Sebuah laman mencari jodoh, Illicit Encounters baru-baru ini menjalankan sebuah kajian tentang fantasi seks paling popular di kalangan warga Britain dan menghasilkan dapatan yang sangat menarik.
Kredit foto: mirror.com
Kaji selidik yang mandapat 2,000 responden itu mendedahkan bahawa kebanyakan mereka mempunyai fantasi nakal yang mereka tidak pernah luahkan kepada orang lain.
Menurut rumusan kajian, lebih 50 peratus responden wanita suka berfantasi untuk melakukan hubungan seks dengan bekas suami atau bekas teman lelaki ketika melakukan seks dengan suami atau teman lelaki terkini.
Selain itu, hampir 38 peratus daripada mereka teringin mengulang kembali pengalaman seks kali pertama.
Kredit foto: Carian Google
Apabila ditanya adakah mereka rasa bersalah mempunyai fantasi nakal? Hanya 24 peratus mengatakan YA manakala 76 peratus lagi berpendapat fantasi nakal adalah satu perkara biasa.
Kredit Foto: Carian Google
Bagi lelaki pula, peratus responden yang berfantasi dengan mantan adalah lebih kecil daripada wanita. Selain itu hanya 23 peratus teringin untuk mengulang pengalaman pertama.
Apabila ditanya tentang rasa bersalah, hanya 16 peratus mengakui mereka rasa bersalah dengan fantasi seks.
Kredit foto: Carian Google
Selain daripada fantasi seks dengan mantan, fantasi popular di kalangan warga Britain juga termasuk seks dengan selebriti, orang asing dan rakan sekerja.
Paling ganjil, di tempat ke 10, sebanyak 11 peratus daripada responden berfantasi seks dengan pegawai yang mempunyai kuasa seperti polis atau penguasa penjara.
Berikut adalah Top 10 fantasi seks warga Britain seperti yang dipetik dalam Mirror.com;
1. Seks dengan mantan - 55%
2. Seks seperti adegan TV atau porno - 40%
3. Seks dengan selebriti - 38%
4. Seks dengan pasangan sekarang - 36%
5. Seks dengan orang asing - 29%
6. Skandal dengan rakan sekerja - 27%
7. Seks dengan kawan rapat - 25%
8. Seks berkumpulan - 19%
9. Seks di tempat awam - 14%
10. Seks dengan seseorang yang berkuasa seperti polis atau penguasa penjara- 11%
Jurucakap laman itu, Christian Grant berkata mereka membuat kesimpulan bahawa kebanyakan responden lebih suka berfantasi seks dengan orang lain berbanding pasangan masing-masing selain sering terkenangkan pengalaman silam walaupun mendakwa sedang berbahagia dengan pasangan terkini.
Satu dapatan yang menarik. Penulis tertanya-tanya adakah dapatan yang sama akan diperolehi jika kaji selidik ini dibuat di negara kita? - CARI |