View: 2791|Reply: 1
|
Tips untuk si kecil anda tidur dengan lebih lena
[Copy link]
|
|
Mungkin salah satu daripada tips ini dapat membantu si kecil anda tidur dengan lebih lena.Antaranya,
1.Bermain dengan si kecil.
Mungkin si kecil bosan dan tiada siapa ingin melayannya oleh sebab itu mereka tidak merasa kepenatan dan terlalu awal untuk tidur. Kita perlulah rajin melayan dan bergaul dengan mereka.
2.Menukarkan lampin pakai buang.
Kemungkinan si kecil tidak selesa disebabkan lampin mereka sudah dipenuhi air kencing dan mungkin najis. Kita perlulah kerap menukarkan lampin mereka sebelum tidur supaya tidak menimbulkan ruam serta iritasi pada kulit.
3.Lapkan dengan air suam dan tukar baju.
Setelah si kecil puas bermain, mereka akan berpeluh dan rasa tidak selesa.Kita perlulah mengelapkan badan mereka dengan air suam dan menukarkan baju tidur yang serap peluh agar tidak tidur dalam keadaan rimas.Minyak angin juga penting untuk mengelakkan daripada kembung perut dan melakukan sedikit urutan pada si kecil.
4.suasana tidur.
Suasana tidur juga memainkan peranan.Cahaya lampu yang tidak terlalu terang dan tidak terus gelap seperti suasana romantik membantu si kecil untuk tidur dengan lena.Selain itu, suhu penghawa dingin atau kipas yang sederhana agar si kecil tidak berpeluh ketika tidur.
5.Penyusuan botol dan susu badan
Pastikan si kecil mendapat penyususan dengan secukupnya. Jika penyususan botol, pastikan susu tersebut hangat dan mengikut sukatan yang mencukupi. Susu badan pula, pastikan bibir si kecil melekap dengan betul pada puting payudara supaya si kecil tidak meragam disebabkan tidak puas menyusu.
6.Alunan zikir atau muzik yang merdu.
Si kecil tidak boleh tidur jika terlampau sunyi. Alunan zikir atau muzik merdu dapat menghidupkan suasana tidur yang tenang dan kondusif untuk si kecil.
Itu sahaja yang saya dapat kongsikan tips untuk si kecil anda tidur dengan lebih lena. Sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the tips, boleh la follow lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|