Jika anda pernah ke Indonesia, pasti pernah melihat gerai makanan yang menghidangkan babi tapi pelayan gerai atau restoran tersebut berpakaian seperti muslim; misalnya bertudung litup dan sebagainya. Jika anda tidak kisah mengenai halal dan haram, mungkin akan redah sahaja kan? Tapi untuk anda yang prihatin, mungkin akan mengambil langkah bertanya dahulu mengenai status halal makanan yang dihidangkan.
Namun, di Jakarta, ianya seolah tidak menjadi taboo atau aneh jika seorang muslim ingin makan makanan berasaskan haiwan khinzir. Menelusuri pendedahan Coconuts.tv ini di Youtube,ianya ternyata sangat memeranjatkan. Ini kerana, adalah normal jika golongan 'muslim liberal' di sana ingin makan babi tanpa rasa was-was dan kalis dikecam masyarakat di sana.
Sebuah restoran yang dikenali sebagai Panggangin ini sangat terkenal di daerah Jakarta kerana sentiasa menjadi tumpuan untuk hidangan babi yang pelbagai. Restoran tersebut diusahakan oleh dua sahabat yang inginkan kelainan menyediakan hidangan babi istimewa khas untuk masyarakat muslim.
Malah, salah seorang pengusaha restoran tersebut yang dikenali sebagai Derra juga merupakan seorang Islam dan rakan kongsinya, Sulung merupakan seorang Vegetarian. Secara jelasnya, Derra dan Sulung tidaklah menjamah babi sebagai makanan tetapi mereka menyediakan menu istimewa berasaskan babi, dan restoran mereka amat terkenal di Jakarta.
Jelas Derra, mereka tidak memaksa golongan muslim untuk makan di restoran mereka tapi tidak pula menghalangnya. Bagi Sulung pula, pengunjung yang datang bebas memilih menu dan semuanya bergantung kepada mereka untuk makan babi atau tidak.
Salah seorang pelanggan muslim bernama Aryo berasa ingin tahu bagaimana rasanya daging babi, dan setelah mencuba, beliau makan babi sehingga hari ini.
Kredit Foto: Coconuts.tv
Ditanya mengenai pendirian beliau mengenai mengapa ramai muslim yang makan babi pada ketika ini, Derra menyatakan,
"Muslim ketika ini ada saja yang minum arak, berdadah dan berzina, itu semua haram bukan? Jadi tiada salah untuk makan babi, ianya hanya makanan bukan? Apa bahaya yang akan timbul?"
Video yang dimuatnaik itu ternyata mengundang kecaman masyarakat kerana memberi imej buruk kepada masyarakat muslim lain di Jakarta. Sehubungan dengan itu, laman instagram Panggangin juga telah ditutup mungkin kerana dikecam netizen secara melampau.
Benda boleh makan yang halal kenapa nak cari yang haram. Apa-apapun jika anda berkungjung ke Indonesia ataupun mana mana sahaja pelusuk dunia, pastikan makanan yang dihidangkan mengikuti syarak ya! - CARI
Kredit info: TheVockets, Coconuts.tv |