CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9664|Reply: 18

Anak Dua Pusar Di Kepala Bukan Nakal, Tapi Ada Rahsia Lain Yang Mak-Mak Belum Ta

[Copy link]
Post time 24-6-2019 01:18 PM | Show all posts |Read mode



Anak yang ada dua pusar di kepala selalu sangat dikaitkan dengan sikap nakal, keras kepala dan tak dengar cakap. “Ooo.. Patutlah dua pusar!” Bila dengar ada adik-beradik atau saudara mara jenis yang mulut laser kata macam itu dekat anak kita, mulalah hati mudah terasa.

Sedihnya, bukan kita yang tentukan pusar anak satu atau dua. Itukan anugerah Allah untuk ibu yang bertuah. Sebab itulah, tak boleh nak hakimi kenakalan anak-anak berdasarkan fizikal mereka, dua pusarlah, lesung pipitlah, kening bertangkuplah.. Rahsia kejadian itu semua di tangan Yang Maha Menciptakan.

Cerita ibu yang ada anak dua pusar di kepala, Puan Aminah Hafizah Abu Bakar boleh dijadikan panduan.

Anak Dua Pusar Benarkah Lasak & Banyak Akal
Orang tua-tua memang banyak pengalaman, mereka lebih lama makan asam garam kehidupan. Melalui pengalaman itu timbullah petua-petua untuk panduan dalam kehidupan seharian. Meskipun zaman berubah, petua lama masih utuh dipercayai dan diamalkan.

Tidak setakat petua. Orang lama juga kaya dengan pengalaman hasil pemerhatian. Maka selalulah kita dengar orang menyebut istilah ‘kata orang-orang tua’.

Namun, tidak semua boleh dipercayai. Ada yang terbukti mitos semata-mata. Sebagai umat Islam kita harus memeriksa kesahihah fakta, dan mengetahui hukum agama sebelum menerima bulat-bulat sesuatu kepercayaan atau amalan.

Sering kita mendengar orang berkata anak dua pusar kepala sebagai nakal dan lasak. Entah di mana logiknya,  tetapi itulah yang kerap dimomokkan orang.

Tersentuh Hati
Apabila ternampak kepala anakku berpusar dua, orang tua-tua terus mengingatkan supaya bersiap sedia dengan karenah anakku itu. Ada yang menyebutnya membesar banyak akal, ada yang melabelnya budak lasak tidak kurang juga yang berani melabelnya budak nakal.

Sebagai ibu baru, hati tentu tersentuh apatah lagi anak masih merah. Tetapi aku selalu memujuk hati mengambil yang positif saja. Dan membiarkan kata-kata orang berlalu seperti angin.

Apabila anakku semakin membesar,  aku sedari karakter dirinya yang ekstrovert dan aktif. Dia mudah mengekspresikan emosinya.  Dia suka menyanyi dan mempunyai keyakinan diri yang baik untuk kanak-kanak seusia empat tahun.

Tetapi memanglah adat kanak-kanak yang banyak ragamnya,  anakku juga tidak terkecuali.  Kadangkala dia menghiburkan tapi ada masanya ragamnya juga menyebabkan kami naik marah.

Satu hal yang tidak aku persetujui ialah meletakkan kesalahan kepadanya mengikut tanggapan ciri fizikal dua pusarnya itu.

Apabila dia berbuat silap kita segera memarahinya. Jika terlibat dalam perbalahan anak-anak,  cepat saja kita menuding jari kepada si dua pusar tadi. Terkadang tidak sempat dia membela diri, dan belumpun kita selidik duduk letak perkara sebenar. Kita pantas menjustifikasikan situasi dan meletaknya sebagai pesalah.

Aku melihat perkembangan ini sebagai tidak sihat untuk pembinaannya sebagai individu yang bersahsiah mulia. Adakah berkepala dua pusar semestinya nakal? Wallahualam.

Pernahkah kita terfikir dua pusar di kepala ini ciri fizikal, sama juga seperti lesung pipit dan tahi lalat?

Menilik Rahsia Tahi Lalat

Apakah amalan menilik rahsia tahi lalat tidak sama dengan menilik rahsia ciri fizikal tubuh badan yang lainnya. Kening bertangkup, begini. Mata ke dalam begitu?

Adalah amalan ini tidak sama dengan memukul rata peribadi  individu melalui zahirnya saja? Lebih sedih jika kita mengaitkan dengan mitos tahayul yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Tanggapan sebegini menanamkan stigma di dalam kepala individu di sekeliling anak tadi. Ibubapa misalnya terdorong memberi layanan tegas dan keras kepada anak ini semata-mata tidak mahunya menjadi nakal. ‘

Setiap langkah karenah anak sentiasa dibayangi dia dua pusar,  maka akalnya banyak. ‘Dia dua pusar,  maka dia lasak’. Ibu bapa secara tidak langsung telah meletakkan label kepada anaknya. Adakah adil memandang sikap indvidu berdasarkan ciri fizikalnya? Nah, tidakkah ia juga terpakai dalam situasi ini?

Anak Dua Pusarku Sama Saja Seperti Anak Lain
Ada waktunya apabila timbul rasa marah terhadap si anak,  aku mengingat diri, dia sama saja seperti anak lain. Akhlak dan adabnya dibentuk oleh aku dan suami. Sikap dan pembawaan karakternya terbentuk oleh persekitarannya membesar.

Generalisasi dan kata orang tua-tua tidak membantu perkembangan anak-anak.  Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidiknya menjadi anak yang baik seperti diidamkan oleh semua.

Semoga kita diberikan kesabaran melayani dan mengasuh anak-anak.






Sumber/ Foto : Blog Aminah Hafizah,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2019 08:23 AM | Show all posts
anak sy lelaki ade dua pusar.. sgt baik dan mendengar kata..umur dah 11 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
anak saya dua pusar.. and xd kena mengena lgsg nakal or apa apa... yg susah nak sikat rambut dia.. kiri ke kanan.. tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 26-6-2019 06:24 PM
anak saya dua pusar.. and xd kena mengena lgsg nakal or apa apa... yg susah nak sikat rambut dia.. k ...

Haha betul tu...bl nk sikat & nak gunting rambut..

So far anak prempuan sy x nakal alhamdulillah dgr ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 07:33 AM | Show all posts
Anak saudara aku ada 2 pusar, tak pernah nakal dari kecik sampai besar. Bersetuju t angappan tu salah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 08:36 AM | Show all posts
saya sndiri pusarnya dua. udah besar masuk taliban pulekk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2019 12:19 AM | Show all posts
Anak aku yg no 2, mmg ada 2 pusar.

and dia mmg ada "lebih" skit dari kakak dia. banyak akal, degil, keras hati (padahal umur x şampai pun 4 tahun lagi), berani & x makan saman.

kekekekkeke...

kakak dia lemah lembut, hati tisu.

kutub utara kutub selatan gitu. hahahahhahha

tapi xde la aku percaya yg anak no 2 aku ada "lebih" sikit pasal dia ada 2 pusar. kebetulan je tu.

kalo org dok tegur2 pasal dia ada 2 pusar & say things like "uiksss, nakal nie".... aku iyerkan aja. hahahahhahaa

don't take things too seriously.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2019 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak saya ada 2 pusar...baru 2 tahun. Aktif...suka explore tapi takde laa nakal mcm org cakap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2019 01:44 AM | Show all posts
Bagitau my husband apa orang Melayu cakap pasal dua pusar, my husband cam what the heck sambil cebik.

Anyway our daughter 2 pusar dan tak pernah tengok lagi budak omputih dua pusar, base bebudak kat my daughter playschool.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2019 11:54 AM | Show all posts
tq share.. saya sedang alami...

sape2 yg jumpa saya.. nampak anak saya ada 2 pusar mesti akan dengan dia cakap macam ni...

"eh ada 2 pusar..abisla ko"

"eh 2 pusar mesti degil nanti ni"

rasa cam nak lempang je.. kata2 tu kan 1 doa, cubalah komen yg baik2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2019 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara kakalong pun Ada 3 org berpusar Dua. Ok jer perangai. Sorg dah jadi dokter lagik. Yg sorg dah form 5 sorg darjah 5. Takdak pulak mak2 dorang meroyan perangai anak nakal ker apa...semua tu mitos belako doh
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 09:32 PM | Show all posts
Anak abang ipar satu pusar pun degil nak mampus tak dengar kata...
Setiap kali ada dekat dengan dia rasa macam nak bagi penampar aje.
Baru umur 6 tahun, lelaki tapi perangai luar biasa.
I rasa sebab dari kecik terlebih bagi gula..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut theory ni... Pusar 3 camna pulak... Mesti degil mcm syaithon..

Takde percaya. Saya pusar dua gak... Takde pon dgr cerita dr parents yg saya nakal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2019 03:27 PM | Show all posts
adila39 replied at 26-6-2019 06:24 PM
anak saya dua pusar.. and xd kena mengena lgsg nakal or apa apa... yg susah nak sikat rambut dia.. k ...

hahah betul sangat.
kalau sikat kebelakang tak kemas sebab terjungkit rambut.

sikat ikut pusar, huru hara rambut

hahah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 12:49 PM | Show all posts
ai tgk Anak sedara ada dua pusar
baikk sgt.dgr kata..
takde nye ada dua pusar tu degil ke apa...
kalau raise Anak tu elok2..good upbringing,,in sha Allah ok Anak tu...
Anak kan kain putih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang dulu2 kata kalau ada dua pusar ni bertuah. Katanya kalau bela kambing  beranak pinak kambing tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2019 02:23 PM | Show all posts
Anak Hakak lelaki ada 2 pusar. Memang nakal jugak la.. tapi manja.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2019 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Diri sendiri dua pusar. Takde lah nakal pun. Degil tu mmg ada.
Anak buah perempuan ada tiga pusar. Kecik2 suka menangis yg x boleh dipujuk. Dah besar ni, baik sgt. Rajin tolong orang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka karipap pusar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.338406 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list