View: 3713|Reply: 14
|
Lindsay Lohan Ditumbuk, Tuduh Pendatang Syria Cuba Seludup Kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Niat baik pelakon Lindsay Lohan, 32, cuba menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang kononnya cuba diseludup sepasang suami isteri hampir berakhir dengan tragedi apabila rupa-rupanya suami isteri yang juga pendatang dari Syria itu sebenarnya ibu bapa kandung kepada kanak-kanak berkenaan.
Kredit Video: Youtube
Dalam video tular yang dimuat naik Lindsay, dia kelihatan hanya menyedari kesilapannya selepas mendapat 'hadiah' daripada ibu kanak-kanak terbabit.
Kredit Foto: YourNewsWire
Kejadian itu berlaku di Moscow, Russia, pada Jumaat lalu ketika pelakon berkenaan sedang membuat siaran langsung melalui akaun Instagramnya.
Menurut TMZ, pada mulanya Lindsay kelihatan gembira dan cuba memperkenalkan keluarga pendatang Syria yang baru dikenalinya itu.
Walau bagaimanapun, Lindsay tiba-tiba berasa curiga apabila melihat riak wajah kanak-kanak terbabit.
Kredit Foto: Breitbart
Apabila keluarga itu cuba pergi meninggalkannya, Lindsay menjerit kepada kanak-kanak berkenaan untuk berlari menyelamatkan diri dan masuk ke dalam keretanya.
Sambil menjerit meminta pertolongan, Lindsay menuduh pasangan suami isteri terbabit sebagai penyeludup kanak-kanak.
Menggunakan kebolehannya berbahasa Arab, pelakon yang pernah tinggal beberapa tahun di Dubai itu menjerit memarahi pasangan berkenaan, "Kamu merosakkan budaya Arab, lepaskan kanak-kanak ini," jeritnya kepada pasangan terbabit.
Dia juga cuba menenangkan kanak-kanak itu dengan menyatakan dia akan membantu mereka melarikan diri.
Kredit Foto: Iconichipsters.com
Apabila dia masih tidak diendahkan, Lindsay cuba menarik tangan salah seorang kanak-kanak terbabit, tetapi wanita itu menumbuk mukanya dan memberitahu dia adalah ibu kandung kepada kedua budak lelaki berkenaan.
Terkejut kena lempang, Lindsay kelihatan menangis dan menghentikan usahanya. Lindsay, kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi itu.
Kredit Foto: IG Lindsay Lohan
Sejurus kejadian itu, Lindsay memuat naik kata-kata 'Life is a series of tiny miracles, notice them' di IGnya dengan tanda pagar #helpothers.
Nampaknya, niat baik Lindsay hampir memakan dirinya sendiri. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ah dulu pnh tgk vid lilo gaduh ngan ex fiance. Ai think sheols ada kecenderungan berdrama queen bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lindsay Lohan memang drama saja memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai....sib bek la cter mean girls tuh best .... |
|
|
|
|
|
|
|
Cian sheols kena tumbuk. niat dia baik tapi tersalah sangka..Ganas tol puak ni...cakap jela elok2 budak tu anak kandung. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit hari lg fatiya jd mcm ni la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni berlakon best tapi hanyut tak sedar-sedar. Britney tu pun dah boleh keluar dari kemelut hidup sheols, miley, and angelina semua boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
mane tak kene tumbuk siap kejar lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ada org bela kah? Siap travel sana sini & bukak beach club kat Greece. Bukan ada job berlakon pon. Hutang dia dulu berlambak kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-10-2018 11:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
gerbera.memopad: Dia ni ada org bela kah? Siap travel sana sini & bukak beach club kat Greece. Bukan ada job berlakon pon. Hutang dia dulu berlambak kan.
Kalau ikut gosip belah sana dia ni pun jenis bisnes 'kerang' utk jutawan arab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlu igt mati2 dia ni mcm dpt hidayah nak masuk islam. |
|
|
|
|
|
|
|
motif tiba2 nak tarik anak orang suruh ikut sendiri. mesti mak dia dah cuba cakap itu anak sendiri, dah ko xnak dengar, dapat la pelempang sedas |
|
|
|
|
|
|
|
oo patutlah tinggal bertahun kan dubai ke kat mana ntah. and gambar dia pegang Quran tu semata2 nak tarik perhatian orka2 areb la yer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegang Quran tu pun publisiti murahan dia jer
|
|
|
|
|
|
|
| |
|