|
Edited by seribulan at 28-12-2020 10:13 AM
Kota Bharu in Perak...not the one in Kelantan...tempat lahir beliau
Bukan 
di Kelantan, tetapi 
di Perak
MOHAMAD ATHIR ISMAIL |
DERETAN kedai lama di JalanPanggung, Kota Bharu.
APABILA menyebut sahaja KotaBharu, pasti kita akan membayangkan bandar berstatus ibu negeri terletak diKelantan. Tidak ramai yang tahu, negeri Perak juga mempunyai tempat bernamaKota Bharu. Terletak dalam daerah Kampar, pekan kecil Kota Bharu mempunyai sebuahstesen kereta api kecil, balai polis, klinik komuniti serta beberapa deretanrumah kedai.
Jaraknya dengan pekan yanglebih dikenali ramai, Gopeng adalah kira-kira tujuh kilometer, manakalaperjalanan memandu dari bandar raya Ipoh memakan masa sekitar 40 minit. Tiadayang menarik di Kota Bharu, tetapi pekan kecil itu kaya dengan khazanahsejarah. Selain kisah penjajahan British, Kota Bharu turut memiliki sejarahberkaitan kerabat diraja Perak.
Antara kisah penting di KotaBharu ialah landasan kereta api yang dibina menghubungkan Kuala Teja denganpekan kecil Kota Bharu, serangan komunis, perlombongan bijih timah dan kisahAlmarhum Teja serta Tengku Syed Jaafar.
Secara ringkasnya, pembukaankawasan di Kota Bharu ada kena mengena dengan aktiviti perlombongan bijihtimah. Jika anda ke sana, pasti akan ternampak banyak bekas lombong yang kinimenjadi tasik dan kolam air, sekali gus membentuk pemandangan yang cantik.
Bercerita tentang sejarah KotaBharu, seorang bekas ketua kampung, Abdullah Mohd. Sham, 70, memberitahu,kawasan itu menjadi sebuah pekan kecil sekitar kurun ke-19 atau mungkin lebihawal sedikit.
Menurutnya, Kota Bharumerupakan antara kawasan yang menjadi persinggahan Sultan Perak dalam programmenziarahi makam-makam diraja dalam istiadat pertabalan.
“Di Kota Bharu, terdapat makamdiraja yang dipanggil Almarhum Teja. Baginda merupakan Bendahara Raja AlangSikandar yang bersemayam di Kuala Keboi, Kampar.
“Baginda bertugas mengutiphasil seperti cukai atas segala barang yang keluar masuk di Kota Bharu, umumnyaKuala Sungai Kinta. Di Kota Bharu ketika itu, terkenal dengan aktivitiperlombongan bijih timah.
“Tidak lama selepas dilantikmenjadi Bendahara oleh Sultan Perak ke-22, Sultan Abdullah Muhammad Shah I,baginda telah mangkat dan dimakamkan di Kuala Teja, Kota Bharu dan digelarsebagai ‘Almarhum Teja’,” katanya ketika ditemui S2 di Kota Bharu baru-baruini.
Tambah beliau, ketika RajaAlang Iskandar dilantik sebagai Bendahara, nama baginda sudahpun berada dalamsistem giliran untuk dinobatkan sebagai Sultan Perak. Namun baginda mangkatsebelum menaiki takhta. Baginda merupakan ayahanda kepada Sultan IdrisMurshidul Adzam Shah iaitu Sultan Perak ke-28.
Makam baginda terletak tidakjauh dari makam Orang Kaya Besar Seri Maharaja Diraja iaitu Tengku Syed Jaafar,tidak jauh dari pekan Kota Bharu.
Menurut Abdullah, Tengku SyedJaafar merupakan pembesar Perak yang menjaga hal ehwal agama Islam. Terdapatsebuah kisah menarik berkaitan dengan makam beliau suatu ketika dahulu.
“Makam Tengku Syed Jaafarterletak berhampiran dengan sebatang sungai yang bersambung dengan SungaiKinta. Dahulu, terdapat sebuah masjid yang digunakan segenap masyarakat,termasuk mereka yang datang jauh dari Kampar,” ujarnya.
Katanya, setiap kali menjelanghari Jumaat, jemaah dari kampung yang terletak jauh dari masjid itu akan tibasehari lebih awal. Mereka menaiki rakit melalui Sungai Kinta dan tiba lebihawal iaitu pada Khamis untuk menunaikan solat Jumaat, keesokan harinya.
“Di masjid berkenaan, terdapatsebuah tempayan yang digunakan jemaah untuk membasuh kaki. Hairannya, orangdahulu cerita, air di dalam tempayan itu tidak pernah habis sehinggakan adaorang mengambilnya untuk dijadikan penawar,” ujarnya.
Beliau menambah, disebabkankisah air perigi tidak pernah surut itu, orang kampung menaruh bermacam-macamkepercayaan. Kini, masjid tersebut sudah tiada lagi dan hanya tinggal tapaksahaja.
- Sumber:http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.wL2G6lSk.dpuf
@ipes2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|