima kasih.. RAM jenis DDR ada berapa slot?

bukan ke kena tengok dalam laptop awak ke  hehe
nnati boleh saja bawa ke kedai PC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 09:09 AM | Show all posts
trunks replied at 23-3-2021 04:50 PM
bukan ke kena tengok dalam laptop awak ke  hehe
nnati boleh saja bawa ke kedai PC

Harap-harap boleh la upgrade RAM termasuk jenis DDR4 sehingga 32GB atau 64GB kalau ada.. Kalau lebih dari satu slot RAM termasuk jenis DDR4 boleh muat ikut kapasiti slot 100%

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2021 08:20 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 24-3-2021 09:09 AM
Harap-harap boleh la upgrade RAM termasuk jenis DDR4 sehingga 32GB atau 64GB kalau ada.. Kalau leb ...

kalau RAM sebesar2 mana pun. kalau tak guna SSD ,pengalaman
saya, Lpatop akan lembab juga.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 08:44 AM | Show all posts
trunks replied at 24-3-2021 08:20 PM
kalau RAM sebesar2 mana pun. kalau tak guna SSD ,pengalaman
saya, Lpatop akan lembab juga.

SSD tunggu yang 1TB ke atas la..

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:29 AM | Show all posts
kalau ada slot M2 NVME beli SSD untuk slot tu. SATA SSD masih tak laju
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 24-3-2021 08:20 PM
kalau RAM sebesar2 mana pun. kalau tak guna SSD ,pengalaman
saya, Lpatop akan lembab juga.

Ikut pengalaman saya, apabila sudah upgrade RAM ke 16 GB, baharulah emulator Android Studio tu laju sedikit nak start, nak programming pun senang

Google Chrome setiap new tab dia banyak telan RAM. Begitu juga dengan semua serba mak nenek Electron-based apps yang guna Chromium itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 11:19 AM | Show all posts
lepas buat tips kat atas tu trus lancar desktop kat rumah..kalau tak asyik kuar benda pusing2 kat cursor tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.078734 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list