View: 3305|Reply: 4
|
COVID-19: PAHALA BERSABAR, IHTISAB, DUDUK DI RUMAH (TIDAK KELUAR ) KETIKA WABAK
[Copy link]
|
|
COVID-19: PAHALA BERSABAR, IHTISAB, DUDUK DI RUMAH (TIDAK KELUAR ) KETIKA WABAK MEREBAK
Wajib mentaati perintah Waliyyul Amri ketika ini, bahkan sesiapa yang menahan dirinya di negerinya, di rumahnya lalu dia BERSABAR, IHTISAB ( beriman dan mengharap pahala) maka dia mendapat pahala seperti berjihad di jalan Allah, dan mendapat pahala seperti Ribat (berjaga di perbatasan) dan juga pahala seperti mati syahid.
Dari Ummul Mukminin Aisyah RA berkata:
أنَّها سألتْ رَسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عنِ الطَّاعونِ، فأخبَرَها نَبيُّ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّهُ كان عَذابًا يَبعَثُه اللهُ عزَّ وجلَّ على مَن يَشاءُ، فجعَلَه اللهُ رَحمةً لِلمُؤمِنينَ، فليس مِن عَبدٍ وقَعَ الطَّاعونُ في بَلَدِه، فيَمكُثُ في بَلَدِه صابِرًا مُحتسِبًا، يَعلَمُ أنَّه لن يُصيبَه إلَّا ما كتَبَ اللهُ له، إلَّا كان له مِثلُ أجْرِ شَهيدٍ.
" Bahawasanya beliau pernah bertanyakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallan berkenaan wabak penyakit yang merebak, lalu Nabi Shallallahu'alaihiwasaam mengkhabarkan kepadanya bahawasanya ia dahulu adalah azab yang diutuskan Allah 'Azza wa Jalla kepada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu Allah menjadikannya rahmat untuk kaum mukminin, tiadalah seorang hamba yang wabak penyakit berlaku di negerinya, lalu dia tetap menetap di negerinya dalam keadaan bersabar serta muhtasib(mengharap pahala), dia mengetahui bahawasanya tidaklah akan menimpanya melainkan apa yang telah dituliskan Allah kepadanya melainkan dia akan mendapat pahala semisal pahala syahid".
[ HR Ahmad dalam Musnadnya no:25212, kata Syeikh Syu'aib Al-Arnauth sanadnya sahih menurut syarat Al-Bukhari ]
Dari Ummul Mukminin Aisyah RA, Nabi Sallallahu alai hiwasallam bersabda:
ومَن أقامَ فيهِ [ كانَ ] كالمرابطِ في سبيلِ اللَّه ، ومَن فرَّ منهُ كانَ كالفارِّ منَ الزَّحفِ
" Barangsiapa yang menetap di dalam negerinya (yang dilanda wabak) maka dia seperti Murabit (mujahid yang berjaga di perbatasan) di atas jalan Allah, dan barangsiapa yang melarikan diri darinya maka dia seperti (dosanya) melarikan diri ketika pertempuran perang".
[ Silsilah Al-Sahihah no: 1928 ]
Pahala ini hanya akan diperolehi bagi mereka yang ada syarat-syarat, bersabar, ihtisab (beriman dan mengharap pahala) dan yang paling penting amalannya itu fi Sabilillah. Contoh mereka yang menyibukkan dengan tugasan kerja, menjaga anak, menuntut ilmu, beribadah dan berdakwah dilakukan kerana Allah.
Wallahu'alam.
|
|
|
|
|
|
|
|
[SEKARANG, DUDUK DI RUMAH SAHAJA PUN DAPAT PAHALA!!]
Umm al-Mu’minīn ʿĀ’ishah – semoga Allāh meredai beliau – meriwayatkan bahawa Rasūlullāh s.a.w. bersabda:
وَمَنْ أَقَامَ فِيهِ كَالْمُرَابِطِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ فَرَّ مِنْهُ كَانَ كَالْفَارِّ مِنَ الزَّحْفِ
“Sesiapa yang tetap tinggal [dalam wilayahnya kerana tidak mahu menyebarkan wabak ini, pahalanya adalah] seperti al-Murābiṭ [yang berjihad] di jalan Allāh, dan sesiapa yang melarikan diri daripadanya, [dosanya] adalah seperti dia lari dari medan peperangan”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imām al-Ṭabarānī dalam Muʿjam al-Awsaṭ (5666) dan hadis ini dinilai ṣaḥīḥ oleh Shaykh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī dalam kitabnya Silsilat al-Aḥādīth al-Ṣaḥīḥah (1928).
Murābiṭ ialah penjaga sempadan, yang mana pahala bagi seorang Murābiṭ adalah sangat banyak, antaranya termasuklah:
Rasūlullāh s.a.w. bersabda:
رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا
“Sehari berkawal di sempadan di jalan Allāh adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imām al-Bukhārī dalam Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (2892).
Rasūlullāh s.a.w. juga bersabda:
كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ إِلَّا الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، فَإِنَّهُ يُنْمَى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ
“Setiap kematian akan mengakhirkan [aliran] amalan kebajikan melainkan pengawal sempadan yang mati di jalan Allāh, sesungguhnya aliran pahalanya kekal sehingga ke hari Kiamat dan dia diselamatkan daripada fitnah kubur”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imām al-Tirmdihī dalam Jāmiʿ al-Tirmidhī (1621) dan Imām al-Tirmidhī mengatakan bahawa hadis ini “ḥasan ṣaḥīḥ”.
Begitulah, sekarang dengan perbuatan kita tinggal di rumah, tidak keluar rumah, tidak keluar kawasan dengan niat yang ikhlas untuk tidak menyebarkan penyakit ini merupakan suatu ibadah yang menjana ganjaran yang sangat besar dari Allāh. In Shā’ Allāh, kesabaran kita dalam menunggu bala ini hilang adalah satu bentuk ibadah yang juga akan menjana ganjaran pahala dari Allāh.
Oleh kerana itu, Imām ibn Rajab al-Ḥanbalī dalam kitabnya Nūr al-Iqtibās berkata:
والتظار الفرج بالصبر عبادة، فإن البلاء لا يدوم
“Menunggu hilangnya [bala] dengan kesabaran ialah ibadah, sesungguhnya bala itu tidaklah kekal selamanya”.
Lihat:
al-Albānī, Muḥammad Nāṣir al-Dīn, Silsilat al-Aḥādīth al-Ṣaḥīḥah wa Shay’ min Fiqhiha wa Fawā’idiha, j. 4, h. 561. Riyāḍ: Maktabat al-Maʿārif, t.t.
al-Bukhārī, Muḥammad bin Ismāʿīl, Ṣaḥīḥ al-Bukhārī, taḥqīq: Muḥammad Fu’ād ʿAbd al-Bāqī. al-Qāhirah: Dār al-Ḥadīth, 2011M/1432H.
al-Ḥanbalī, ʿAbd al-Raḥman bin Aḥmad, Nūr al-Iqtibās fī Mishkāt Waṣiyyat al-Nabī li-ibn ʿAbbās, h. 125, taḥqīq: Muḥammad bin Nāṣir al-ʿAjamī. Cetakan keempat. Bayrūt: Dār al-Bashā’ir al-Islāmiyyah, 2003M/1424H.
al-Tirmidhī, Muḥammad ibn ‘Īsā, Sunan al-Tirmidhī, taḥqīq: Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī. Cetakan ketiga. Riyāḍ: Maktabat al-Ma‘ārif lil-Nashr wa al-Tawzī‘, 2008M/1429H. |
|
|
|
|
|
|
|
Covid 19 & “Kisah Semut di dalam Quran”
Ketika semut merasakan ada bahaya yang akan menimpa dia segera memerintahkan kaumnya dengan berkata
ادخلوا مساكنكم
“MASUKLAH (berdiam diri) kamu ke Tempat tinggal masing2”
Tak boleh kah kita mengambil pengajaran kisah semut dari Al-Quran???
Tadabbur surah Annaml |
|
|
|
|
|
|
|
PRAKTIKAL AKIDAH AHLI SUNNAH: Allah Ta’ala Maha Berkuasa, Dia jugalah bagi dekat kuman, bakteria dan virus ada kuasa, sudah tentulah kuasa kuman dan bakteria itu tidak sama dengan KEKUASAAN ALLAH kerana ALLAH itu TUHAN sedangkan kuman itu makhlukNya yang halus.
Kuman, bakteria dan virus tidak boleh memudaratkan kita tanpa izin dan Kehendak Allah, tapi kita masih kena usaha untuk mencegah kerana Allah Yang Maha BERKUASA itu jugalah berikan kita kuasa dan kehendak serta perintahkan kita supaya menjaga kebersihan dan mencegah diri dari kemudaratan yang Dia cipta pada kuman, bakteria dan virus. Selepas berusaha barulah kita tawakkal kepada Allah dan itulah tawakkal yang sempurna.
Jika kita tidak gunakan kehendak dan kuasa yang Allah berikan kepada kita untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan lalu kita ditimpa mudarat disebabkan kelalaian kita maka janganlah kita mencela melainkan diri kita sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
[SEDANG DUDUK DI RUMAH, DIKUARANTIN, NAK BUAT APA DI RUMAH?]
Imām Abū Nuʿaym al-Aṣfahānī meriwayatkan dalam kitabnya Ḥilyat al-Awliyā’ bahawa Imām al-Shāfiʿī berkata:
لَمْ أَرَ أَنْفَعَ لِلْوَبَاءِ مِنَ التَّسْبِيحِ
“Aku tidak melihat [apa-apa amalan yang] lebih bermanfaat ketika dilanda wabak melainkan [dengan] bertasbih (yakni mengingati Allāh)”.
Oleh itu, ketika kita semua diperintah oleh waliyy al-amr (pemerintah) untuk duduk di dalam rumah dan kurangkan aktiviti luar, maka kita ambillah peluang ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang mengingatkan kita kepada Allāh.
Banyakkan berzikir, membaca al-Qur’ān, membaca hadis-hadis Nabi, mendengar kuliah-kuliah agama yang ṣaḥīḥ dan selainnya. In Shā’ Allāh dengan amalan soleh kita, bala wabak ini akan diangkat oleh Allāh.
Oleh kerana itu, Imām ʿAbd al-ʿAzīz bin Waliyy Allāh al-Dihlawī dalam kitabnya Bustān al-Muḥaddithīn berkata:
وقراءة (الصحيح) عند الشدة وخوف العدو والمرض والجدب والقحط دواء مجرب
“Dan membaca Ṣaḥīḥ [al-Bukhārī] ketika kesusahan, ketakutan [terhadap] musuh, [ditimpa] sakit, [dilanda] kemarau dan kegersangan [merupakan] ubat yang mujarab”.
Sama sahaja dengan amalan-amalan soleh yang lain seperti membaca al-Qur’ān. Yang dimaksudkan ubat di sini ialah ubat bagi penyakit hati, dan penyakit-penyakit fizikal juga kadang-kadang ada kaitan dengan penyakit hati. Kerana al-Qur’ān dan al-Ḥadīth sememangnya penyembuh bagi segala penyakit hati, dan juga penyakit kejahilan. Oleh kerana itu, pada zaman sahabat dan salaf al-ṣāliḥ, tentera-tentera Islām semua memperbanyakkan bacaan al-Qur’ān ketika waktu malam.
Inilah sifat golongan mukmin, mereka senantiasa mengingati Allāh sewaktu senang dan susah. Shaykh ʿAbd al-Raḥman bin Nāṣir al-Siʿdī berkata:
وإنما المؤمن الكامل الذي يعرف ربه في السراء والضراء، والعسر واليسر
“Hanya sanya seorang mukmin yang sempurna itu ialah yang mengetahui (yakni: mengingati) Tuhannya pada [waktu] sihat dan sakit, [pada waktu] susah dan senang”.
Lihat:
al-Aṣfahānī, Aḥmad bin ʿAbd Allāh, Ḥilyat al-Awliyā’ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyā’, j. 9, h. 136. Bayrūt: Dār al-Fikr, 1996M/1416H.
al-Dihlawī, ʿAbd al-ʿAzīz bin Waliyy Allāh, Bustān al-Muḥaddithīn fī Bayān Kutub al-Ḥadīth wa Aṣḥābihā al-Ghir al-Mayāmīn, h. 75, taḥqīq: Muḥammad Akram al-Nadwī. Bayrūt: Dār al-Gharb al-Islāmī, t.t..
al-Siʿdī, ʿAbd al-Raḥman bin Nāṣir, al-Mawāhib al-Rabbāniyyah min al-Āyāt al-Qur’āniyyah, h. 36, taḥqīq: ʿUmar al-Muqbil. Cetakan pertama. Riyāḍ: Markaz Tadabbur lil-Dirāsāt wa al-Ishtishārāt, 2011M/1422H. |
|
|
|
|
|
|
| |
|