Edited by rohayatimat at 24-4-2018 02:14 PM
Kalau di Johor & Singapura terkenal dengan Sup Tulang Merahnya manakala di Kelantan pula popular dengan Kari Gear Box yang menggunakan tulang kaki lembu sebagai bahan utamanya. Bukan semua kedai menyediakan menu ini kerana ianya agak terhad memandangkan seekor lembu hanya ada 4 tulang kaki sahaja.
Bahan-bahannya 1 batang kaki lembu yang dipotong, ibu sambal/sambal tumis, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi, hirisan halia &1 paket serbuk kari.
Rebus tulang yang telah dipotong tu sampai empuk. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hindi & hirisan halia. Kemudianmasukkan 4 sudu ibu sambal diikuti dengan serbuk kari daging. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih & akhir sekali masukkan tulang kaki yang sudah direbus. Garam & gula secukup rasa.
Rohayati
|