View: 4461|Reply: 8
|
Bekas Bintang Singapore Idol pulak bunuh diri akibat depresi
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 26-12-2019 10:31 AM
Lagi Kes Depresi, Bintang Singapore Idol Meninggal Dunia! Tinggalkan Mesej Terakhir Di Facebook "Anda Takkan Faham Depresi Aku..."
Bekas bintang Singapore Idol, Samantha Lee meninggal dunia pada Ahad selepas mengemaskini status terakhir di Facebook.
"Samantha sudah meninggal dunia. Anda dijemput untuk menyaksikan persembahannya, 23 Disember 2019," tulisnya.
Beberapa jam sebelum itu sekitar pukul 6 petang, Samantha, 28, ada memuat naik rakaman video di media sosialnya.
"Saya tahu anda semua mengambil berat tentang saya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya sampai sekarang.
"Tetapi anda takkan faham depresi saya, anda perlu melaluinya, yang mana kalau boleh saya tak nak sesiapa pun rasainya.
"Saya tak salahkan anda, tetapi saya akan salahkan anda sekiranya tulisan saya ini menjejaskan kegembiraan anda.
"Kita semua sudah buat yang terbaik tetapi tidak layak lagi berada di dunia ini lagi. Jadi, inilah ucapan selamat tinggal saya," tulisnya dalam rakaman video itu.
Samantha pernah menyertai Singapore Idol musim ketiga pada tahun 2009 dan pernah mencuri perhatian menerusi nyanyian lagu Don't Speak (No Doubt).
Punca sebenar kematiannya belum diketahui dan Samantha telah disemadikan pada Selasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Depression is real. Takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak yg pernah terkena ketukan anxiety pun down kejap, ni kn pulak org yg live with depression. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tahu lah aku depression ke tak tapi stress kerja sampai 1 tahap hari2 menangis tak boleh tidur, tidur je mimpi buruk, ada enxiety hari cuti pun tak tenang.
Ada bisikan halus suruh bunuh diri, terasa leher ni macam dijerut. |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya, mental health ni very important. Mohon dijauhkan.
Semoga yang mengalaminya akan sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
irlene_hana replied at 26-12-2019 01:48 PM
Aku tak tahu lah aku depression ke tak tapi stress kerja sampai 1 tahap hari2 menangis tak boleh tid ...
Yeap, itulah depression. Dia makan jiwa ko hidup2, sampai ko rasa nak mati. |
|
|
|
|
|
|
|
irlene_hana replied at 26-12-2019 01:48 PM
Aku tak tahu lah aku depression ke tak tapi stress kerja sampai 1 tahap hari2 menangis tak boleh tid ...
Mohon dapatkan bantuan dari pakar dan talk to someone, ya. Semuga yang baik2 saja buat kami. |
|
|
|
|
|
|
| |
|