View: 3290|Reply: 8
|
Makan Di Mana?-Soalan Paling Susah Nak Jawab, Kini Selesai Sekelip Mata
[Copy link]
|
|
Malaysia terkenal dengan pelbagai makanan dari pelbagai kaum yang sedap-sedap. Oleh kerana itu, kita selalu rambang mata dan tidak tahu nak pilih makanan mana yang enak dimakan. Soalan yang kerap kali ditanya oleh orang Malaysia ialah, "makan kat mana?". Boleh jadi gaduh kalau lama sangat fikir. Jadi untuk memudahkan anda semua mencari jawapannya, di bawah adalah beberapa kaedah untuk menentukan lokasi makan paling ideal.
1. Pilih tempat baru
Sumber: duniafarisya.com
Kita ni malas fikir. Maka tak hairanlah setiap kali masuk waktu makan tengah hari, rata-rata rakan sekerja di pejabat akan menghala ke tempat makan yang sama hari-hari. Ini fitrah sebab tenaga yang sepatutnya digunakan untuk berfikir lebih baik digunakan berfikir perkara yang lain selain makan. Untuk memudahkan urusan, apa kata anda dan rakan-rakan meneroka tempat baru. Tempat baru itu kemungkinan jauh sedikit dari tempat asal, tapi berbaloi la juga dari makan di tempat yang sama hari-hari.
2. Pilih 'Ketua Makan'
Sumber: theworkzine.com
Malas nak buat keputusan sendiri untuk makan dengan kawan-kawan? Apa kata anda lantik 'ketua makan' yang akan menentukan lokasi makan korang hari-hari. Tapi bukan ketua yang samalah setiap kali sesi. Pastikan jawatan tu diputar setiap hari dan lokasi mana menjadi pilihan tok ketua kita, kita sokong dan ikut. Ketua juga perlu pastikan makanan dan bajet makan tu kena untuk semua orang. Masalah dengan sistem ini adalah susah untuk pastikan siapa yang sudah atau belum menjadi ketua makan. Sistem paling mudah adalah ikut abjad nama. Senang!
3. Buat 'Roda makanan'
Sumber: 959watd.com
Pernah tengok rancangan 'Roda Impian' di kaca televisyen anda? Kalau pernah, ini adalah cara paling sempoi kalau nak cari 'port' makan bersama rakan-rakan dan keluarga. Hanya perlukan beberapa lokasi restoran atau kedai makan yang disukai oleh ahli geng makan anda dan seorang untuk memutar roda tersebut. Mana-mana lokasi yang terpilih akan menjadi lokasi makan korang untuk hari tersebut.
4. Anjurkan 'liga makanan'
Sumber: ftw.usatoday.com
Ini paling best dan menyeronokkan sebelum memilih untuk makan apa dan di mana. Idea ini diambil dari permainan liga bola sepak yang digemari oleh pelbagai golongan dan peringkat umur. Anda dan rakan-rakan hanya perlu senaraikan 2 perkara. Pertamanya adalah kedai makan dan yang kedua adalah makanan terbaik dalam kedai tersebut. Senaraikan 4 kedai dengan 8 menu pencabar sudah memadai. Cara menentukan siapa yang menang adalah dengan undian oleh semua ahli kumpulan. Makanan yang menang, itulah yang korang isi dalam perut sambil gelak-gelak masa makan.
5. Cabut undi
Sumber: littlequeenstory.blogspot.my
Ini adalah cara primitif tetapi sangat berkesan. Caranya pun mudah. Setiap ahli akan mencadangkan sama ada lokasi ataupun makanan dan ditulis di atas beberapa cebisan kertas yang dilipat dua. Kertas tadi akan diletakkan dalam satu mangkuk dan digaul sehingga sebati. Pilih salah seorang dari ahli kumpulan untuk memilih salah satunya dan lokasi kedai atau makanan yang dipilih akan menjadi menu santapan kalian. Mudah bukan? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
I biasa jadi yg nombor 2 tu sbb nyampah org dok tanya nk makan mana. Veto titik i bagi. Kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
merepek je info terutama yg putar roda buat liga tu |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan ajak makan
nak mkn kt mana ye?
hmmmmm
okla makan kat warung....
muka xbleh blah
cakaplah nak makan kat shupping mall
bleh makan kat foodcourt |
|
|
|
|
|
|
|
ini soalan paling susah nak jawap. dalam satu family ada 4 mulut, semua nak makan berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
susah oo soalan ni.. kalah soalan kbat....sama ada bnyak sgt pilihan atau duit tgh banyak.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hari-hari akan tanya soalan ni. nak makan kat mana..sudahnya member jawab makan kat mulut |
|
|
|
|
|
|
|
susah rupanye nak makan ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|