CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2309|Reply: 12

Misteri Kehilangan Bayi Lapan Bulan Dalam Kandungan

[Copy link]
Post time 10-7-2018 01:09 PM | Show all posts |Read mode






Seorang wanita melalui liku-liku alam kehamilan yang sangat misteri. Wanita ini, Afie, telah tiga tahun menderikan rumah tangga. Sepanjang tempoh tiga tahun usia perkahwinan, beliau di uji dengan pelbagai dugaan dan rintangan di saat kehamilan. Kuasa Allah, Afie ini subur dan mudah untuk hamil, namun di saat mudahnya itu, datang kesukaran yang sangat misteri.

Empat kali beliau telah hamil selama mendirikan rumahtangga, namun semua kehamilan itu gagal dan tidak bertahan lama. Kehamilan kali pertama dan kedua kandungannya gugur tiba-tiba. Bagi kehamilan yg ketiga, beliau disahkan hamil anak kembar, namun apabila kandungan masuk ke usia enam bulan, seorang anaknya meninggal dalam perut manakala pasangan kembar seorang lagi ghoib hilang tidak tahu ke mana. Ia sangat memberikan kesan mendalam pada Afie dengan berlakunya perkara ini dan semestinya sedih.



Beliau masih tidak berputus asa, dengan izin Allah pada hujung tahun 2017 Afie berjaya hamil lagi. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, kandungan berjaya dijaga hingga bulan ke lapan.

Di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Sekali lagi Afie di uji, kandungan yang berusia lapan bulan tiba-tiba hilang. Pihak hospital gagal memberi jawapan konkrit atas punca kehilangan bayi tersebut. Sebelum itu Afie sempat scan kandungannya, Alhamdulillah memang jelas kelihatan wajah dan sifat bayi itu (seperti dalam gambar sebenar yang disertakan ini).



Kalau fikir dengan waras pun, takkan lah bayi dalam kandungan itu hanya halusinasi, sedangkan setiap bulan Afie buat pemeriksaan di klinik seperti mereka yang hamil. Buku merah sebagai bukti. Pihak doktor hanya mengatakan pintu rahimnya seakan baru lepas bersalin. Kehilangan kandungannya disedari selepas bangun dari tidur. Cuma apa yang Afie ingat, malam sebelum kehilangan bayinya, beliau bermimpi seorang nenek tua datang mengambil anaknya dengan satu sentapan hingga buat ia terjaga dari tidur. Besar sungguh ujian yang Allah berikan.

Atas pelbagai rentetan perkara pelik yang Afie alami apabila hamil, maka beliau berjumpa saya sebagai alternatif melihat permasalahan melalui kaedah Perubatan Islam.




Hasil dari Rawatan Ruqyah yang saya jalankan, terdapat tindakbalas jin dalam jasad pesakit. Suara seakan nenek tua muncul menggunakan jasad pesakit. "Aku sayangkan dia, anaknya itu milik aku... Aku dari keturunannya... Aku yang jaga keturunannya... Ini janji aku dengan nenek moyang dia...". Itulah antara kata-kata yang dilontarkan oleh nenek tua (jin) dari badan Afie. Hasil perbincangan saya dengan jin itu, jin itu akui yang dialah yang nengambil anak dalam kandungan Afie. Dia telah terikat dengan perjanjian bersama nenek moyang Afie dahulu. Semua cicit moyangnya adalah haknya (jin). Saya berikan tazkirah dan menyantuni jin itu agar ia bertaubat dan tidak melakukan perkara itu lagi.



Dengan linangan airmata, jin itu tunduk dan bertaubat di jalan Allah. Jin itu keluar dengan tenang, dan pesakit terus sedar.



Apa yang berlaku disini, punca Afie sering gagal dalam Kehamilannya adalah kerana SAKA dari nenek moyangnya dahulu yang merupakan seorang dukun. Ilmu yang salah telah digunakan hingga memberikan kesan yang sangat mudarat pada cucu cicit. Saya yakin dan percaya, Afie akan selamat hamil dari awal hingga akhir selepas ini. Mengikut rekod rawatan saya, terlalu banyak kes yang sebegini berlaku.



Setelah dirawati melalui kaedah Perubatan Islam, Alhamdulillah kehamilan selepas itu berjaya di lindungi hingga selamat melahirkan. Kebanyakan bayi yang hilang itu akan di pindah ke alam ghoib. Semuanya dengan izin Allah. Jika kita tidak mempercayai alam ghoib, ia umpama juga kita tidak mempercayai adanya para malaikat dan lain-lain kerana itu semua adalah ghoib.


Allah sendiri mengingatkan kita agar beriman dengan perkara ghoib sepertimana firmannya dalam Surah AlBaqarah ayat 1-3. Kepada Allah kita berserah. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Mari kita doakan kepada seluruh wanita yang sukar hamil agar dibukakan jalan hamil dengan selamathendaknya. InsyaaAllah amin...



#ikhtiarhamil #bayihilang
&#127800erubatan Islam Zaihan Johari
📖Whatsapp 0173212161

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols ada mengandung gini...
3kali kot..
Anak.pertama.je lekat
Anak seterusnya tu...dh besar baru gi cek..kantung mmg ada...semua ada...
Tp lepas enam.bulan..kempis..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 02:53 PM | Show all posts
aku pun pernah gugur 2x...sblm gugur aku mimpi nenek tua dtg ambik baby dlm perut...
2 kandungan dh masuk 3 bln kantung kosong...tp xtau la sbb saka atau kandungan x jd...Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 03:46 PM | Show all posts
ada sorang kakak yang aku kenal un lebih kurang begini kesnya..yang peling, baby lelaki saja yang hilang. yang perempuan, alhamdulillah selamat dilahirkan..

kalo ikut ceritanya, macam ada saka yang tak izinkan bayi lelaki dilahirkan..ha gitew la lebih kurang..

wallahualam.

tapi kesiannya la baby yang dibawa ke alam ghaib tu.... aihh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 04:13 PM | Show all posts
Macam pernah baca cerita ni kat mana entah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2018 04:53 PM | Show all posts
makcik sy ada yg mcmni
4x pregnat 4x hilang kesian tgk dia

bila berubat rupa nya ada saka buaya putih, omakkkkaiiiii  dia nampak airrr mcm nk berenang2 dlm besen kecik tu tu lh sekali teman dia berubat...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2018 05:02 PM | Show all posts
jgn la jd cmni..msti xcited kot dh 8bln..brg2 msti dh siap..takutnye..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 11:00 AM | Show all posts
mamapea replied at 10-7-2018 02:53 PM
aku pun pernah gugur 2x...sblm gugur aku mimpi nenek tua dtg ambik baby dlm perut...
2 kandungan dh ...

Ada kuar darah tak? Macam keguguran?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2018 11:02 AM | Show all posts
Kalo dalam medical and science, ade ke kes cam nie?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 12:35 PM | Show all posts
gadis_tulip replied at 11-7-2018 11:00 AM
Ada kuar darah tak? Macam keguguran?

1st gugur mmg keluar sndr...kantung kosong...2nd gugur kena buat d&c sbb kantung kosong jugak...mmg dh 12 minggu...
x sempat buat d&c gugur sndr...mula2 check up mmg ok...kali ke 2 check up kantung kosong...
kalau dlm segi sains janin x jd...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2018 04:39 PM | Show all posts
TT NI KLU ORG NAK PEGNEN BOLEH IKHTIARKAN KE?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 01:26 PM | Show all posts
slunye doc akn ckp kandungan x menjadi. dlm islam aku pnh bc bby tu xsgup nk hdup di alam dunia ni maka dia pilih utk  tidak dilahirkn. begitu la yg aku baca. wallahualam bissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 11:02 AM | Show all posts
persoalan nya skrg,ank yg hilang tu kemana? dh meninggalke@dibela saka tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072148 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list