CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4183|Reply: 4

Pelakon Filipina Ini Dinobatkan Wanita Tercantik Dunia

[Copy link]
Post time 8-1-2018 05:40 PM | Show all posts |Read mode


Lelaki paling kacak di dunia pula merupakan seorang penyanyi kumpulan Kpop.




Foto: Instagram/@lizasoberano

Kecantikan wanita Asia tidak perlu disangkal lagi apabila seorang pelakon muda terkenal Filipina, Liza Soberano telah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia untuk tahun 2017 oleh sebuah portal gaya hidup terkenal, TC Candler.

  

Soberano, 20, merupakan pelakon drama kegemaran rakyat Malaysia, forevermore berdarah kacukan Filipina-Amerika.

Tempat kedua dimiliki oleh peragawati Perancis, Thylane Blondeau dan tempat ketiga pula oleh penyanyi Taiwan, Chou Tzu-yu.

  

  

Portal TC Candler ini berpengkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat menyenaraikan 100 wanita tercantik di dunia sejak 28 tahun yang lalu.

Seorang pelakon dan peragawati dari Malaysia, Yumi Wong turut tersenarai di tempat ke 57 senarai 100 wanita tercantik dunia 2017.

  


Antara nama-nama besar yang berjaya memasuki senarai itu ialah Emma Watson (14), Emilia Clarke (26) dan Natalie Portman (50).

Bagi senarai 100 lelaki paling kacak pula, bintang KPop, Kim Tae-hyungdinobatkan lelaki paling kacak di dunia, diikuti pelakon Aquaman, Jason Momoa dan Armie Hammer di tempat ketiga.

  

  

  

Bagaimana kriteria pemilihan wanita tercantik dan lelaki paling kacak di dunia ini dilakukan? Menurut portal itu, senarai berkenaan bukan sekadar mengukur kecantikan atau kekacakan seseorang, tetapi bertujuan untuk memberi informasi dan meluaskan pandangan orang ramai tentang definisi cantik.
Tonton senarai lengkap 100 wanita tercantik dunia dan lelaki paling kacak 2017 di sini.




Sumber: Astro Awani


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Omg cantiknyeeerr
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa betul liza soberano nie, twice tzuyu pun masuk ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:33 AM | Show all posts
lelaki K pop tu leh caya ke, natural beauty ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 09:45 AM | Show all posts
cantiknya diaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049250 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list