Kes ustaz Ebit Liew ni simple je....
Beliau jumpa orang susah di satu negeri,,,
Dan pergi tolong dengan ikhlas hati,
Sambil buat FB secara Live.....
Orang susah ni, bukan tak ada yang membantu...
Kerajaan negeri semua dah bantu,
Jiran tetangga pon saya pasti, sure ada yang bantu....
Bantuan pula beri consistently,
Every month untuk mereka nak survive.....
Tapi tak ada lah mereka bagi rumah sebijik secara percuma.....
Sebab, kalau bagi kat satu family, keluarga lain pon perlu diberi juga
Nanti dituduh tidak adil, favouritism, dan silap silap dutuduh bantu kroni sedara mara ahli politik terdekat...
Sebab, ramai je yang susah.
Jangan tengok jauh lah..
Bukan saja kat Kedah, Kelantan, Pahang...
Kat Selangor berapa ramai gelandangan tidur atas simen beralaskan kotak...
Dia FB live ni kita tak boleh nak judge apa reasons dia...
Maybe nak bagi contoh kita semua kena buat baik,
Or maybe nak bagi pendedahan duit sumbangan orang ramai...
Atau nak naikkan rating diri dia dan followers beliau...
Sebagai businessman,,,,
Yang tu dia saja yang boleh jawab...
Kesan Fb live ni...
Netizen yang main peranan...
Tuduh Kerajaan tak membantu..
Pusat zakat dikecam....walopon mereka dah beri bantuan.....
Jiran tetangga di hina, tak ambil tahu...
Orang kampung di perli, tak prihantin......
Habis nama busuk, habis segala kebaikan yang mereka hulurkan selama ini ditutup...
Keaiban orang mambantu selama ni canangkan.,
Cuba kita duduk ditempat mereka....
Dan kelaurga yang susah ni....
Yes betul, ada yang genuine yang tak mampu dari segi physical...
Memang betul betul susah tak boleh nak berusaha,,,,
Tapi ada juga macam masalah attitude....
Rumah buruk bagi saya ok je.
Masalahnya penghuni tu,
Ramai yang kuat, muda dan bertenaga...
Tapi kenapa tak boleh clearkan rumah jadi bersih....
Bau wangi, sedap mata memandang....
Tu belum kita dengar cerita pusat zakat lagi tu..
Ada kes, berikan machine, machine dijual..
Berikan duit modal, duit modal tu digunakan untuk personal..
Beri benih pokok, suruh jadi usahawan, pokok tak dijaga...
Tapi bukan semua...
Sebab attitude manusia ni berbeza...
Ada yang jenis malu, nak meminta.....
Susah tak pe, janji tak nak nyusahkan orang lain..
Ada yang jenis, nak selesa,,,
Tak perlu nak berusaha, sebab ada tempat yang membantu..
So, tak payah la bekerja,
Bila susah, cari bantuan..
Punca utama, mentaliti...
Anologi macam kau ada sedara kau susah..
Kau tolong dia , setiap bulan bagi duit belanja...
Dan yang susah tu bukan sorang, ramai ,
So, bagi la mengikut kemampuan...
Yelah, nak bagi banglo sebjik sorang, kau pon tak mampu...
Tiba tiba datang orang luar....
Hulurkan banglo siap ada aircond....
Buat pendedahan......
Then kau yang selama ni duk tolong di kecam orang ramai..
Sedara tak guna, tak hulurkan bantuan...
Padahal, kau dah buat terbaik dah..
Apa kau rasa...?
Cuba try jadi emphaty, duduk dalam kasut mereka..
Btw, itu sebab kerajaan negeri, pusat zakat dan YB mereka bersuara...
Sebab, mereka cuba nak pertahankan maruah mereka dikecam je...
Btw, dari kita mengecam sesiapa..
Lebih baik kita doakan semua dari kita diberi kesenangan hidup...
Tak ada warganegara yang miskin, macam kat Qatar, Brunei, dll..
Boleh share tanpa mintak izin, kita educate warga kita.
Post time 16-5-2020 08:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setuju. Sebab ramai yg cari peluang nak menonjolkan bakat memaki hamun. Mungkin kalau setakat menzahirkan syukur atau gembira dengan kebaikan tu dah terlalu biasa ramai yg buat; maka mereka cari pihak untuk dimaki hamun, baru nampak komennya lebih menonjol.
Natijahnya kerja baik orang jadi benih kepada pokok kebencian.
ye btul, mmg dalam hal ni netizen yg melebih-lebih. tp dalam masa yg sama EL pun same je jadi batu api. pakai main sondol je masuk tempat org. aku rs kalau EL ni wat kerjasama ngan pusat zakat ke jkm ke paling koman pun ngan pjbt dun ke. ni pakai main sondol je
mcm kes kt baling tu, org yg die lawat tu dah bakal dapat rumah pun adun situ janji nk bagi tp lepas pkp la, dia masuk bawak photographer die pastu buat posting saya sebak saya menangis saya sendu bla bla bla. pastu netizen pun berbondong2 salahkan jkm pusat zakat orang masjid pdhal org tu tunggu bantuan je. EL pun same buat bodo je bile netizen caci jkm pusat zakat kariah masjid.
kalau uols perasan, EL tu businessman. cer baca posting dia, suma pasal me me me. kalah akak faraway.
heols peniaga, and ada tabung kebajikan. aku bc dlm porem gak, tabung kebajikan ni owner bleh pakai 40% dari derma tu. pastu amek kesempatan promote plak baju2 heols. cer fikir kalau selai tu rm100, dapat jual seribu dh dpt rm100k. tambah lagi duit derma tu.
aku caya jek EL buat semua ni utk marketing baju2 die. skali pakej jadi pojaan netizen. tu psl dlm posting suma mcm dia lah penyelamat pdhal org2 tu dah dibantu pun. tu psl die tak kisah org lain kene maki pasal die
kalo boleh nk aku laharkan sikit kebodohan netizen mengadap kepoyoan mamat ni
mamat ni standard vivik dgn terlajak laris je
apa dia buat semua utk kepentingan bisnes dia je
tp x kuasa aku laharkan
biarlah mereka bodoh sendiri smpai tua
mamat tu makin kaya, penyembah2 kaya dgn air liur saja
Post time 21-5-2020 11:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aku puji je UEL ni..tapi takdelah pulak keji mengata org lain tak buat kerja..tapi takdelah nak besangka buruk UEL ni pakai promote bisnes la,pakai 40% la..sangka baik je utk semua org.tak payah nak pick side.