CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2688|Reply: 3

[Bahasa] Pengaruh Bahasa Arab di Alam Melayu

[Copy link]
Post time 24-1-2019 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Sejak kurun ke-10 dan ke-11 Masihi, bangsa Melayu telah memeluk agama Islam dan ini menjadi permulaan kepada kemasukan pengaruh bahasa Arab di Alam Melayu. Kerajaan Perlak di Sumatera dan Temir di Benua Terengganu adalah 2 buah kerajaan yang memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Islam di Alam Melayu. kemudian ianya diteruskan oleh Kerajaan Pasai, Acheh, Demak, Melaka dan lain-lain.

Faktor utama bangsa Melayu mula berasimilasi dengan bahasa Arab adalah kerana tiadanya perkataan didalam bahasa Melayu yang mempunyai makna yang sama sepertimana yang difahami didalam bahasa Arab terutamanya untuk memahami isi kandungan Kitab Suci Al-Quran Nul Karim.

Bangsa Melayu amat berhati-hati dalam menterjemahkan Al-Quran supaya tidak timbul kekeliruan sepertimana yang telah berlaku terhadap kitab Injil dan Taurat yang diterjemahkan sewenang-wenangnya oleh bangsa Greek dan Rom.

Oleh sebab itu setiap perkataan Arab yang tidak mempunyai terjemahan yang setara didalam bahasa Melayu dikekalkan keasliannya didalam bahasa Arab. Contohnya perkataan 'Taqwa' dan 'Adil'.

Namun ada juga perkataan Arab yang mempunyai terjemahaan yang setara didalam bahasa Melayu tetapi dipopularkan didalam penggunaan seharian. Contohnya perkataan 'Mungkin'. Perkataan 'Mungkin' berasal dari perkataan Arab 'Yumkin'.

Ada perkataan Melayu yang tidak sesuai diterjemahkan didalam bahasa Arab kerana maksudnya yang bersifat berlawanan dengan syariat agama Islam. Contohnya perkataan 'Sembahyang' yang merupakan terjemahan untuk perkataan 'Solat'. Perkataan 'Sembahyang' berasal dari dua perkataan iaitu 'Sembah' dan 'Hyang'. 'Hyang' ini merujuk kepada tuhan pagan bangsa Melayu suatu ketika dahulu. Maka oleh sebab itu lebih digalakkan untuk menggunakan perkataan 'Solat' berbanding 'Sembahyang'.

Selain itu, ada perkataan Arab yang tidak lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kerana isu sensitiviti semasa. Contohnya perkataan 'Mayat'. Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, perkataan 'Mayat' ini membawa maksud 'Bangkai'. Kitab-kitab rujukan agama Islam di Alam Melayu atau lebih dikenali sebagai Kitab Kuning mempopularkan perkataan 'Bangkai' ini apabila membincangkan bab-bab berkaitan kematian dan pengurusan Jenazah sejak dahulu kala. Tetapi kini ianya tidak lagi digunakan di zaman moden ini bagi menjaga sensitiviti terutamanya perasaan keluarga si mati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2019 01:27 PM | Show all posts
Edited by cmf_BeachBoys at 26-1-2019 04:40 PM

AMALAN = PERBUATAN/TINGKAH-LAKU/GERAK-GERI

AMANAH = TANGGUNGJAWAB

DOA = MOHON/MINTA

IKHLAS = JUJUR

ILMU = PENGETAHUAN

IMAN = PERCAYA

JUMAAT = HIMPUNAN/BERKUMPUL

SAHABAT = RAKAN/KAWAN/TAULAN

SALAM = SEJAHTERA

SEDEKAH = PEMBERIAN

SEJADAH = HAMPARAN/TIKAR/PERMAIDANI

SYUKUR = TERIMA KASIH

TAAT = PATUH

TAWADDUK = MERENDAH DIRI

YAKIN = PERCAYA









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dgr ceramah agama ustaz badlishah..beliau cerita perkataan sembahyang adalah diperkenalkan oleh sunan kalijaga..tetapi ditentang keras oleh wali songo sbb perkataan sembahyang dikatakan perkataan syirik..

Sunan kalijaga tetap ingin kekalkan perkataan sembahyang kerana perkataan solat agak sukar utk diucapkan oleh org melayu ketika itu..

Wallahua'lam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebutan berubah, erti masih sama       

berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"

darjat dari perkataan "darajah"

khabar dari perkataan "khabar"

lafaz dari perkataan "lafazh"

zalim dari perkataan "zhalim"

makalah dari perkataan "maqalah"

masalah dari perkataan "mas-alah"

mungkin dari perkataan "mumkin"

rasmi dari perkataan "rasmiy"

soal dari perkataan "su'aal"

rezeki dari perkataan "rizq"

Sakarat dari perkataan "Sakkarat"

Nama-nama hari dalam seminggu :
Ahad ("Al Ahadu"), Isnin (Al Ithnaini"), Selasa (Ath-Thulasa"), Rabu ("Al-Arbi'a"), Khamis ("Al Khamis"), Jumaat ("Al Jumu'ah'") dan Sabtu ("As Sabtu")



*sumber dari google..kalau salah..tlg betulkan ye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.046477 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list