Edited by mbhcsf at 9-5-2017 05:11 AM
BAGI musim haji tahun ini, Tabung Haji (TH) meluluskan TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), iaitu anak syarikat milik penuh TH dan 19 agensi pelancongan tempatan, yang dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji.
Sehubungan itu, bakal haji yang menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan, mereka boleh berhubung terus dengan THTS atau PJH berkenaan. Tarikh akhir pendaftarannya adalah 26 Mei ini. Tujuan TH meluluskan THTS dan PJH untuk menawarkan perkhidmatan pakej haji adalah bagi memberikan pilihan kepada bakal haji untuk menunaikan haji sama ada secara Muassasah yang dikendalikan oleh Tabung Haji sepenuhnya atau 20 PJH berkenaan termasuk THTS.
HARGA PAKEJ DITAWARKAN THTS dan 19 PJH berkenaan ada mengeluarkan Brosur Perkhidmatan Pakej Haji (Brosur). Brosur ini adalah merupakan perjanjian perkhidmatan antara PJH dengan jemaah haji. Para jemaah berhak mendapatkan apa-apa perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam brosur tersebut. Harga pakej yang ditawarkan dalam brosur adalah berbeza, bergantung kepada jenis pakej dan perkhidmatan yang dipilih. - Ia termasuk Bayaran Haji PJH 1438H sebanyak RM10,197.00.
- Bayaran ini akan didebitkan oleh TH daripada akaun bakal jemaah haji.
- Bakal jemaah hanya perlu membuat bayaran kepada PJH perbezaan antara harga perkhidmatan Pakej Haji dan Bayaran Haji.
Selaras dengan bayaran tambahan yang dikenakan, jemaah yang memilih perkhidmatan pakej haji bakal mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah seperti berikut: - Bangunan penginapan lebih dekat dengan Masjidilharam atau Masjid Nabawi
- Keadaan dalam bilik yang lebih selesa
- Makan, minum disediakan secara buffet untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam
- Nisbah petugas lebih ramai untuk menjaga kebajikan, memberi perkhidmatan kepada jemaah haji.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/panduan-pemilihan-pakej-haji-1.477261#ixzz4gWWrzdEO
© Utusan Melayu (M) Bhd
|