Temasya sukan SEA 2017 yang sekarang sedang berlangsung di tanah air rancak dengan berita gembira kejayaan atlet-atlet kita. Syabas kepada semua atlet negara dan teruskanlah membanggakan Malaysia.
Tidak hanya kisah kejayaan para atlet baik negara kita mahupun negara lain yang menjadi bualan umum, malah aksi serta penampilan mereka di lapangan sukan masing-masing turut mencuri tumpuan ramai. Bahkan ada antara mereka yang terus menjadi tular di media sosial.
Baru-baru ini, aktres popular Indonesia, Acha Septriasa secara tidak langsung ‘memperkenalkan’ saudaranya yang juga merupakan salah seorang wakil atlet dari negara mereka.
Menerusi akaun Instagram miliknya, bintang filem Ada Apa Dengan Cinta ini mengucapkan tahniah kepada sepupunya iaitu Naima Syeeda Syarita Zainal yang merupakan gimnas dan atlet pasukan renang berirama.
Acha berkongsi kegembiraannya atas kejayaan Naima dan pasukannya merangkul pingat gangsa dalam acara renang berirama.
“Terima kasih Naima Syeeda sayang perunggunya,” “Naima, dia enggak hanya meraih medali perunggu di SEAGAMES 2017, tapi dia juga mendesain busana renang untuk timnya! Luar biasa!”, tulis Acha.
Mendapat pujian daripada Acha, Naima sempat memberikan respon balas. “Yeay thankyou kak Achaa!” balas Naima.
|