CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 1

Puasa pada hari Arafah

[Copy link]
Post time 30-8-2017 09:07 AM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2017 09:08 AM | Show all posts

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]






Hari ini penulis menjejak kaki ke Arafah bagi melak-sanakan rukun paling penting dalam ibadah haji iaitu berwukuf. Sebaik sahaja selesai ibadat wukuf akan disusuli dengan dua ibadah wajib haji iaitu bermalam di Muzdalifah dan melontar jamrah di Mina.

Berwukuf di Arafah adalah detik yang paling dinanti-nantikan oleh jemaah haji. Walaupun wukuf dalam rukun haji berada pada kedudukan kedua selepas niat, namun perbuatan itu adalah paling utama dalam ibadah haji.







Rasulullah SAW bersabda: “Haji itu adalah Arafah. Barang siapa datang pada malam tanggal 10 Zulhijjah, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah.” (Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan).
Arafah dianggap kemuncak penyempurnaan ibadah haji. Di sini jugalah Rasulullah SAW menyampaikan khutbah baginda yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Peristiwa itu berlaku pada 10 Hijrah. Nama itu diberikan kerana selepas beberapa bulan khutbah tersebut disampaikan baginda wafat untuk bertemu dengan Allah SWT.





Arafah juga dianggap gambaran Padang Mahsyar ke-rana lebih dua juta umat Islam berkumpul dalam satu masa. Arafah turut mencatatkan sejarah sebagai tempat Adam dan Hawa bertemu semula di Jabal Rahmah selepas beratus tahun terpisah.
Selain itu wukuf di Arafah adalah detik terbaik kepada jemaah haji untuk memohon keampunan daripada Allah SWT. Di Arafah, kesabaran dan tahap pengorbanan seorang hamba Allah akan diuji. Jika sebelum ini apabila jemaah tiba di Madinah atau Mekah, mereka enak berbaring di atas tilam empuk dan mengecap keselesaan di dalam bilik hotel yang berhawa dingin, tetapi di Arafah semua itu tidak akan dinikmati.


Mereka akan diuji dengan tinggal beramai-ramai di dalam khemah dan ditambah lagi dengan cuaca panas mahupun siang dan malam. Seharusnya semua itu tidak menjadi rungutan kerana bukan keselesaan hidup yang mereka buru di Arafah tetapi pengampunan daripada Allah SWT.
Oleh itu, seperti mana disaran oleh para alim ulama, bentangkanlah dosa-dosa yang pernah kita lakukan de-ngan memohon agar Allah SWT mengampunkan kita. Dalam apa juga perkara yang dilakukan berkaitan soal ibadah kepada Allah SWT, jangan sesekali berasa ragu sebaliknya tanamkanlah keyakinan bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


Sesungguhnya pada hari tersebut bumi Arafah akan di-limpahi dengan rahmat Allah khusus untuk tetamu-Nya yang hadir semata-mata mahu mendapatkan reda Allah SWT. Kepada umat Islam yang tidak berpeluang atau belum dijemput menjadi tetamu Allah mereka juga mempunyai kesempatan untuk meraih keberkatan hari wukuf di Arafah iaitu dengan melakukan puasa sunat pada 9 Zulhijjah.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda; “Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lalu dan dosa-dosa setahun yang akan datang.”
Oleh itu, pengampunan Allah SWT pada hari Arafah bukan sahaja untuk mereka yang berwukuf tetapi juga mereka yang tidak menunaikan ibadah haji. Rebutlah -peluang ini dalam usaha kita mendapatkan rahmat dan reda Allah SWT dunia dan akhirat.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.101622 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list