CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2820|Reply: 8

Apa yang menarik sangat dengan drama tvN Live up To Your Name?

[Copy link]
Post time 21-8-2017 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Apa yang menarik sangat dengan drama tvN Live up To Your Name?
by        daus    ·                            Published August 19, 2017              · Updated August 20, 2017         
     
Gambar dikreditkan pada tvN.

Sememangnya untuk menyaksikan drama yang buat kita tertarik terus agak sukar ditemui. Tapi, tvN Live Up Your Name menjanjikan sesuatu yang berbeza dengan penampilan aktor yang jarang berkecimpung dalam arena drama, Kim Nam Gil selaku doktor akupuntur, Heo Im, yang terbang ke zaman moden, seterusnya membuktikan teknik akupuntur bukannya lapuk, malah setaraf dengan perkembangan ilmu perubatan moden.
Bagi yang jarang menyaksikan drama berentak perubatan ini, tvN Live Up Your Name tidak menyusahkan anda dengan terma-terma medikal yang rumit. Ianya drama bertunjakkan kepada pertembungan antara dua doktor dari zaman yang berbeza melalui interaksi kimia antara mereka.  Heo Im seorang yang tamak haloba tapi juga seorang yang perfeksionis dan berbakat besar dalam ilmu perbuatan. Dia selalunya menjadi tempat rujukan rakyat berkasta rendah Joseon dan juga para bangsawan secara senyap-senyap untuk mendapatkan khidmat perubatan. Hal ini kerana, Heo Im dilahirkan daripada kasta yang rendah, maka dia sering diketepikan untuk pemilihan sebagai tabib istana.

Gambar dikreditkan pada tvN.

Suatu hari, Heo Im dipanggil wakil istana untuk menemui “VVIP” di mana dia diminta oleh tabib diraja bagi mengubati penyakit stress. Namun, entah apa yang jadi, tangan Heo Im terketar-ketar dan tak mampu menghulurkan jarum akunpuntur ke arah raja Joseon tersebut. Baginda berang kerana menyangka Heo Im adalah tabib palsu lalu memerintah Heo Im ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Heo Im dikejar oleh pengawal istana sehingga ke jambatan sungai, dia dipanah oleh seseorang. Heo Im bangkit dari pengsan dan terkejut mendapati suasana di sekeliling nya berbeza. Dia sekarang berada di zaman moden Joseon lebih 500 tahun akan datang.
Di sinilah bermulanya cerita menarik mengenai drama ini. Kim Nam Gil menggayakan Heo Im seolah-olah anda melihat seorang wanita menggedik  tetapi diluarannya jelas seorang laki yang macho. Dengan riak muka yang ibarat rusa masuk kampung, Heo Im pastinya membuatkan anda tidak kering gusi mentertawakan gelagatnya yang sengal lagi-lagi bagaimana dia mempamerkan aksi yang mencuitkan hati seperti  turun naik eskalator berulang kali, menghirup udara penyaman udara, dan sebagainya. Hakikatnya , dia tak percaya dia berada di dunia yang berbeza , maka gambaran wataknya ditunjukkan sedemikian.
Gambar dikreditkan pada tvN.

Interaksinya dengan pelakon Kim Ah Joong, Choi Yeon Kyung, doktor dari zaman moden juga agak menarik untuk diketengahkan. Kedua-duanya mempunyai misi yang sama, menyelamatkan pesakit secepat mungkin. Choi Yeon Kyung trauma dengan akupuntur kerana dia pernah menyaksikan ayahnya gagal menyelamatkan ibunya yang terlantar sakit dengan teknik tersebut sehingga membawa kepada kematiannya. Pertembungan mereka bakal menyaksikan bagaimana Heo Im menyakinkan Yeon Kyung dengan kemahirannya di saat-saat genting ketika pesakit perlu diselamatkan. Episod 2 baru-baru ini mendedahkan Heo Im yang berjaya menyelamatkan budak di dalam jagaan dr, Choi Yeon Kyung dengan menggunakan teknik akupunturnya.

tvN Live Up To Your Name disiarkan setiap Ahad dan Isnin, jam 9.45 malam di cenel tvN HD , Astro 395. Anda boleh melanggan astro pack HD (oh K!  & tvn HD) untuk menikmati rancangan ini.

Sumber: https://kmania.info/2017/08/19/a ... ve-up-to-your-name/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2017 06:12 PM | Show all posts
@ismaha

sonok betol kau berceloteh kt rumah perbincangan drama ni ye

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1042058

@idakamaruddin @wima
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 06:28 PM | Show all posts
dh tgk smpi ep. 2 1/2..boleh lah layan. skrg boring xde drama lain yg best. wpun dh byk drama konsep time travel dr zaman dulu ke zaman skrg, mcm biasa mesti ada scene2 kejakunan watak yg dtg dari zaman dulu. tp still kelakar n entertaining sbb palakon mantop
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 06:32 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-8-2017 06:12 PM
@ismaha

sonok betol kau berceloteh kt rumah perbincangan drama ni ye

nnt la tgk..aku tgk sikit2 drama je skg ni

secret forest br hbs ep 4

tu pn momentum x laju sgt



Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 09:14 AM | Show all posts
blh la nk buat layan boring cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2017 06:06 PM | Show all posts
Betul tu sebab sekarang ni dah kekurangan kdrama yang best dan sebabkan drama ni ada banyak part lawak, lakonan pun not bad boleh le layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan drama sageuk  tadi.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la dr bride of haebak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 01:45 AM | Show all posts
Rebel kat Oh!K sedap gak. Rakyat kepung istana minta mohor diraja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047251 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list