Kredit Foto: Tampilcantik.com
Macam mana ni raya dah nak dekat tapi rambut kering dan tersekat-sekat? Jangan risau, cuba tips ini.
1. Rawatan Dadih
Kredit Foto: StyleCraze
Pecah dan pukul beberapa biji telur dan campurkan dengan beberapa sudu dadih. Sapu pada permukaan kulit kepala dan biarkan selama 10 minit sebeluum dibilas. Rawatan ini sesuai untuk kulit kepala yang berkelemumur.
2. Rawatan Minyak Badam
Kredit Foto: AnhGlobal.org
Untuk merawat rambut yang rosak, rapuh dan mudah putus, gunakan minyak badam. Panaskan beberapa cawan minyak badam di atas api selama 40 saat. Kemudian lumurkan pada rambut yang bermasalah. Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan dengan syampu dan perapi harian anda. Gunakan air yang sejuk ketika membersihkan minyak badam.
3. Rawatan Jus Lemon
Kredit Foto: YouTube
Rambut tidak bermaya? Selepas dibersih dan dibilas seperti biasa, lumurkan sedikit jus lemon ke atas rambut dan keringkan dengan tuala. Rawatan ini juga akan mengekalkan seri dan kelembapan rambut, sesuai ntuk mereka yang inginkan rambut keperangan.
4. Rawatan Minyak Zaitun
Kredit Foto: Naturally Curly
Sekiranya anda punya rambut yang rosak kerana sering terdedah kepada terik matahari, gunakan rawatan minyak zaitun ini. Campurkan 1-2 sudu minyak zaitun dengan setengah cawan madu dan 1-2 sudu kuning telur sehingga sebati. Lumurkan pada rambut selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Rawatan ini membantu menggantikan ikatan protein keratin, menurut Dr. Suttar.
5. Rawatan Alkohol
Kredit Foto: Be Fit and Fine
Ingin mengekalkan kelembapan rambut? Sapukan alkohol pada rambut yang basah dan lumurkan secara seragam dengan mengurut permukaan kulit kepala. Lakukan urutan selama 20 minit. Kemudian cuci dan bersihkan rambut seperti biasa. Rawatan ini boleh dibuat seminggu sekali. Rawatan ini bagaimanapun tidak sesuai jika anda mengidap sinus atau sedang flu/demam.
Jika anda sudah cuba pelbagai jenis rawatan tetapi belum berhasil, apa kata anda cuba mana-mana rawatan tradisional dan alami di atas? Semoga berjaya! -CARI |