View: 2478|Reply: 12
|
Rakyat nk tahu siapa lelaki dlm video,siapa sebarkan - Anwar
[Copy link]
|
|
Edited by trunks at 17-7-2019 07:13 PM
Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata rakyat di negara ini mahu tahu kesahihan video intim bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang dikaitkan dengan timbalannya, Mohamad Azmin Ali.
Menurut beliau, rakyat juga turut mahu mengetahui dalang di sebalik penyebaran empat video intim berkenaan yang tular bulan lalu.
"Ada dua fasa, satu apakah sahih video itu dan siapa yang sebarkan?
"Jadi rakyat mahu tahu kedua dua benda itu," katanya kepada media ketika ditanya mengenai penahanan reman Haziq dan lima individu lain, semalam.
Anwar yang mengepalai PKR turut berkata parti masih menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi menjalankan siasatan terdapat kes berkenaan.
Mahkamah Majistret pada Isnin membenarkan Haziq serta lima individu lain ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes video lucah yang dikaitkan dengan Azmin Ali.
Perintah reman sehingga 20 Julai ini dikeluarkan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki.
Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 377B berkaitan persetubuhan luar tabii yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Seksyen 233 ialah penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, jika sabit kesalahan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Melancong sambil bersemburit ke? Macam salah bod ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
motip? chuols nak bagitau yang aktiviti bersemburit menjadi tarikan pelancong ke hape ni ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah gaharu chendana pula... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak best la kan kalau melancong tak semburit kan... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ahli family. tak malu ke? tgk datin shamsidar cool je. tp dlm hati sape tau kan |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.. dari zaman BN sampai dah ada partai sendiri pun asyik kena game dengan Madey je Anwar ni..
sudah2 lah tu..
tapi taktau dendam kesumat dalam hati Anwar mcmana..
mesti membara |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, tt tak nk macai politik masuk ke sampai letak thread ni kat pelancongan.
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya yg dlm video tu nanti tak boleh dikenal pasti, foreigner ke.. Then terus senyap kesnya |
|
|
|
|
|
|
|
aikkk...nape msk board ni |
|
|
|
|
|
|
|
nak komen jgk...betul la tu sume org nk tau sape pelakon utama je...
lepas pd tu lantak deme la nk cari tukang rakam ke..tukang sebar ke..teman tak nak amek tau |
|
|
|
|
|
|
| |
|