|
Pentingkah bagi seseorang lelaki yang
mahu berkahwin tahu tentang jenis-jenis
faraj wanita? Sebenarnya ia bergantung
kepada diri masing-masing. Jika anda
menganggap ia penting, maka anda tentu
mahu mengetahuinya. Penting atau tidak,
ilmu mengenainya telah tercatat di dalam
berbagai kitab kuno dan diajarkan juga
secara lisan oleh guru kepada muridnya.
Dari sudut seksologi Timur, seseorang
lelaki yang belajar mengenai rahsia-
rahsia organ wanita akan dengan senyap-
senyap memilih gadis bakal isteri yang
mempunyai faraj yang kecil. Ilmu
pengetahuan ini sudah berusia beribu
tahun. Bukan saja ia diketahui dikalangan
masyarakat Melayu, malah oleh masyarakat India dan Cina kuno.
Secara umumnya bangsa-bangsa ini berpendapat bahawa gadis yang punya
faraj yang kecil akan mudah inzal dan mudah dipuaskan dalam jimak. Di sini
disebut ‘faraj yang kecil’ kerana faraj jenis ini salurannya kecil, sempit dan
pendek. Dalam ertikata lain, Batu Meriyan gadis jenis ini tidak berada jauh ke
dalam. Namun jika zakar suami besar dan panjang, faraj yang kecil saiznya
mungkin akan menyebabkan kesakitan di pihak isteri.
Menurut pengetahuan kuno, saiz dan bentuk mulut
seseorang gadis mempunyai rahsia yang melambangkan
bentuk dan saiz faraj yang dimilikinya. Begitu juga
mengenai Lesung Pipit yang berada di pipi, dianggap ciri
istimewa yang ada pada sesetengah gadis saja.
Bila saiz mulut seseorang gadis itu lebar ertinya saluran
farajnya lebar juga. Jika bibirnya tebal maka Bibir Dalam
gadis itu tebal juga. Jika bibir bawah agak terjuih, itu
tandanya gadis itu sukar dipuaskan dalam jimak. Jika
mulut gadis itu kecil saiznya, itu tanda saluran farajnya
sempit dan menurut ilmu pengetahuan Cina kuno, gadis
jenis inilah yang dapat memberikan kepuasan yang lebih
tinggi kepada suaminya dan dia juga mudah dipuaskan
dalam jimak.
Lantaran itu dalam ilmu jimak kuno, terdapat strategi-
strategi dan seni yang khusus bagi menyesuaikan keadaan
suami dan isteri yang mempunyai zakar dan faraj yang tentunya berbagai
bentuk dan saiz. Catatan mengenainya adalah agak terperinci, menunjukkan
bahawa para ilmuan silam telah menganggap bahawa faktor saiz zakar dan
faraj ini merupakan salah satu faktor yang boleh mendatangkan kepuasan
dalam jimak ataupun sebaliknya. Secara umumnya yang menjadi fokus mereka ialah sama ada zakar atau faraj itu besar atau
kecil dan sama ada ianya panjang atau pendek.
Ada pendapat menyatakan bahawa faktor seni
merangsang isteri adalah lebih penting dari
mengetahui mengenai saiz zakar dan faraj. Namun jika
kita selidiki lebih lanjut, sebenarnya pengetahuan
mengenai saiz ini juga mempunyai seninya yang
tersendiri dan elok diketahui oleh bakal-bakal
pengantin. Bagi lelaki yang mana saiz zakarnya
normal dan dapat isteri yang juga saiz farajnya normal,
maka bolehlah gunakan seni-seni jimak yang biasa.
Namun bagi yang bersaiz terlalu besar atau terlalu
kecil, mengetahui seni bahagian ini adalah mustahak.
Raja Somadeva III telah menulis dalam Mansollasa
bahawa ‘wanita bertuah ialah yang cantik, muda, dan
(pandai seni). Tapi amat sukar untuk mencari wanita
yang cemerlang dalam segala segi. Kerana itu, lelaki
patut cuba
mendapatkan wanita yang terbaik dari segi tubuh
badannya’. Dia selanjutnya menekankan bahawa saiz
zakar dan faraj suami isteri perlulah sesuai. Jika zakar
sedikit besar, ia boleh disesuaikan, tapi jika zakar itu
terlalu besar maka patut dielakkan kerana akan
mengoyakkan saluran faraj. Wanita yang punya faraj
yang terlalu kecil atau terlalu besar juga kurang sesuai
untuk dijimak kerana dia sukar untuk memuaskan
suaminya.
Menurut ilmu seksologi India kuno, faraj
wanita boleh dibahagikan kepada 14 jenis
yang berbeza sebagaimana yang dipaparkan
di bawah judul ini.
Somadeva pula membahagikan wanita
kepada 6 jenis iaitu Chitrini, Padmini,
Hastini, Sankhini, Mrugi dan Vadava.
Pembahagian kepada jenis yang berbagai
ini telah menjadi amat kompleks dan
lantaran itu tidak praktikal. Vatsyayana
adalah antara guru yang membahagikan
kepada 4 kategori saja sementara Kalyana
Malla meringkaskannya kepada 3 kategori
saja iaitu pendek, sederhana dan panjang.
Ringkasan ini lebih memudahkan
pemahaman dan lebih praktikal.
|
|