Pelakon terkenal dalam siri Modern Family, Sofia Vergara, 46, sekali lagi bakal berdepan saman daripada bekas tunangnya, Nick Loeb, 43 walaupun Sofia telah lama bahagia dengan suami barunya, pelakon sasa Joe Manganiello, 41.
Kredit Foto: New York Post
Saman itu berhubung dua embrio tabung uji yang disenyawakan daripada benih Sofia dan Nick pada tahun 2013 bertujuan untuk dilahirkan oleh ibu tumpang tetapi perancangan mereka menjadi ibu bapa tergendala berikutan putusnya pertunangan mereka. Sofia, yang kemudiannya berkahwin dengan Joe Manganiello mahukan embrio itu kekal disimpan tetapi Nick yang juga sudah berkahwin dengan wanita lain mahukan embrio itu dikandung dan seterusnya dilahirkan oleh ibu tumpang.
Kredit Foto: Crux Now
Pada mulanya saman itu difailkan di California pada tahun 2014 dan hakim telah memihak kepada Sofia. Nick kemudiannya cuba menfailkan saman itu di Louisiana pada tahun 2015 , di mana undang-undang janin lebih ketat tetapi ditolak kerana kedua-dua mereka buka pemastautin di negeri itu. Awal tahun 2018, Nick telah menyewa sebuah kediaman di negeri ini seterusnya pada bulan Ogos lepas telah memulakan saman baru terhadap Sofia.
Kredit Foto: TMZ
Sumber dari pihak Sofia menuduh motif di sebalik saman tersebut bukanlah kerana niat Nick untuk menjadi bapa tetapi kerana Nick ingin membalas dendam terhadap Sofia yang memutuskan pertunangan mereka. Sumber itu berkata, Nick masih lagi belum memaafkan Sofia dan berharap masalah undang-undang ini akan mengkucar-kacirkan hidup dan perkahwinan Sofia dengan Joe. Sebelumnya, Nick berkata beliau mahukan perancangan embrio itu diteruskan kerana beliau ingin menjadi ayah tunggal tetapi Nick kini sudah berkahwin baru malahan sudah punya darah daging sendiri yang lahir normal, jadi sumber itu mengatakan sekarang Nick sebenarnya ada niat lain di sebalik saman tersebut.
Kredit Foto: Hello Magazine
Untuk mengukuhkan peluangnya, Nick telah mengfailkan saman tersebut di Louisiana, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menegah semua jenis pemusnahan embrio yang dianggap manusia lengkap. Untuk layak dibicarakan di Louisiana, Nick telah menyewa sebuah rumah sebagai alamat tetapnya dan mendaftarkan sebuah tabung kewangan dinamakan Emma & Isabella sempena nama embrio yang ingin dipeliharanya, sedangkan Nick sendiri masih bermastautin di California
Kredit Foto: The Knot News
Ketika dihubungi oleh TMZ, peguam Nick, Jasha McQueen mengesahkan Nick menyewa sebuah rumah di Louisiana walaupun berdaftar sebagai pengundi di Los Angeles. Peguam itu juga tidak mahu menjawab berapa lama Nick akan menyewa di sana. 'Lesen memandu Nick didaftarkan di Louisiana jadi pihak hakim pasti akan mempertimbangkan saman ini' jawab McQueen lagi.
Adakah kebahagian pasangan ideal Sofia Vergara dan Joe Manganiello bakal tergugat apabila saman ini memulakan perbicaraan? Hanya masa yang akan menentukan. -CARI |