|
Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam seperti gempa bumi atau gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam ini untuk memahami bumi dan alam sekitar kita.
Apa itu gempa bumi.
Gempa bumi merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar and menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.
Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis Gempa Bumi
Dari faktor-faktor penyebab terjadinya, maka gempa bumi dapat digolongkan menjadi dua. Pertama di sebut gempa "Tektonik" dan Gempa "Vulkanik"(
Gempa Bumi Gunung Berapi).Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi(dari perkataan Greek seismos, untuk mengoncang).
Ahli seismologi mengkaji bahagian gempa bumi seperti geseran pada garisan memanjang yang mengakibatkan gempa bumi, apa yang berlaku pada permukaan bumi, bagaimana tenaga bergerak dari dalam bumi ke permukaan bumi dan bagaimana tenaga ini menyebabkan kemusnahan.
Dengan mengkaji bahagian dan proses pembentukan gempa bumi, ahli seismologi mengetahui kesan dan bagaimana meramal kemunculan agar kemusnahannya tidak begitu ketara.
Gempa Bumi Tektonik
Gempa bumi tektonik disebabkan oleh perlepasan tenaga yang terhasil daripada geseran batuan di keretakan memanjang sepanjang batuan sempadan plat tektonik. Tenaga dihasilkan oleh tekanan antara batuan dikenali sebagai kecacatan tektonik. Kesan ini adalah seperti gelang getah ditarik dan dilepaskan dengan tiba-tiba.
Gempa Tektonik juga terjadi karena lapisan kerak bumi yang keras menjadi genting dan akhirnya bergerak. Teori dari "Tektonik Plate" menjelaskan bahwa bumi terdiri dari beberapa lapisan batuan, sebagian besar area dari lapisan kerak itu akan hanyut dan mengapung di lapisan seperti salju. Lapisan tersebut begerak perlahan sehingga berpecah-pecah dan bertabrakan satu sama lainnya. Hal inilah yang menyebabkan terjadinya Gempa Tektonik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gempa Vilkanik @Gempa Bumi Gunung Berapi
Gempa bumi gunung berapi berlaku berdekatan dengan gunung berapi tetapi mempunyai cara keretakan memanjang yang sama dengan gempa bumi tektonik. Gempa bumi gunung berapi disebabkan oleh pergerakan magma ke atas dalam gunung berapi, di mana geseran pada batu-batuan menghasilkan gempa bumi.
Semasa magma bergerak ke permukaan gunung berapi, ia bergerak dan memecahkan batu-batuan. Ia mengakibatkan gegaran yang berterusan yang boleh bertahan dari beberapa jam hinggalah beberapa hari.
Gempa bumi gunung berapi berlaku di kawasan yang berdekatan dengan gunung berapi, seperti Pergunungan Cascade di Barat Laut Pasifik, Jepun, Tanah Tinggi Iceland, and titik merah gunung berapi seperti Hawaii.
Gempa bumi adalah getaran atau gegaran pergerakan permukaan bumi. Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar dikerak bumi. Perkataan gempa bumi juga digunakan untuk menunjukkan kawasan punca. Permukaan bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tetonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan Bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tetonik di mana kerak bumi atau "lithosphere" terpisah. Kejadian yang berlaku disempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.
Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah "fault rupture", getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah ), pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana gempa bumi diukur?
Gegaran seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas yang dipanggil "seismograf". Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.
Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter. Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.
Kekuatan gempa bumi boleh di ukur mengikut definasi atau pengalaman manusia dengan menggunakan skala Mercalli yang diubahsuai. Skala Mercalli yang diubahsuai mengukur gempa berdasarkan jumlah kerosakan pada bangunan dan kemusnahan harta benda.
Gempa bumi yang berlaku di dasar laut juga mampu menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami". Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Skala Richter
Skala Richter di cipta oleh Charles F. Richter. Charles F. Richter merupakan seorang pakar seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang ternak di Ohio, Amerika Syarikat pada 26 April 1900.
Charles F. Richter telah mempelajari bidang seismologi di "University of Southern California" dan Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Charles F. Richter mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah berjaya mendapat ijazah doktor dalam bidang theori fizik di Universiti CalTech pada tahun 1928.
Pada tahun 1935, Charles F. Richter telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan pada mulanya hanyalah digunakan di California. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan methematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitude) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.
Tahap pecahan skala Richter meliputi variasi jarak antara seismograf yang pelbagai dengan pusat gempa (epicenter). Menurut skala Richter, kekuatan gempa bumi digambarkan dengan pecahan desimal. Sebagai contoh, gempa dengan kekuatan 2.0atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya tidak dapat dikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam di mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi serdahana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat. Oleh kerana skala Richter menggunakan pengiraan gandaan logaritma, setiap angka mewakili kekuatan yang 10 kali lebih kuat berbanding angka sebelumnya.
Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964, memiliki magnitude 8,0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Skala Mercalli
Skala Mercalli dicipta oleh seorang pakar sains gunung berapi berbangsa Itali bernama Giuseppe Mercalli, bagi mengukur kekuatan gempa bumi, pada tahun 1902. Skala Mercalli terbahagi kepada 12 pecahan dengan menemuramah mereka yang terselamat dan juga dengan melihat dan membandingkan tahap kerosakan, kesan daripada gempa bumi tersebut.
Oleh itu skala Mercalli dianggap sebagai sangat subjektif dan kurang tepat berbanding skala Richter. Disebabkan oleh itu, pada masa sekarang skala Richter lebih meluas digunakan untuk untuk mengukur kekuatan gempa bumi. Tetapi skala Mercalli yang diubahsuai, masih boleh digunakan sekiranya tidak terdapat peralatan mesin seismograf bagi mengukur kekuatan gempa bumi di kawasan kejadian.
Skala Modifikasi Intensitas Mercalli mengukur kekuatan gempa bumi melalui tahap kerosakan yang berlaku disebabkan oleh gempa bumi itu. Anggaran ukuran skala Modifikasi Intensitas Mercalli adalah seperti di bawah :-
Skala Modifikasi Keamatan Mercalli
Tidak terasa
Terasa oleh orang yang berada di bangunan tinggi
Getaran dirasakan seperti ada lori yang berat melintas.
Getaran dirasakan seperti ada benda berat yang melanggar dinding rumah, benda tergantung bergoyang.
Dapat dirasakan di luar rumah, hiasan dinding bergerak, benda kecil di atas rak mampu jatuh.
Terasa oleh hampir semua orang, dinding rumah rosak.
Dinding pagar yang tidak kuat pecah, orang tidak dapat berjalan/berdiri.
Bangunan yang tidak kuat akan mengalami kerosakan.
Bangunan yang tidak kuat akan mengalami kerosakan teruk.
Jambatan, empangan dan tangga rosak, terjadi tanah runtuh.
Rel kereta api musnah.
Seluruh bangunan hancur dan hancur lebur.
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah berjaga-jaga.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan gempa bumi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi gempa bumi. Bangunan, jambatan, dan empangan yang baru dibina hendaklan mengambil kira untuk menghadapi gempa bumi. Sesetengah bangunan tahan gempa yang dibina mempunyai lapik getah yang besar untuk menyerap gegaran. Sementara sebuah jambatan di Greek direka mempunyai tiang yang teramat besar dan berat bagi menyerap kesan gegaran tanpa runtuh.
Penduduk di kawasan gempa juga perlu mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti lampu picit, bekalan makanan, air, dan bekalan perubatan. Mereka juga dilatih agar tahu apa yang di buat apabila menghadapi gempa bumi. Murid-murid perlu dilatih untuk mencari tempat perlindungan seperti berlindung di bawah meja sekiranya tidak sempat mengosongkan bangunan. Mereka yang bekerja di bangunan tinggi mesti dilatih untuk mengosongkan bangunan dengan pantas sekiranya terdapat amaran mengenai gempa bumi.
Dengan segala latihan dan peralatan yang disediakan, tiada sesiapa pun dapat mengatakan bahawa mereka telah bersedia untuk berhadapan dengan gempa bumi. Gempa bumi merupakan bencana yang berlaku secara tiba-tiba dan manusia hanya dapat bersedia sebaik mungkin dan berharap yang terbaik akan berlaku apabila sesuatu gempa bumi melanda. |
|
|
|
|
|
|
|
KESEISMIKAN MALAYSIA
Malaysia terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan kepingan yang aktif keseismikannya iaitu sempadan pertembungan antara Kepingan Indo-Australian dan Kepingan Eurasian di sebelah barat dan sempadan pertembungan antara Kepingan Eurasian dan Kepingan Laut Filipina di sebelah timur. Gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di sempadan pertembungan kepingan-kepingan tersebut dapat dirasai gegarannya di Malaysia.
Sempadan kepingan-kepingan dan taburan pusat gempa bumi
Gegaran gempa bumi yang dirasai di pantai barat Semenanjung Malaysia adalah berpunca dari gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di Sumatra dan Laut Andaman. Bagi Sabah dan Sarawak pula, disamping menerima gegaran gempa bumi bermagnitud besar yang berpusat di selatan Filipina dan utara Sulawesi, Sabah dan Sarawak juga mengalami gempa bumi bermagnitud kecil hingga sederhana. Gempa bumi lokal ini dikaitkan dengan gelinciran aktif yang wujud di Sabah dan Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah gambar yang menunjukkan sebahagian daripada kerosakan akibat daripada gempa bumi yang berlaku pada 26 Mei 1991 dan 10 Oktober 1996.
Kerosakan struktur yang teruk ke atas dinding saluran sampah sebuah sekolah di Ranau, Sabah akibat gempa bumi pada 26/5/91.
Keretakan di Rumah Pangsa Macallum di Macallum Street Ghant, Pulau Pinang selepas gegaran pada 10 Oktober 1996. |
|
|
|
|
|
|
|
Gempa Bumi yang dirasai di Malaysia
Negeri Bilangan Gempa Bumi yang Dirasai Intensiti Maksima
(Skala Modified Mercalli)
Semenanjung Malaysia (1909-2003)
Selangor /
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 27 V1
Johor 16 VI
Melaka 3 VI
Negeri Sembilan 2 II
Perak 11 IV
Penang 21 VI
Kedah 6 V
Perlis 1 I
Kelantan 2 II
Terengganu Nil Nil
Pahang 3 II
Sabah (1923-2003)
Sabah 19 VII
Sarawak (1923-2003)
Sarawak 3 IV
[ Last edited by mok_nik on 2-8-2004 at 01:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
:tq: wahhh mok nik... byk nyer info |
|
|
|
|
|
|
RasaCinta This user has been deleted
|
haah..info menarik nih!
secara logiknya earthquake ni..
takdela sampai bumi terbelah
lepas tu harta benda kena "telan"..
apa yg tgk di movie lain..realiti lain..
pembentukan kerak bumi
yg baru..akan berlaku bila ada plate movement
adakah ini bermakna our earth becomes bigger?
apa yg berlaku sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by RasaCinta at 2004-8-3 18:22:
haah..info menarik nih!
secara logiknya earthquake ni..
takdela sampai bumi terbelah
lepas tu harta benda kena "telan"..
apa yg tgk di movie lain..realiti lain..
pemb ...
Pembentukan kerak baru menggantikan kerak bumi yang subside. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yang jadi kat Nigata bulan Puasa 2 tahun lepas bumi terbelah, rumah di telan......heli nak landing pun tak de tempat sgt..... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah gak rasa gegaran gempa bumi yang agak kuat jugak masa kat sabah...., masa tu gunung berapi kat Indon apa nama tah... meletup kalau tak silap.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|