CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2195|Reply: 15

Pintu Butik dirempuh pelanggan, kasut bertaburan demi diskaun

[Copy link]
Post time 27-5-2019 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Hari raya menjelang tiba. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan bakal meninggalkan kita. Umat Islam kini masih sibuk menyiapkan persiapan menyambut hari raya. Jualan ‘gila-gila’, potongan harga di sana-sini membuatkan ramai yang tidak keruan.

Pintu butik dirempuh pelanggan!Namun dalam kekalutan persiapan raya ini tular di media sosial dengan satu rakaman pintu sebuah butik pakaian yang dirempuh oleh pelanggan semata-mata untuk mendapatkan tawaran diskaun yang menarik. Sampai macam itu sekali rakyat Malaysia?

Rakaman yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter itu mula tular sejak dimuat naik pada 25 Mei yang lalu. Rakaman itu meraih 751,000 tontonan dan hampir 5,000 retweets!
Video yang tular itu memaparkan keadaan yang kecoh sebaik sahaja pintu butik pakaian berkenaan dibuka. Pintu butik tersebut dirempuh oleh sekumpulan pelanggan seolah-oleh merebut sesuatu yang sangat berharga!

https://twitter.com/sehasafhee/status/1132240496779075584

Rata-rata netizen yang menonton video ini meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
“Strategi pemasaran mungkin?”
“Nak tunggu pintu kaca tu pecah baru ada akal”
“Gila..Macam kena rasuk”
Pemilik butik akui kejadian berlaku di luar jangkaan.Bagaimanapun menurut pemilik butik berkenaan, dia menolak dakwaan video tersebut adalah strategi pemasaran bagi meningkatkan jualan mereka.
Pengasas Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli berkata insiden itu berlaku di luar jangkaan mereka. Ia terjadi kerana mereka menawarkan potongan sehingga 50% buat 20 pelanggan terawal.
Menurutnya juga keadaan butik kembali tenang selepas sejam sesi jualan bermula pada pagi Sabtu lalu.
Apa-apa pun dalam kekalutan kita membuat persiapan menyambut hari kemenangan ini, berpada-padalah dan sentiasa ingat untuk bersederhana.

Sumber: Seha Safhee / mStar

Kredit: Himpunan Cerita Lawak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 11:21 AM | Show all posts
aku tgk dah video tu mmg dah tak macam manusia, lebih menjurus kepada berok. Apa jenis jantan betina la perangai mcm tu, hilang kewarasan, maruah sebab sale jer, pstu msuk video viral abis semua org kampung, sedara mara kau tengok perangai sisi berok kau
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bodo je masing2
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:44 AM | Show all posts
halah2. tudung punya la belambak2 dalam malaysia ni. gigih jugak nak berebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 11:47 AM | Show all posts
tahla...dulu2 vinci..berebut sampai panjat pagar..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 11:59 AM | Show all posts
Memalukan berebut sampai tahap tu hilang kesopanan yang cuba ditampilkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh nya..ada lagi orang guna marketing jijan seman bodoh camni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana bedio?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 12:49 PM | Show all posts
tgk kt web dia, blh tahan gak mahal harga baju dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:16 PM | Show all posts
Masa tengok video ni. Otak Paz tertanya, macam mana dia orang ni buat selection. Tak kan lah dalam keadaan gawat sesak mcm tu boleh buat decision.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:27 PM | Show all posts
Tak koserrr iols nak jadi beruk semata-mata nak dapatkan tudung harga yahudi yang telah dijual murah kononnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 02:31 PM | Show all posts
berebut2 macam tak pernah tgk baju je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iol suka time sale mcm ni. Tapi untuk berlari dan berebut rasa x sesuai. Nak memilih pun xselesa. Suka suasana relax2 masa pilih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi diskaun yang tak seberapa, hilang semua sopan-santun, adab segala.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:14 PM | Show all posts
macam kurang cerdik je camtu...dh tkde tempat lain ke yg ade offer baju-baju kasut ni.. bila manusia semakin hilang kewarasannya
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
2020 nanti mmg ramai y bakal berdaftar kat hospital mental..tgk dlm video tu,antara calon2 nye laa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.164002 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list