Edited by Cokoro at 10-9-2022 03:20 PM
iols try sambung yg post twitter tu.
Hye geng! Salam puaka satu Malaysia, SalamMalam Jumaat! Harini aku nk sambung cerita #storypuaka part 4. Yg mana duk jauh mohon raaapat rapatkan saf anda dgnharapan 'dia' tidak menyelit!
Benda ni jadi bulan 5. Kelas ptg for form 5dh start. Ptg Khamis. Aku letih gila sbb pg ada Pendidikan Jasmani, then ptgada kelas, nk lyn awek merajuk lg sbb pg tu aku ada ckp yg muka dia ada iras Norlia Ghani. Dia beduk aku dgn penyapu! Yes, men are trash.
Aku nk terangkan structure asrama but lgdetail. Asrama aku 3 tingkat termasuk level floor. Satu level, ada 3 dorm &2 toilet. Satu dorm ada 8 org. Katil single. Aku dorm 1. Paling depan, palingdkt dgn tangga. Sebelah kiri dorm aku ada toilet. Toilet sblh dorm aku ada mslh air so budakmmng x akan pergi situ. Kalau nk mandi or buang air, kami akn ke level atas orke toilet hujung level. Dapat imagine x? Belakang block, ada ampaian kain. Okdone. Baca n hadap smpai fhm!
So ptg tu, pukul 5.30 baru hbs klas. Akubalik asrama. Budak2 lain dh mula balik rumah. Aku x ikut member aku balik sbbdia balik kg, aku segan nk ikut dorng. So aku decide nk stay asrama lgpunweekend ada kelas tambahan smpai ptg. Tapi! Celakanya aku tertidur. Katil aku dkthjung dorm, tepi tingkap. Aku dh pesan dkt budak klau nk balik, kejutkan aku.Enth mcm mana dia blh lupa.
Dlm pkul 9pm, hujan lebat, guruh berdentum, pintudorm terhempas kuat buatkan aku terbangun. Dgn mamai, aku cari fon. Jumpa fon. Dorm dh gelap and pintu dormterbukak luas. Angin kencang. Hujan masuk dlm dorm sbb x tutup tingkap. Aku bgnnk g bukak lampu. Suis lampu dkt sebelah pintu dorm. Satu asrama gelap! Koridorgelap, dorm pun gelap!
Aku bgn. Jalan bawak flashlight fon nk gbukak lampu dorm. Ms aku jln, smpai je tengah2 dorm, petir menyambar. Dormpenuh cahaya kilat. Hujung mata aku mcm ternampak something tghberdiri atas salah satu katil. Warna hitam. Besar! But mcm aku ckp last thread,aku x perasan. Bila sampai dkt suis baru aku terfikir "Eh bnda apa td tu?Besar siaalll."
Aku on lampu. Pndg katil. Kosong. Hny adacadar je. Aku decide nk ke post guard sbb nk mntk tlg pakgad belikan makanan.So aku balik ke locker, ambk beg duit and keluar dorm. Ms otw nk keluar dorm, aku pndg kiri kanankoridor. Gelap. Pintu dorm2 lain terbukak tutup. Berdentang-dentum sbb angin.Pintu dorm skolah ad mslh x blh tutup rapat. So senang terbukak sndiri. Akupndg bwh, just lampu jalan depan surau je yg bukak. Aku nk bukak lampu koridor. Tapi aku taktahu kontraktor mana yg jenis letak lampu koridor dkt tgh2 laluan koridor?Mksdnya aku kena jln smpai ke dorm 3 semata utk bukak lampu! Ni kalau aku jumpabalik siapa yg design suis lampu asrama, aku nk starlight dahi dia guna nenas!
Aku jalan ke suis. Kirikanan dorm kosong and gelap. Angin dia kemain kuat. Setiap langkah, aku rs mcmada 'org' ikut. Ada 'org' pndg. Dkt sini aku rs bodoh mcm selipar sbb aku pndg dlm dorm 3. Dkt hujung dorm 3 aku nmpk mcm someting duk bersujud. Nk ckporg, x kan dia duk qiamullai pukul 9 mlm dlm gelap kan? Aku tgk je benda tu!
Suddenly
Sbelum lampu on sepenuhnya dia akn berkeliputk beberapa second kan? Aku on lampu and hujung mata aku lg skali terpandangsomething berdiri depan dorm aku. Dia bukan dlm bentuk fizikal. Dia lebih pdbyg2 or imbasan! Lampu duk lip lap lip lap, benda tu pun ikut lip lap lip lap. Bila lmpu betul2 terbukak, benda tuautomatically hilang. Aku perhati je tmpt tu smbl slowly jln balik ke dorm sbbnk turun pergi post guard. Selama aku berjalan rentas koridor andditemani dorm gelap. Koridor yg cerah, buatkn dorm dilimpahi chy samar2. Aku rsmcm ada org duk perhati aku drpd dorm2 tu. Dia tgk je aku. Bulu roma aku mmngduk mencanak dari td.
Suddenly aku terdengar mcm benda berat jatuhdari blkg aku. Bnda ni mcm bungkusan jatuh. Dia bunyi KEDEBUUUB!! Mcm bndalembut tp kau balut2 then jatuhkan bnda tu. Mcm bunyi pocong jatuh..
Aku terkinjat dgn bunyi tu, terus terpandangblkg. Korang kalau brg jatuh, korang akan automatic pandang kan? Ha mcmtu lahaku! X rancang pun tp maybe reflex movement. Aku toleh belakang, aku mcm nmpk lintasanbyg hitam lalu depan aku. Dia laju gila! Mcm ZAP! HILANG! Tapi aku dgn lembab bebal aku lah. Pndgdepan, jln dlm 2-3 langkah baru terfikir apa benda yg melintas td. Haa kan dhckp yg aku ni lembab mcm ubi tapioca! Or gifted?
Entahlah.
Aku turun tangga. Smpai je bwh, rasa nknangis, nk jerit semua ada. Aku gi dekat sbb nk pastikan. Aku tarik griltangga, berkunci beb. Aku kena lock sesorang dlm block woi... If pakgad tu bercuti, aku kena duduk sorangselama 2 hari dlm block! Seram hanat! Mcm mana nk rebus meggi nanti?! Aku jeritpanggil pakgad tu kalau2 dia ada dkt post guard. Tapi dgn keadaan kilat mcm tumananya nk dgr?
Lepas 10 minit aku merayu domba dpn gril mcmtunggu ikan kaloi muncul, aku decide nk naik semula dorm. Aku jalan naiktangga. Check kredik fon, tinggal 2 sen. Pishang! Aku jalan masuk dorm. Nak kunci pintu, tombol pun takde! Dorangsumbat dgn gumpalan surat khabar dlm lubang tombol! Kicap masin betullah siaparosakkan tombol! Aku tutup jelah pintu. Perut gentle lapar gila. Bukak locker,ada meggi kari 2 packet. Aku lepak atas katil, sandar dkt bahu katilsambil kunyah meggi and fikir cara nk keluar. Hujan still lebat gila! Akurancang nk lompat, tp sbb tinggi so aku cancel. Nk pnjt turun ikut btg paip?Takut btg paip pecah sbb aku ni spesis gemuk tp x mengaku diri gemuk. Pukul 11. Bunyi hujan teman aku. Nk psg earphone, x kan aku nk dgr ring tone nokia utk hilangkan bosan? Nk psg radio,line x dapat! Suddenly, angin tiup pintu dorm smpai terbukak luas..
SHREEEEEEEKKKKKKKKKKKEEEKKK.....
pintu tuberkarat. So bunyi dia mcm tu. Takdeklah exactly mcm tu. Kalau betul2 bunyimcmtu, aku pun gelak beb. Dia bukak perlahan, mcm slowmo! Aku pulakpandang je pintu tu terbukak smbl kunyah meggi. Bila dia full terbukak, GEDEGAAAANGGGG!!!!!!!Kilat menyambar! And that time jugak pintu tu tertutup rapat! Mcm ada org tolaktutup pintu tu haaaa!! Aku dh rs x best.
Entah mana dtg berani, aku gerak ke pintu.Sambil pgg Yassin. Aku fikir kalau hantu muncul, aku nk tenyeh je Yassin dktdahi dia mcm cerita cina tu buat dia tampal kertas dkt dahi hantu! Serious!Benda tu yg aku fikir time tu! Logik x logik taruk tepi!
Aku ambk kerusi and taruk depan pintu. Mmngmcm bodoh but benda tu buatkan aku rs lebih selamat. Aku pusing belakang andjln ke katil. Kerusi td gerak skali dgn pintu..GREEEEEEEKKKKKKKKKK.... padahal angin takde pun time tu! At the same time akudpt rasa ada benda masuk or keluar dlm dorm tu. Dia rasa mcm x selesa!
Bilaaku terserempak or rasa bnda ni, aku akn automatically panas baran or naikangin! Dia bukan nk mrh org tp mcm semangat dia lain mcm! Ibarat pesilat dgrbunyi serunai! Org kelantan ckp "Naik raaaa!". Haaaa Bila akupndg belakang, kosong. Pintu dh half terbukak. Aku decide nk tegur. Kalini akuberani sikit. Selepas byk kejadian sbelum ni, aku byk bljr bab2 mcmni. Throughgoogle. And Utube. And pakgad haritu. Sikit. "Aku maghi nokbelajar. Jange kaca aku. Mung buak kijo mung, aku buak kijo aku."(translate : Aku dtg nk bljr. Jgn kacau aku. Kau buat kerja kau, aku buat kerjaaku.)
Suddenly, pintu tu tertutup sendiri. Aku x sure dia pergi or dia tutup pintutuuntuk biarkan aku dgn dia je dlm dorm tu? Aku dh cuak. Nak psg ayatAl-Quran?Nokia 1616 mana ada lagu! Xkan aku nk psg ringtone ayam berkokok kasidia terkejut? 5 minit aku berdiri tegak dkt tmpt td. Mulut aku bacaapa yg aku ingat. Ayat hafazan form 1 pun tiba2 blh teringat. Dulu time ustazahugut nk rotan siapa yg x hfl, dia taknak pulak ingat!
After that, akumcm dpt keberanian utk berjalan. Aku jalan balik ke katil. Pundi kencing dukmemekak sruh pi toilet. Aku fikir, kalau nk gi toilet, aku kena naik levelatas. Or pergi toilet hujung level. Damn. Organ bdn yg sial. Suka buat orgsusah dkt timing x kena! Aku tahan je kencing smpai tertdur. Pukul 3pagi, aku terbangun sebab member aku kejut. "Kema, teme aku gi tandahkema. Takuk ni sore male2." (Translate : Ikmal, teman aku g toilet. Takutsorang2 ni.)
Aku pun bangun. Mata mamai, taik mata dh keras dkt matabuat aku susah nk bukak kelopak. Jalan lepasi dorm 2 smbil gonyoh mata. Sampaije depan pintu toilet hujung level, aku terfikir. Kawan? Siapa? Aku sorang kan?
Aku lari masuk bilik, hempas pintu, keluarkan Yassin, aku baca kuat2! Time tu gulidkt dorm atas berterabur jatuh. Macam segelen guli jatuh weh! X berhenti!Suddenly aku terpandang byg2 dkt tingkap belah ampaian. Dia lalu seimbas je!Laju! Warna putih!
5 minit lepas tu aku nmpk pulak byg2 mcm tgh berjalan dkttingkap belah koridor.Slow je dia jalan. Makin lama, makin dkt dgn pintu. Byg mcm org tua.
Pintu ditolak.... Kaki melangkah... Pak gad haritu datang. Dia bagi salam menandakan dia manusia. Aku berlari siak gi peluk dia. Memang menangis x cukup air mata beb!
Dia bawak satu botol minyak wrnahitam. Dia calitminyak tu, dia sapu dkt mulut, hidung, telinga n mata aku.Wangi. Dia ckp tukasturi hitam. Nk halang syaitan drpd masuk dlm bdn sbbsyaitan akan masukmelalui lubang2 bdn kita.
Dia iringi aku turun. Bawaka ku ke surau. Hujan still renyai2. Dia balutkan aku dgn kain sejadah and bg air Yassin suruh aku minum. Mcm ada satu tenaga baru beb. Dia ingat yg aku ikut kwn aku balik haritu sbbtu dia x cari aku. Kwn2 aku pulak x pesan dkt dia.Dia dtg pun sbb nk kunci jam then dia tgk dorm aku je cerah and aku duk melalak baca Yassin. Tu yg dia naik. Aku pelik. Setahu aku, aku dh bukak smua lampu koridor? Entahlah.
That night, aku tidur dgn dia dkt surau smpai pagi. Esok tu aku demam panas and ikut dia balik rumah.
|