|
Nak share lawak sengal n ketinggalan gak lah 
Siapa pernah pergi ke Taman Safari di Gambang? Kalau yang belum pernah, saya nasihatkan tak payahlah pergi. Baru-baru ini saya ada pergi ke sana. Sampai di sana, kami semua diminta menaiki kenderaan yang disediakan. Kenderaan itu akan melalui beberapa pintu yang telah disediakan. Mula-mula agak teruja sebab boleh mendekati haiwan-haiwan pemangsa dan mangsa seperti dubuk, singa, harimau.
Sedang memerhatikan haiwan sekeliling, tiba-tiba selak pintu tercabut dan ada seorang budak perempuan terjatuh, umurnya dalam 10 tahun. Keadaan sangat menakutkan. Petugas dalam kenderaan mengingatkan jangan bising. Lagipun Kami semua tak mampu berbuat apa-apa. Yang perempuan, semua menangis dan ada yang hampir pengsan.
Singa-singa itu telah mengepung budak perempuan itu. Tiba-tiba datang seekor singa yang dominan lalu dia pun berkata,
"Jangan risau dik. Kami semua tengah PUASA." |
|