View: 1069|Reply: 2
|
bermain gitar sambil kepala dibedah
[Copy link]
|
|
DURBAN, Afrika Selatan - Seorang ahli muzik bermain gitar selama enam jam ketika menjalani pembedahan secara sedar untuk membuang ketumbuhan dalam otaknya di sebuah hospital di sini baru-baru ini.
Musa Manzini, warga Afrika Selatan yang pernah memenangi beberapa anugerah muzik, menonjolkan kemahiran muziknya di Hospital Chief Albert Luthuli ketika pakar bedah cuba memastikan bakatnya tidak terjejas susulan pembedahan tersebut.
Dengan bermain gitar, doktor dapat menguji bahagian otak yang boleh atau tidak boleh dipotong sebelum membuang sebanyak mungkin ketumbuhan itu, kata salah seorang pakar bedah tersebut, Dr. Basil Enicker.
“Mereka beri ubat bius dan memotong tengkorak saya. Kemudian saya bangun dan mula bermain gitar,” kata Manzini kepada rangkaian berita News24.
Ini kali ketiga Manzini mendapatkan rawatan untuk kanser otak selepas ketumbuhan itu pertama kali dikesan pada 2006 sebelum ia muncul kembali pada 2008 dan terbaru pada Mei lalu.
http://www.kosmo.com.my/dunia/ahli-m...mGVySs.twitter
utk video link dibawah :
https://www.youtube.com/watch?time_continue=3&v=CScuCm4-ceU
|
|
|
|
|
|
|
|
Omg grey's anatomy realness! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-12-2018 11:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
dinosaurpink replied at 24-12-2018 06:25 PM
Omg grey's anatomy realness!
Haha.. it is bro |
|
|
|
|
|
|
| |
|