Baginda juga telah dikurniakan oleh Queen Elizabeth II sebagai Leftenan Muda serta dilantik sebagai Pegawai Kehormat Kor Kavalry ATM sebagai kapten. Selain itu, ini antara sejarah ketenteraan yang disandang Sultan Abdullah.
4. Sangat meminati bidang sukan
Antara sukan yang dipelopori baginda adalah bola sepak, hoki, tenis, skuasy, golf dan polo. Baginda juga menyandang jawatan penting dalam setiap kegiatan sukan yang disertainya.
Sultan Abdullah juga mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri iaitu Pasukan Sri Mahkota Alam di Pekan, Pahang. Ketika di England, Baginda mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dan menyertai pertandingan polo antarabangsa di Windsor Polo Club.
5. Merupakan seorang Canselor di 3 buah Universiti
Sultan Abdullah merupakan Canselor di
Universiti Kuala Lumpur (UniKL),
Universiti Pahang Malaysia (UMP) dan
DRB HICOM University of Automative Malaysia.
6. Mempunyai 3 putera dan 5 puteri serta seorang anak angkat
Sebelum dikurniakan anak kandung, baginda mengambil seorang anak angkat iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah, SIMP. Perkahwinan baginda dengan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah pula dikurniakan lima cahaya mata iaitu;
i) YAM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah
ii) YM Tengku Muhammad Iskandar
iii) YM Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
iv) YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
v) YM Tengku Puteri Jihan Azizah 'Atiyatullah
Cik Puan Julia Rais
Manakala perkahwinan baginda bersama Cik Puan Julia Rais pula dikurniakan;
i) YM Tengku Puteri Iman Afzan
ii) YM Tengku Puteri Ilisha Ameera
iii) YM Tengku Puteri Ilyana
Baginda mempunyai seorang anak angkat lelaki yang merupakan anak bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim bersama isteri ketiga, Zarina Binti Abdullah. Kesemua putera dan puteri baginda melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan kini Cik Puan Julia Rais dikhabarkan menetap di sana.
Daulat Tuanku! - CARI