View: 3871|Reply: 11
|
Adik-beradik Kardashians Berperang Di Twitter, Gimik Atau Benar?
[Copy link]
|
|
Program realiti keluarga selebriti Keeping Up With the Kardashians membuat ramai peminat teruja dan tertunggu-tunggu 'drama' apa yang bakal dipertontonkan kepada mereka.
Terbaru, pertengkaran di antara Kim Kardashian West, 37, Kourtney Kardashian, 39, dan Khloé Kardashian, 34, bersambung ke laman Twitter.
Kredit foto: Hollywood Life
Memetik People, perselisihan itu tercetus selepas Kim menuduh Kourtney mementingkan diri kerana enggan menyesuaikan jadualnya untuk sesi bergambar bersama keluarga sempena Krismas yang dirancang Kim.
Menurut Kourtnet, dia mahu meluangkan masa bersama anak-anaknya, Mason, 8, Penelope, 6, dan Reign, 3, berbanding menghabiskan masa untuk sesi penggambaran itu bersama adiknya yang menjengkelkan.
Kredit foto: AOL.com
Agak hangat perang mulut di antara mereka hingga Kim 'menghalau' Kourtney keluar dari rumah.
Kourtney kemudian memuat naik kicauan di Twitter memberitahu pengikutnya bahawa dia sendiri berasa bimbang dan takut dengan perselisihan di antara mereka.
Posting berkenaan menarik perhatian Kim yang kemudian menempelaknya.
"enggambaran itu membabitkan anak-anak kita! Keutamaan nombor satu saya adalah menjadi seorang ibu yang baik. Kalau saya boleh buat kerja dalam masa sama, kenapa tidak kamu?" selar Kim.
Mereka terus mempertahankan diri masing-masing hinggalah Khloe turut terheret sama dalam 'perang' dua beradik itu.
Khloe memuat naik kicauan dengan menulis dia hanya mahukan adik-beradiknya berdamai, namun dibidas Kourtney.
Berang dengan kenyataan Kourtney itu, Khloe menyerang balik dengan meminta mereka tidak membabitkannya dengan perseteruan mereka.
Pertengkaran mereka menarik perhatian warga Twitter, namun Kim meyakinkan orang ramai bahawa hubungan mereka adik-beradik baik-baik saja.
Kredit foto: Twitter
Betulkan mereka bertengkar atau ia hanya gimik semata-mata untuk meraih perhatian penonton? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cubaan nk upkan nama yg makin menyendu |
|
|
|
|
|
|
|
cam x caye ja depa ni gaduh, tah ke masa dok tulis twit tu, dok seblah nyeblah sambil gelak2 ahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Tepuk tangan la taylor swift |
|
|
|
|
|
|
|
punyalah seksa kulit muka kimk nak bg reaksi marah
kalau betol pun, org tak percaya dah dgn klan nih. semua benda fake, sampai kes rompakan kat paris tu pon ramai yg skeptikal. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama. Gaduh siap hashtag KUWTK |
|
|
|
|
|
|
|
Propa je tu maklum ler memasing dan makin sendu |
|
|
|
|
|
|
|
nak start season baru ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan naikkan nama 1..2..3! |
|
|
|
|
|
|
|
mek kenal kim je sbb montot dia beso.. yg adik bradik lain mek x kenai pun... tau nama x tau roper |
|
|
|
|
|
|
|
gaduh iye ke.. siap berhashtag kuwtk~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|