CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3461|Reply: 11

Kasihan Nicolas Cage, tak sempat jadi Superman

[Copy link]
Post time 13-2-2018 11:40 AM | Show all posts |Read mode




SKRIP dah dapat, kostum pun sudah lekat di badan, malangnya filem dibatalkan beberapa minggu sebelum penggambaran bermula.

Itulah nasib Nicolas Cage yang tidak sempat menjadi Superman meskipun segala persiapan untuk menjayakan watak 'Man of Steel' itu telah dibuat.

Cage menerima watak adiwira kesukaan ramai itu pada 1997. Ketika itu namanya memuncak menerusi filem-filem aksi 'Con Air' dan 'The Rock'.


'Superman Lives' sepatutnya diarahkan oleh pengarah kreatif Tim Burton yang sebelum itu pernah menghidupkan watak Batman ke layar perak menerusi fiem 'Batman' (1989) lakonan Michael Keaton.

Menerusi filem ini, watak Superman digambarkan berambut panjang dan bertubuh kurus.

Video Cage ketika mencuba kostum adiwira itu dimuatnaik di YouTube menerusi akaun Flashback FilmMaking pada Oktober tahun lalu. Klip itu berdurasi hampir lima minit.





Filem 'Superman Lives' ini diinspirasikan sebagai kesinambungan daripada komik The Death of Superman pada 1992 yang menyaksikan watak adiwira itu dimatikan. Komik itu mencatat rekod tersendiri apabila enam juta salinan terjual.

Namun, nasib filem Superman Lives tidak seperti komik berkenaan. Warner Bros selaku penerbit membuat keputusan mengejut apabila membatalkan projek itu. Bajetnya digunakan untuk menerbitkan filem 'Wild Wild West' lakonan Will Smith.

Hasrat Cage untuk menjadi pengganti Christiopher Reeves sebagai Superman dan Clark Kent berkecai.

Mungkin sebagai memperingati impian yang tidak kesampaian, pada 2005 Cage menamakan anaknya yang baru lahir sebagai Kal-El iaitu nama asal Superman di planet Krypton.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I love him in face off
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 12:21 PM | Show all posts
Lakonan Nic Cage ni kadang2 cringe sgt so aku tak blh imagine kalau btl dia jd Superman
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 12:37 PM | Show all posts
Macam tak sesuai je beliau untuk jadi Superman nasib tak menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 02:27 PM | Show all posts
xdpt digambarkan nic cage jadi superman...mixed feeling
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 03:38 PM | Show all posts
kesiannya x tercapai hasrat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2018 02:54 PM | Show all posts
Macam tak ngam aja. Rupa dia tak sesuai lah jadi Superman.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2018 09:43 AM | Show all posts
Kesian pula. Dah beriya-iya tetiba batal. Mesti frust.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2018 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak jadi...

Kalau tak, nightmare
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2018 10:03 PM | Show all posts
Dia ni elok berlakon citer badang ganti alif syukri.. baru meletop..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:43 AM | Show all posts


Kalau tgk rupa NC masa muda mmg sesuai jadi Superman.
Sebb muka superman ni lebih kurang sama jer.

The best superman pada pendapat iols ialah Henry Cavill , Dean Cain & Tom Welling.







Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 02:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043310 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list