Pernah anda lihat lelaki mempunyai payudara? Ya memang ada lelaki yang memiliki payudara dan kebiasaannya mereka adalah golongan yang berbadan besar dan lemak berlebihan.
Kredit foto: carian Google
Namun begitu, jarang kita dengar lelaki kurus mempunyai payudara, bukan?
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Zhejiang, China berdepan dengan masalah payudaranya yang membesar sejak dia mula akil baligh pada usia 13 tahun. Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah, payudaranya hanya membesar di sebelah kanan sahaja.
Remaja yang dikenali sebagai Xiao Yang itu sangat malu dengan keadaan payudaranya yang menyamai saiz A payudara wanita. Dia tidak mahu mengambil bahagian dalam mana-mana sukan disebabkan keadaannya itu. Apatah lagi setiap kali tiba musim panas, pakaian nipis yang dipakai membuatkan payudaranya kelihatan timbul.
Kredit foto: Chinapress
Memetik World of Buzz, sudah bertahun-tahun ibu bapanya berusaha membawa dia berjumpa doktor dan hasilnya dia diberi makan ubat namun tidak berhasil. Payudaranya tetap membesar sehinggalah mencapai saiz cawan A.
Akhirnya, disebabkan rimas dengan kondisinya, Xiao Yang mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital beberapa bulan lalu. Doktor mengesahkan dia menghidap Displasia Payudara di mana terdapat benjolan ketumbuhan (benign) di kawasan payudaranya.
Kredit foto hinapress
Xiao Yang menjalani pembedahan untuk membuang ketulan itu dan dia berjaya pulih dengan cepat.
Kredit foto: Chinapress
Menurut pihak doktor, kes Displasia Payudara di kalangan lelaki semakin meningkat di mana terdapat 100 kes dalam setahun. Doktor turut mengaitkan punca ini dengan rutin pemakanan seharian sehingga menyebabkan fungsi hati terjejas.
Gaya pemakanan yang melibatkan makanan tidak sihat khususnya makanan segera seperti ayam goreng mengandungi hormon tertentu yang akan merangsang penghasilan hormon estrogen. Hormon estrogen ini seterusnya akan menggalakkan pertumbuhan payudara.
Selain itu, sekiranya organ hati tidak berfungsi dengan baik, maka penghasilan hormon estrogen dalam badan lelaki juga akan dirangsang. Jadi, berhati-hatilah apabila makan ayam yang disuntik dengan hormon!
Kepada para lelaki di luar sana, cuba anda periksa payudara masing-masing. Semula jadi atau mungkin ketumbuhan? - CARI |