CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1909|Reply: 4

Ilmu Kalam , Akidah dan Ideologi

[Copy link]
Post time 14-9-2017 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Atheisme dan pelbagai isme: Persoalan akidah, pemikiran dan Ilmu Kalam








Bila Armin Navabi seorang anak muda kelahiran Iran-Amerika hebat mempromosikan ‘Atheist Republic’ beliau sehingga memperolehi 1.7 juta pengikut kita menjadi gusar. Armin yang Republik ciptaan beliau kini menjadi hub utama pergerakan Atheisme global juga menulis buku mengenai Atheisme yang paling laris di Amazon berjudul ‘Why There is no God: Simple Responses to 20 Common Arguments for the Existence of God’ iaitu ‘Mengapa Tiada Tuhan: Jawapan mudah bagi 20 hujah-hujah yang selalu digunakan mengenai kewujudan Tuhan’. Armin bagaimanapun tidak keseorangan dalam usaha-usaha mempromosikan Atheisme ketika ini.




Ayaan Hirsi Ali, ahli politik wanita Belanda kelahiran Somalia lebih awal terkenal dengan buku-buku beliau seperti ‘The Caged Virgin: An Emancipation for Women and Islam’ iaitu ‘Dara dalam sangkar: Pembebasan untuk wanita dan Islam’. Begitu juga buku-buku ‘Infidel: My Life’ (Menjadi Kufur: Kehidupanku) dan ‘Nomad: From Islam to America’ dan juga ‘Heretic: Why Islam Needs a Reformation’(Kesesatan: Mengapa Islam Memerlukan Reformasi). Begitu juga halnya dengan Ali A Rizvi seorang doktor perubatan Kanada kelahiran Pakistan yang menulis buku ‘The Atheist Muslim: A Journey from Religion to Reason’ (Muslim Atheis: Perjalanan dari Agama Menuju Akal Rasional).



Selain dari Armin, Ayaan dan Ali selaku promoter utama gerakan mantan Muslim – Atheis ini, Ibn Warraq adalah seorang sarjana British kelahiran India yang sangat terlibat dalam dunia keilmuan mempromosikan Atheisme melalui buku-buku beliau seperti ‘Why I am Not a Muslim’ (Mengapa saya bukan seorang Islam), ‘The Origins of the Koran: Classic Essay’s on Islam’s Holy Book’ (Asal-Usul Al-Qur’an: Esei Klasik tentang Kitab Suci Islam), ‘The Quest for the Historical Muhammad’ (Pencarian Mengenai Pensejarahan Nabi Muhammad SAW), dan ‘Leaving Islam: Apostates Speak Out’ (Meninggalkan Islam: Para Murtad Berbicara).





Read more at: https://www.menara.my/atheisme-d ... ran-dan-ilmu-kalam/









Read more at: https://www.menara.my/atheisme-d ... ran-dan-ilmu-kalam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2017 10:24 PM | Show all posts
Bahkan umat Islam kini bukan sahaja sedang berdepan dengan bahaya popular terkini Atheisme tetapi mereka juga sedang bergelut dengan kemunculan Pascamodenisme, Liberalisme, Anarkisme, Relativisme, Humanrightisme; kemunculan semula Marxisme, Sosialisme dan Komunisme; selain dari ideologi lama seperti Sekularisme, Positivisme dan Materialisme. Dengan satu demi satu isme-isme yang muncul yang mengancam dan menyerang pegangan akidah dan pemikiran mereka, persoalannya apakah persediaan keilmuan yang ada pada para ulama, sarjana dan umat Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran akidah dan pemikiran ini?






Read more at: https://www.menara.my/atheisme-d ... ran-dan-ilmu-kalam/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 10:25 PM | Show all posts
Sebagai permulaan sangat perlu diketahui kemunculan isme-isme yang sedang merasuk masuk kedalam jiwa dan nurani sebahagian umat Islam khususnya generasi muda bukanlah persoalan yang boleh ditanggapi secara tuntas melalui kaedah atau pendekatan Perundangan, Syariah, Fekah dan Hadis. Yang pasti persoalan isme-isme ini dalam tradisi keilmuan Islam ditangani dalam Ilmu Akidah, Usuluddin dan Ilmu Kalam kerana ia sangat berkait langsung dengan persoalan akidah, pemikiran dan pegangan kehidupan. Segala isme-isme ini tidak mewakili secara langsung persoalan amaliyyah atau muamalah yang biasanya ditanggap oleh disiplin ilmu undang-undang, syariah, fekah dan hadis tetapi sebaliknya sangat berkaitkan rapat dengan persoalan akidah dan akliah yang menjadi pokok perbahasan ilmu akidah, usuluddin dan ilmu Kalam.




Read more at: https://www.menara.my/atheisme-d ... ran-dan-ilmu-kalam/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 10:26 PM | Show all posts
Para ulama, sarjana dan umat Islam harus menerima hakikat bahawa permasalah akidah dan pemikiran umat Islam yang senang terjebak dan dipengaruhi oleh isme-isme baru ini adalah berkait-rapat dengan kemerosotan pengajian dan pendidikan akidah, usuluddin dan Ilmu Kalam dalam dunia umat Islam sama ada diperingkat formal atau tidak formal. Malah disiplin ilmu akidah, usuluddin dan Ilmu Kalam tidak lagi dapat menarik minat para pelajar berbanding denga ilmu-ilmu undang-undang, syariah, muamalah, fekah dan hadis. Akibat dari kurangnya perhatian terhadap disiplin ilmu yang berupaya memelihara dan mempertahankan akidah dan pemikiran umat, maka dengan mudahnya akal-minda dan jiwa-nurani umat digugah dengan kedatangan isme-isme ini.





Read more at: https://www.menara.my/atheisme-d ... ran-dan-ilmu-kalam/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 10:27 PM | Show all posts
Pembinaan, penyegaran dan penyuburan semula ekologi pengajian dan pendidikan disiplin ilmu akidah, usuluddin dan ilmu Kalam adalah langkah paling tepat dan terbaik bagi umat Islam untuk menghadapi cabaran, serangan dan ancaman isme-isme yang pelbagai. Sayang sekali para sarjana, ulama dan umat Islam telah mengabaikan tradisi keilmuan akidah, usuluddin dan ilmu Kalam yang sangat mantap yang telah terbukti menumpaskan pelbagai isme-isme seperti muktazilisme, batinisme, khawarijisme, dahrisme, jabarisme, qadarisme, musjassamisme dan pelbagai lagi isme-isme yang datang dari dalam dan luar Islam.



Tradisi keilmuan yang mantap menggabungkan antara kaedah naqli dan akli dalam memperjelaskan dan merungkaikan persoalan keimanan dan tauhid ini tidak lagi menjadi pendekatan yang digunakan dirata-rata institusi pengajian dan pendidikan akidah dan pemikiran Islam. Sudah sampai masanya ekologi pengajian dan pendidikan Ilmu Akidah, Ilmu Usuluddin dan Ilmu Kalam tradisi yang mengambil kira perkembangan ilmu-ilmu dan pemikiran kontemporari dihidupkan dan dilaksanakan semula secara formal dan informal dalam sistem dan dunia pengajian dan pendidikan Islam berdasarkan tradisi akidah dan pemikiran yang satu ketika dahulu menjadi benteng utama umat Islam dalam menghadapi ancaman dan serangan isme-isme baru sekaligus memperkukuh dan memantapkan akidah dan pemikiran Islam mereka yang sedia ada.



Dr Amran Muhammad Ketua Eksekutif Islamic and Strategic Studies Institute (ISSI) NARATIF NUSANTARA ialah sebahagian dari PROGRAM KALAM STRATEGIK ISSI bertujuan membina masyarakat dunia yang menikmati keamanan, rahmah dan barakah melalui tradisi keilmuan, kerohanian dan ketamadunan Islam.

Read more at: https://www.menara.my/atheisme-dan-pelbagai-isme-persoalan-akidah-pemikiran-dan-ilmu-kalam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.153155 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list