Selepas secara rasmi mengumumkan status mereka sebagai pasangan di media sosial baru-baru ini, aktres Priyanka Chopra dan penyanyi Nick Jonas dilihat banyak menghabiskan masa bersama-sama.
Minggu sudah, Priyanka dilihat sama-sama turun padang menyaksikan persembahan Nick Jonas di Festival VillaMix, Brazil dan paling manis bila berkongsi di Instagram Stories dengan menulis “Him” dan menambah emoji berbentuk hati. Sebelum Brazil, Priyanka dan Jonas telah menghabiskan masa seminggu di India, di mana bintang Quantico itu memperkenalkan lelaki 25 tahun kepada rakan-rakan dan keluarganya, termasuk ibu Priyanka sendiri, Madhu Chopra. Mereka kemudian bercuti pendek di Goa sebelum kembali ke Mumbai untuk menghadiri parti pra-pertunangan Akash Ambani dan Shloka Mehta, di mana mereka tiba sambil berpegangan tangan. Media India, Filmfare melaporkan melalui sumber terdekat bahawa merpati dua sejoli ini bakal bertunang dalam masa terdekat sekitar akhir Julai dan Ogos tahun ini. Sumber terdekat dengan aktres itu memberitahu Filmfare mengenai perkara baru yang berlaku dalam kehidupan Priyanka Chopra. Priyanka didakwa membawa Jonas ke India berjumpa dengan keluarganya untuk membincang hal pertunangan. Kalau betul laporan Filmfare, penulis agak terkejut tapi yang pasti kalau dapat anak, mesti cantik dan kacak orangnya.
|