View: 13725|Reply: 3
|
Model Terbaru motosikal MODENAS MR2 pakai enjin china?
[Copy link]
|
|
Salam warga board Kereta Dan Motosikal,
Pertama kali saya singgah ke board ini..
Ingin bertanya.. ada sesiapa dah beli pakai model baru Modenas MR2 ini? nak tau apa review ikhlas dari hati pengguna.. saya baru berhajat nak beli.. sebelum ni memang pernah pakai kapcai kriss..lenjan kaw kaw memang puas hati..tahan lasak bagi saya..tapi bila gegoogle sana sini cakap pakai enjin china.. buat pikir banyak kali.. brader website ni cakap enjin dari kompeni china yg beli pattern/blue print model lama dari honda..
PANAS!!!MODENAS & produk terbaru mereka dilandaskan atas pendapat dan kajian pasaran yang mana?
Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, percaya bahawa motosikal KRISS MR2 ini mampu meningkat penguasaan pasaran segmennya sebanyak 10 peratus menjelang akhir tahun 2017. Keyakinan ini berlandaskan keunikan spesifikasinya yang ditambahbaik dan harga yang kompetitif.
Ini adalah menurut KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MODENAS/Edaran MODENAS SDN BHD, En Amirudin Abd Kadir dan juga disokong oleh DATO' SRI SYED FAISAL ALBAR, Pengarah Urusan Kumpulan, DRB-HICOM Berhad ketika perlancaran MODENAS MR2 di Holiday Inn, Glenmarie pada 6hb April 2017. Namun begitu, kami di FASTLENZ TV tidak dapat menerima alasan yang diberikan atas perlancaran ini.
Jentera MODENAS MR2 ini adalah hasil dari usahasama dengan pembuat motosikal dari China (ZHONGSHENG) yang sudah diketahui oleh individu-individu yang berkecimpung dalam industri motosikal ini, mengeluarkan semula (recycle) jentera2 HONDA lama yang telah dibeli blueprint atau mouldnya.
Ternyata untuk menepati undang-undang pemasangan tempatan (CKD) produk ini (MR2) perlu dihasilkan dengan 20% (atau 30%?) daripada buatan tempatan (locally manufactured).
Berita yang diketahui oleh hampir setiap pencinta motosikal, iaitu MODENAS sepatutnya mengesahkan pengeluaran jentera "supercub" 150cc untuk sama2 bersaing dengan jenama2 Jepun yang lain, dan umum juga sudah ketahui bahawa ianya adalah projek usahasama dengan Austria (mungkinkah KTM? – opkos…tiada jawapannya bila ditanya).
Tetapi ternyata bukan itu produk yang dilancarkan hari ini. Bila ditanya, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom mengatakan bahawa, mereka menumpukan perhatian kepada segmen terbesar pembeli motosikal (iaitu pembeli motor spesifikasi rendah atau low end market), dan menganggap pasaran supercub 150 adalah satu segmen yang kecil (niche!).
Adakah benar pasaran tempatan sekarang adalah pasaran yang menginginkan MOTOSIKAL MURAH semata-mata? Adakah benar pasaran tempatan tidak pedulikan pembaharuan teknologi dan lebih rela menggunakan enjin konsep 80an dan asal jalan sudah serta harga MUR-MUR????
Adakah MODENAS tidak membuat homework? Atau mungkinkah Pengurusan MODENAS/DRB menidakkan segala cadangan dan kertas kerja individu2 yang benar2 tau pasaran dan permintaan tempatan dan serantau?
MODENAS juga mengumumkan akan mengumumkan rakan teknikal yang baru untuk memantapkan lagi penghasilan dan jualan MODENAS bermula daripada tahun 2017 ini. Walau tidak mau menyatakan pihak mana, namun FASTLENZ TV sudah menghidu BAJAJ dari INDIA akan bersama-sama menghasilkan jentera penjenamaan semula 200cc yang telah dilambakkan di pasaran INDIA.
BAJAJ yang disahkan menamatkan hubungan dengan KAWASAKI dan menambah fokus terhadap hubungan korporat dengan KTM, kini bakal melebarkan sayapnya di Malaysia dan MODENAS tak lama lagi bakal menghasilkan jentera naked dan semi sports 200 seperti RS atau N25.
FASTLENZ TV agak hairan bagaimanakah pembuat motosikal milik tempatan ini membuat kajian kehendak pasaran. Adakah mereka tidak lagi sedar bahawa segmen yang dianggap "Niche" atau kecil ini sebenarnya adalah segmen yang baru dan terkini? Rata2 jenama dari Jepun menghasilkan jentera bersuntikan bahanapi, MR2 dilancarkan dengan sistem karburator. Penggunaan sejukan cecair adalah seperti WAJIB bagi motosikal2 masakini, tetapi MR2 dilancarkan dengan sejukan udara.
Ketika model JAGUH dahulu cukup diminati oleh peminat motosikal tempatan, dan ya, kebanyakannya dibeli oleh pemilik2 motosikal berpendapatan rendah dan sederhana, orang kampung, pakcik2 yang pencen dan peminat motor kangkang yang tak mampu nak beli HARLEY DAVIDSON dsbnya, dan saya yakin, jualannya pada ketika itu tidaklah mengecewakan, tetapi MODENAS memutuskan untuk menghentikan pembuatan dan penjualannya, sedangkan permintaan masih relevan.
MODENAS juga turut mengatakan akan memperbaharui dan meningkatkan hubungan dan servis terhadap pengedar2, penjual2 dan kedai2 motor tempatan. Tapi adakah mereka sedar bahawa teknik itu sudah tidak begitu relevan lagi? Tahukah MODENAS, kebanyakan tokey2 kedai motor ini sudah pun tua dan hanya tak sampai pun 40% kedai2 ini diambil alih oleh anak-anak mereka yang rata-rata mempunyai kelulusan tinggi dan tidak mahu meniaga jual motor sebagai karier mereka? Uncle2 ini semua geti ke main internet? Facebook? Twitter? Instagram? Jualan Online? Promosi? Katalog?
Sejauh mana pula "kesetiaan" mereka mempromosi motor2 MODENAS berbanding margin atau insentif yang diberikan oleh pembekal2 motosikal jenama Jepun yang lain?
FASTLENZ bukan racist, tapi ini realiti. 95% daripada penjual motosikal adalah dari golongan CINA. 95% daripada PEMBELI motosikal adalah MELAYU. Ini FAKTA. MODENAS harus mengenal pasti akan pelanggan dan bakal pelanggan mereka. Keupayaan untuk menaikkan minat dan sokongan pembeli sasaran ini akan sekali gus terus meningkatkan permintaan kepada pembekal2 mereka dan tidak dapat tidak, uncle2 ini terpaksa membuat order untuk memenuhi permintaan kumpulan sasaran ini.
BELAJARlah daripada yang lain, bagaimanakah untuk meningkatkan sokongan, pembelian dan kesedaran JENAMA anda ini.
Keluarlah daripada kepompong dan gunakanlah khidmat individu2 yang benar2 tau apa yang perlu dilakukan. Sudah2lah dengan konsep THE BLIND LEADING THE DEAF.
Oleh itu, sekiranya selepas ini, FASTLENZ TV tidak lagi dijemput, di"banned" atau disingkirkan daripada senarai media jemputan untuk setiap acara/perlancaran atau aktiviti MODENAS, para penyokong sekelian tau lah sebabnya ya?
pencinta motor sejati….
ANUAR NORICK SABARUDDIN
Prinsipal
FASTLENZ TV
Sumber/kredit - http://www.fastlenz.my/v1/panasm ... -pasaran-yang-mana/
|
|
|
|
|
|
|
|
tipu je tu...
setahu aku modenas kriss ni rebranding daripada kawasaki
enjin 100% kawa, cuma bodypart je modenas...
sebab tu kawa taknak keluarkan produk kapcai ni, dia taknak kacau modenas punya market
last kapcai keluaran kawasaki K1 je, pastu semua modenas kriss |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik nampaknya model baru ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pki mr1. Mmg puas ati. Tu je nak bitau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|