CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52673|Reply: 14

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN RAWATAN KEMOTERAPI CANCER

[Copy link]
Post time 27-3-2017 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cyberdad at 7-7-2020 09:39 AM

Kemoterapi atau chemotherapy adalah satu proses rawatan di mana sinar kimo digunakan untuk merawat pesakit. Ia biasanya diberikan kepada pesakit kanser yang terjejas teruk. Sinaran ini adalah benar-benar kuat yang boleh membantu pesakit kanser kronik. Tetapi pesakit yang tidak dapat menahan tekanan terapi kimo mungkin akan terjejas teruk akibat rawatan ini.

Kerana itu amat penting untuk jalankan ujian keatas pesakit untuk mengetahui sama ada pesakit berkenaan boleh menahan kesan rawatan kemoterapi yang bakal diberi. Mari kita lihat kebaikan dan keburukan atau kesan sampingan (side effect) mengenai rawatan kemoterapi ini. Yang pasti ramai penderita kanser telah mendapat keputusan yang positif dengan bantuan kemoterapi.

Kemoterapi adalah satu kaedah rawatan ubat yang berkesan digunakan untuk membunuh sel-sel kanser bertujuan menghalang keupayaan mereka untuk berkembang dan membiak. Rawatan kemoterapi menggunakan ubat khusus untuk menyerang sel-sel kanser. Kemoterapi diuruskan secara intravena, dimana ubat itu pergi terus ke dalam urat. Ia juga boleh diberikan secara lisan dalam bentuk pil, kapsul atau cecair. Satu lagi kaedah rawatan terapi ini ialah menyuntik terus ubat ke dalam otot atau lemak di bahagian lengan, kaki, atau abdomen.


Dalam kaedah Intra-arterially, ubat berkenaan pergi terus ke dalam arteri yang membekalkan darah ke kanser. Apabila ubat itu pergi terus ke dalam perut atau bahagian badan yang mengandungi usus, hati, perut atau untuk wanita, masuk terus ke ovari ia disebut sebagai kaedah intraperitonal.Kebiasaannya ubat yang digunakan adalah krim dan disapu ke kulit.

Kemoterapi adalah satu satunya kaedah untuk melawan penyakit berbahaya berpanjangan yang lazimnya melibatkan nyawa iaitu kanser atau barah. Kemoterapi (berasal dari perkataan chemo) adalah terapi yang memusnahkan sel-sel di dalam badan khususnya sel-sel kanser. Walau bagaimanapun rawatan kemoterapi juga melibatkan oleh penggunaan ubat-ubatan lain dan antibiotik tertentu juga. Kanser adalah kelas penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel diluar kawalan. Pengkelasan kanser juga boleh ditentukan kerana terdapat lebih daripada 100 jenis kanser, merujuk kepada jenis pembentukan sel sel tersebut dalam badan. Para profesional apabila bercakap mengenai kemoterapi, ubat-ubatan yang mereka berikan adalah ubat sitotoksik iaitu sejenis agen bagi menghalang sel-sel kanser untuk terus membahagi, membiak atau merebak.

Sel-sel kanser membesar dan membahagi dalam badan. Oleh itu kemoterapi adalah salah satu penyelesaian yang menyediakan pertumbuhan sel yang lengkap. Walau bagaimana pun pertumbuhan sel lengkap terdiri oleh sel-sel yang sihat yang dimusnahkan juga bersama-sama dengan sel-sel kanser. Kerana itu proses kemoterapi mengambil masa agak panjang untuk kesan pemulihan agar sel-sel yang sihat dapat terus berkembang dan supaya badan tidak mengalami kesan-kesan buruk utama semasa proses dijalankan .

Kemoterapi sering digunakan bersama-sama dengan rawatan lain.Pesakit-pesakit yang berkemampuan jalani aktiviti senaman, perlu untuk lakukan senaman selepas proses kemoterapi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.Ia secara umumnya digalakkan oleh doktor. Kajian telah menunjukkan bahawa para pesakit yang melakukan senaman selepas kemoterapi mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat keputusan yang lebih positif berbanding mereka yang tidak mampu lakukan aktiviti fizikal ini. Latihan fizikal yang dijalankan secara rutin ini akan menghalang risiko kanser menengah atau berulangnya gejala tersebut. Senaman yang kerap juga boleh mengurangkan pertumbuhan pesat sel-sel kanser dalam badan.

Kebaikan Kemoterapi
       a. Manfaat kemoterapi bergantung kepada jenis dan peringkat kanser.
       b. Bagi kanser peringkat atau tahap awal, pembedahan dilakukan dengan niat untuk mengubati penyakit ini. Ini sering diikuti dengan kemoterapi untuk mengurangkan risiko ulangan.
       c. Kemoterapi menghapuskan sel-sel kanser dan menghalang ia berulang.
       d. Ia mengawal kanser dengan memperlahankan pertumbuhan dan mengurangkan gejala yang disebabkan oleh kanser. Ini dapat membantu dalam meningkatkan jangka hayat pesakit.
       e. Manfaat kemoterapi juga termasuk memusnahkan sel-sel kanser, mengecutkan tumor yang sedia ada dan mencegah sel kanser daripada berkembang maju dan berganda.
       f. Ia membantu untuk mencegah atau melambatkan perkembangan penyakit untuk membantu memanjangkan hayat.
       g. Kemoterapi digunakan untuk mengecutkan tumor yang sedia ada, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan mengurangkan kesakitan dan tekanan yang disebabkan oleh tumor.
       h. Kemoterapi juga digunakan untuk mengecutkan tumor sebelum rawatan pembedahan atau radiasi.
       i. Dalam beberapa kes, kemoterapi juga boleh menghilangkan semua sel-sel kanser, membolehkan pesakit untuk kembali ke kehidupan yang normal.
      
Apabila kanser tumbuh ia memberi tekanan kepada organ organ berhampiran, saraf serta saluran darah. Ini menyebabkan jumlah kesakitan dan ketidakselesaan yang teruk. Kemoterapi menghalang kanser daripada berkembang dan merebak. Tekanan yang timbul ini akan dihapus atau diminimakan untuk memberi kelegaan akibat gejala-gejala proses tekanan tersebut.

Keburukan Kemoterapi
       a. Implikasi kesan sampingan rawatan berkaitan adalah kelemahan kemoterapi yang paling ketara.
       b. Kesan-kesan sampingan termasuk gastro usus, otot atau gejala konstitusi.
       c. Pesakit yang menjalani kimo sering mengalami gejala seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan, sembelit atau cirit-birit
       d. Demam dan keletihan juga merupakan kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit lepas rawatan kemoterapi. Kesan sampingan yang paling jelas dan emosi terganggu ialah berlakunya keguguran rambut/botak.
       e. Kerana sel-sel kanser secara amnya berkembang dan membahagikan lebih cepat daripada sel-sel normal, maka pesakit lebih terdedah kepada kerosakan.
       f. Kemoterapi juga boleh menyebabkan sakit mulut agak perit.
      g. Kemoterapi telah terbukti menjadi rawatan yang berkesan untuk kanser tetapi sentiasa ada risiko kanser akan berulang lagi.
      h. Rawatan ini boleh menjejaskan keadaan emosi seseorang.
       i. Rawatan ini memakan masa. Ia boleh mengambil beberapa jam, hari, minggu atau beberapa bulan
       j.  Dalam kes-kes tertentu yang kronik, pesakit mungkin perlu menghabiskan keseluruhan masa di hospital untuk sesi rawatan ini.
       k. Kadang-kadang satu rawatan kemoterapi itu tidak berfungsi dan satu lagi rawatan ulangan diperlukan selepas beberapa ketika.

Walaupun kesan-kesan sampingan adalah penting, majoriti gejala ini akan hilang sebaik sahaja kemoterapi dihentikan terus. Terdapat juga beberapa kesan sampingan yang tidak begitu jelas dan berlaku selepas berbulan bulan rawatan diberi. Kesan-kesan ini mungkin melibatkan jantung atau masalah buah pinggang, kerosakan tisu paru-paru atau kerosakan saraf, malah rawatan kimo ini juga boleh membawa kepada kemandulan.

KELEBIHAN KEMOTERAPI
Kemoterapi pasti membantu penderitaan pesakit secara individu.Tetapi ia berdasarkan tahap kanser, terapi yang bersesuaian perlu untuk maksimakan manfaatnya. Dalam beberapa kes terapi kimo boleh menjadi satu-satunya penyelesaian untuk pesakit untuk terus hidup.

Mengecutkan Tumor
Para penyelidik telah mendapati melalui ujikaji bahawa rawatan kemoterapi membantu dalam proses mengecutkan atau membantut tumor. Samada anda mempunyai tumor di dalam kepala, perut dan lain lain, rawatan kemoterapi dengan cara yang betul mampu mengecutkan ketumbuhan dan menjadikannya kecil.

Merperlahankan Pertumbuhan Sel-Sel Kanser
Sel-sel kanser cenderung untuk berkembang dalam kelajuan jet dengan cepat dan merebak di bahagian-bahagian badan yang lain. Tetapi jika pesakit mengambil kemoterapi secara tetap, ini akan membantu memperlahankan pertumbuhan sel-sel tersebut. Anda akan mudah dapat menguruskan kanser berkenaan.

Menyembuhkan Kanser
Jika kanser itu didapati pada tahap awal, terdapat peluang yang baik bahawa ia boleh sembuh sepenuhnya dengan bantuan kemoterapi.

KELEMAHAN KEMOTERAPI AKIBAT KESAN SAMPINGAN
Rawatan melalui kemoterapi didapati mempunyai banyak kesan sampingan. Tetapi kesan sampingan ini berubah ubah dan berbeza mengikut tahap kesihatan dan ketahanan individu. Kesan-kesan sampingan ini termasuklah muntah, loya, sembelit, kulit kering yang berlebihan, keguguran rambut luar biasa, lemah dan demam serta lain-lain.

Rawatan kemopterapi juga dikatakan ikut memusnahkan sebahagian sel sel sihat dan baik ketika sinar kemo diberi untuk mematikan sel sel kanser yang terlibat. Ini antara yang sangat membimbangkan para pesakit untuk menjalani rawatan kemo selain kesan kesan sampingan seperti yang dinyatakan di atas. Malah banyak tanggapan yang menyatakan kekerapan rawatan kemoterapi akan memendekkan lagi jangka hayat seseorang. Kesan kesan sampingan ini menghantui ramai orang.

Berita Gembira Untuk Pesakit Kanser
Penemuan terbaru saintis Pusat Tenaga Atom (KEIRI) Korea Selatan pastinya akandapat  membantu ramai pesakit kanser masa kini. HemoHIM iaitu supplement khusus yang dibangunkan untuk mengatasi masalah ketumbuhan dan kanser ini terbukti telah berupaya menyelamatkan nyawa ramai saintis di Pusat Tenaga Atom Korea yang persekitaran kerja mereka terdedah dengan radiasi dan pancaran x. HemoHIM terbukti secara klinikal dan fakta sains menunjukkan ia mampu atasi kesan kesan sampingan rawatan kemoterapi kanser malah mampu melindungi sel sel tubuh manusia dari musnah akibat rawatan sinar x, kemo, radiasi dan sebagainya. Pesakit yang mengambil HemoHIM telah terbukti tidak akan mengalami kesan sampingan melampau sewaktu atau selepas menjalani rawatan kemo ini malah majoritinya langsung tidak merasai "side effect" akibat rawatan sinar kemo tersebut. Dengan kata lain, HemoHIM mampu menjadi pelengkap kepada rawatan kemoterapi hari ini selain sering mengamalkannya akan melindungi sel sel tubuh dari potensi serangan tumor atau barah terutamanya jika berkerja dalam persekitaran beresiko itu atau mengamal gaya hidup yang tidak sihat. Bukan kah pencegahan itu lebih baik dari rawatan?.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2017 07:49 AM | Show all posts
Alhamdullilah teknolg kapiaq ni banyak membantu umah sunni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2017 09:10 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 22-4-2019 03:16 PM

Pemberitahuan khusus pada yang bertanya...

HemoHIM  belum dipasarkan di Malaysia secara rasmi. Produk yang sangat bermanfaat kepada pesakit kanser (untuk menguatkan sistem imun) ini hanya dipasarkan di Korea Selatan, USA, Canada, Japan, Taiwan, Singapore, Filipina dan Cambodia ketika ini. Produk ini hanya akan berada di Malaysia secara rasmi tahun 2018. Jika anda berhajatkan produk ini sekarang, samada untuk diri sendiri, saudara mara atau kenalan yang memerlukan, boleh mendapatkannya di Singapore melalui Pn Sukanah (pm for no). Anda boleh hubunginya dan berbincang lanjut jika perlukan bantuan beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2017 10:54 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 28-3-2017 11:03 AM

PERBEZAAN ANTARA KEMOTERAPI (CHEMOTHERAPY) DAN RADIOTERAPI (RADIADION THERAPY)

Kemoterapi, atau kimo adalah satu proses di manaubat-ubatan khusus digunakan untuk merawat kanser.
Ia adalah satu rawatan sistematik dimana proses melalui seluruh badan untuk mencegah penyebaran penyakit ini. Ubat yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis dan peringkat kanser serta umur pesakit dan tahap kesihatan mereka. Matlamat kemoterapi adalah untuk menghentikan penyebaran kanser ke bahagian-bahagian badan yang lain (rujuk posting di atas),

Kemoterapi hanya diuruskan oleh seorang profesional kesihatan onkologi perubatan (kanser), biasanya seorang jururawat atau doktor.Kimo boleh dijalankan sebagai prosedur pesakit luar, di hospital, pejabat doktor, atau di mana-mana mengikut salah satu kaedah berikut:

  • Suntikan ke dalam otot, urat, atau arteri
  • Secara lisan
  • Suntikan ke dalam badan (seperti perut)
  • Sapuan ke kulit secara langsung

Manakala Terapi Sinaran Radiasi (radioterapi) adalah penggunaan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel kanser.
Sinaran dihantar menggunakan peralatan khas yang menghantar dos radiasi yang tinggi kepada sel-sel kanser atau tumor. Radiasi juga boleh menjejaskan sel-sel sihat, bagaimanapun sel-sel normal berkeupayaan membaiki diri mereka sendiri, manakala sel-sel kanser tidak boleh.
Kadang-kadang radiasi digunakan untuk merawat kanser atau ia boleh digunakan untuk membantu pesakit berasa lebih baik, umpamanya meminimumkan sakit tulang sebagai satu contoh. Terapi radiasi boleh dilakukandengan sendiri, tetapi ia sering digabungkan dengan kemoterapi sebagai program rawatan kanser menyeluruh (cancer total treatment).

Terapi sinaran berbeza daripada kemoterapi - ia digunakan untuk merawat tumor sahaja. Jadi ia hanya memberi kesan kepada bahagian badan yang mempunyai kanser.

Jenis-Jenis Terapi Radiasi
Sinaran boleh dilakukan dalam dua cara iaitu secara dalaman atau luaran:

· Luaran: Sinaran Radiasi Luaran dihantar dari mesin. Ia hampir sama dengan menerima dada X-ray. Kebanyakan orang dirawat lima hari seminggu selama satu hingga 10 minggu, bergantung kepada jenis dan lokasi kanser serta tahap kesihatan mereka secara keseluruhan dan faktor-faktor lain.Rawatan ini hanya mengambil masa beberapa minit, dan secara umumnya tidak diberikan pada hujung minggu.

Pesakit akan diminta untuk berbaring di atas meja rawatan, di bawah mesin radiasi. Bahagian-bahagian lain badan pesakit mungkin dilindungi dengan perisai khas atau blok untuk mengelakkan radiasi daripada pergi ke kawasan-kawasan tersebut.

Rawatan luaran termasuk:

  • 3D terapi radiasi konformal dilakukan hanya selepas tumor dipetakan melalui pengimejan, sinar radiasi akan merawat tumor kanser.
  • Terapi Radiasi Keamatan Termodulat (IMRT) memberikan Pakar Onkologi keupayaan imej dan bentuk tumor lebih jelas. Ini membantu pakar berkenaan menyampaikan jumlah radiasi lebih tepat lagi disamping dapat membantu mengekalkan tisu yang sihat di sekeliling tumor tanpa menjejaskan mereka.
.
Dalaman: Sinaran yang diletakkan di dalam badan yang dipanggil terapi radiasi dalaman atau brakiterapi. Sumber radioaktif, yang dipanggil implan, diletakkan terus kepada tumor atau berhampiran tumor. Ini memberikan dos besar radiasi terus ke sumber kanser pesakit. Implan ini mungkin bentuknya kelihatan seperti wayar, pelet, atau biji.

Jika implan diletakkan di dalam tubuh pesakit, pesakit mungkin diberi arahan khas seperti mengelakkan kehamilan semasa proses tersebut. Hanya selepas beberapa minggu ke beberapa bulan, implan berhenti memberi radiasi, dan pesakit boleh kembali ke aktiviti biasa. Bagaimana pun, implan akan kekal di dalam badan pesakit selama-lamanya.

Sesetengah implan boleh dikeluarkan selepas tempoh beberapa jam atau hari. Selalunya ia dilakukan di bilik peribadi di hospital dan pelawat hanya dibenarkan untuk bersama dengan pesakit untuk jangka masa yang singkat saja.

Jenis jenis kanser yang paling biasa dirawat dengan terapi radiasi dalaman adalah:

  • Kanser payudara
  • Kanser pangkal rahim, ovari, pelv
  • Kanser di bahagian kepala atau leher
  • Kanser paru-paru
  • Kanser di bahagian kelengkang
  • Kanser prostat


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ada nampak ramai #hemohim..ngtkan benda apa lah. ada follow ig pesakit2 kanser lymphoma lah mcm2.ada baca gak, yg benda ni bukan ubat baikkan kanser, tp bantu pesakit dlm hadapi kesan kimo. supaya kesannya xlah terasa sgt. omputih lah rata2 dlm ig amik supplement ni

cite sikit eh pengalaman jaga org kanser balik dr kimo aku masuk tandas sambil tahan nangis tolong potongkan rambut dan cukurkan. awal2 dh siap download dlm phone, artis2 hollywood yg cantik rambut  botak mcm natalie portman. siap cite kalau x,xmerasa nak ada rambut pesen retis. knp doc suruh botakkan rambut awal2?sbb kesan kimo rambut akan gugur, bila pesakit bangun tido,atau sikat,basuh kepala,   tgk rambut banyak tertanggal ianya akan beri kesan dr segi psikologi. akan membantutkan semangat juang, rasa rendah diri dlm diri pesakit.

pesanan akhir, yg takut buat chemo sbb dgr cerita org. kalau dia sdiri tak pernah kena, tp cerita mcm pernah chemo, kau lempang je pakai kukur kelapa mulut org mcmtu k. suka aku nak ingatkan, ipar aku sendiri jd mangsa ikut cakap org, bila akhirnya dh terlambat.. masa buat rawatan dia sendiri cakap menyesal tak buat dr awal. aku nk jdkan kisah dia ni sbgai pengajaran supaya jgn mudah percaya cite org.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq.. very informative article.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2017 05:14 AM | Show all posts
Adakah telah dibuat Randomized Clinical Trial pasal penggunaan HemoHIM ini? Jika supplement sahaj, dan bukan ubat yang betul betul dikaji, bagaimanakh kita hendak tahu ianya tidak beracun atau betul betul berkhasiat?

Supplement adalahs sangt berbeza dengan Chemo therapy atau Radio Therapy.
Setakat ini, di hospital di negara mana pun, chemotherapy adalah yg the only treatment yg terkawal ..di South Korea ke Japan ke, anywhere.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2017 12:12 PM | Show all posts
Edited by cyberdad at 7-4-2017 07:23 PM

Rujuk beberapa Research & Studies oleh pakar pakar tentang HemoHIM disini !. Baca juga sumber NCBI.
Baca juga kenyataan Dr Francisco C Tang, seorang pesakit kanser tahap terminal tentang pengalamannya sendiri jalani kemoterapi bersama pengambilan HemoHIM. Beliau kini sembuh sepenuhnya. Muga muga info ini dapat dimanfaatkan ramai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2018 03:13 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 12-2-2019 02:31 PM

Insyallah mulai December 2018, HemoHIM akan dijual secara rasmi di pasaran Malaysia. Harganya jauh lebih jimat dan murah berbanding membeli terus dari Korea atau Singapore sebelumnya kerana kos pengangkutan udara. Tuan puan atau sesiapa saja yang berhasrat dapatkan produk ini pada harga jimat, boleh lah whatsapp ke (pm for no) untuk bantuan.

Muga produk penemuan terkini hasil kajian selama 8 tahun oleh KAERI Korea Selatan ini dapat dimanfaatkan oleh ramai warga yang memerlukannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2018 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cyberdad at 25-3-2019 07:39 AM

Mulai 27 November 2018, HemoHIM akan mulai dijual secara rasmi di Malaysia pada harga jauh murah berbanding membeli terus dari Korea. Untuk pertanyaan lanjut, Tekan Sini !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2019 10:26 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 7-7-2020 09:42 AM

Mereka yang telah mendapat manfaat dari supplement hasil penemuan dan pembangunan teknologi anti kanser Korea Selatan ini. Google sini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2019 11:21 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 7-7-2020 09:41 AM

Kanser masih merupakan penyakit yang paling ditakuti dandianggap sebagai kad maut untuk seseorang. Berdasarkan data WHO tahun2012, terdapat 14 juta kes kanser baru dan telah menyebabkan 8.2 juta orang mati.Hanya dalam tempoh dua dekad, peningkatan kejadian kanser berlaku secara drastiksehingga 70%. Berdasarkan statistik KKM, kanser adalah penyebab kematian ketiga terbesar di Malaysia tahun 2016.
Tetapi sejajr dengan kemajuan teknologi dalam bidangperubatan, kanser tidak lagi menjadi hantu yang menakutkan. Hariini semakin ramai pesakit kanser telah sembuh dan berjaya melepasi rawatan.Rawatan yang diberikan kepada pesakit kanser di hospital setakat ini ialah kemoterapi,radiasi, dan pembedahan. Setiap rawatan ini mempunyai peranannya sendiri dalammemerangi kanser. Setiap pesakit kanser juga boleh menerima rawatan yangberbeza daripada pesakit kanser lain, bergantung kepada jenis kanser, tahapkanser, dan lokasi pertumbuhan sel kanser.
Walaupun kadar penyembuhan semakin tinggi, tetapi sesetengahpenghidap kanser masih merasa takut dan tidak mahu melakukan rawatan keranamereka takut akan kesan sampingan yang timbul akibat rawatan kemoterapi/radioterapi . Memang benar rawatan kanser juga mempunyai kesan sampinganyang serius, boleh menyebabkan masalah kesihatan lain timbul malah membawa kematian. Adakah kemoterapi benar-benar berkesan untuk merawat kanser? Benarkah kebaikannya lebih besar daripada kesan sampingan yang boleh membawa maut?

Ubat-ubatan kemoterapi yang diberi kepada pesakit kanser berfungsi dan berperanan memusnahkan serta menghentikan sel-sel yang semakin membiak. Sel-sel kanseryang tumbuh secara tidak normal tentu saja akan dimusnahkan oleh ubat-ubatanini. Walau bagaimanapun ianya bukan sahaja memusnahkan sel-sel kanser, malah sel-selnormal berhampiran yang berkembang dan membiak juga turut akan musnah. Ini kerana ubat kemoterapitidak dapat membezakan antara sel-sel kanser dan sel-sel normal. Olehitu banyak kesan sampingan yang disebabkan oleh kemoterapi kerana cara iaberfungsi ikut memusnahkan pertumbuhan semua sel disekitar kawasan yang terlibat. Akibatnya sel sel normal yang sedang berkembang akan rosak dan menyebabkan gangguan terhadap rangkaiannya yang dalam proses membiak. Sekiranyahampir semua sel dalam badan sedang berkembang, kemoterapi boleh menyebabkankerosakan kepada semua tisu.
Justru itu kemoterapi masih lagi menjadi topik perdebatan danpertimbangan di kalangan pakar perubatan. Malah beberapa kajian turut mendapati bahawa kemoterapi juga sebenarnya menjadi penyebab kematian pesakit kanser. Kematian inidisebabkan oleh kesan sampingan melampau yang dialami oleh pesakit kanser, bukandisebabkan oleh keganasan daripada penyakit yang sedang dialami.

Satu penemuan dalam penyelidikan yang dijalankan diUnited Kingdom, kemoterapi diketahui telah menyebabkan kematian hampir 50% daripadajumlah pesakit kanser payudara dan kanser kolon yang menjalani rawatan. Malah kajian itu juga menunjukkan bahawa pesakit yang lebih tua danmempunyai status kesihatan yang lebih teruk, rawatan kemoterapi lebih banyak memberi impak buruk kepada mereka berbanding pesakit muda


Pun begitu sehingga hari ini kemoterapi masih lagi merupakan rawatan yang palingkerap dan dianggap terbaik untuk membuat pesakit kanser pulih daripada penyakit mereka.Oleh itu kemoterapi masih disyorkan untuk pesakit kanser. Perkara penting yang perludiperhatikan ialah pengendalian kesan sampingan yang sebaik mungkin agar kesan buruk berkenaan tidak menjejaskan status kesihatan pesakit dan membuat mereka lebih kronik.

Bukan itu sahaja, pesakit juga mesti mempunyai sistem imunyang kuat. Ini boleh dibantu dengan supplement dan pengambilan makanan sihat yang mampu menguatkan sistem imun tubuh. Dengan cara ini diharapkan pesakit kanser dapat menjalanirawatan dengan meminimumkan kemungkinan kesan sampingan kemoterapi. Penemuan HemoHIM oleh para saintis Korea Selatan adalah suatu yang amat membantu para pesakit kanser kerana supplement ini jelas mendapat pengiktirafan sebagai Imun Booster Anti Kanser yang telah didaftar dan dipatenkan dibanyak negara serta mendapat kelulusan FDA.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2019 11:19 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 7-7-2020 10:01 AM

Kesan sampingan umum kepada pesakit disebabkan proses rawatan kemoterapi:
1. Keletihan
2. Keguguran rambut
3. Mudah lebam dan pendarahan
4. Jangkitan
5. Anemia (jumlah sel darah merah yang rendah)
6. Pening dan muntah
7. Perubahan selera
8. Sembelit
9. Cirit-birit
10. Masalah mulut, lidah, dan tekak seperti luka dan sakit ketika menelan
11. Masalah saraf dan otot seperti kebas, kesemutan dan kesakitan
12. Perubahan kulit dan kuku seperti kulit kering dan perubahan warna
13. Perubahan kencing dan pundi kencing dan masalah buah pinggang
14. Perubahan berat badan
15. Lemah otak yang boleh menjejaskan tumpuan dan tumpuan
16. Perubahan mood
17. Perubahan dalam fungsi libido dan fungsi seksual
18. Masalah kesuburan


* Amat penting memastikan sistem imun tubuh sentiasa kuat sebelum, semasa dan sebaik selesai menjalani rawatan.


*Untuk pastikan anda mendapat Hemohim Asli (bukan tiruan/klon kerana ada yang tiruan dijual di beberapa platform lain), sebaiknya order sendiri di website rasmi Atomy Korea Hanya perlu daftar percuma untuk membuka akaun sebagai pelanggan dan boleh beli terus dan buat bayaran ikut keselesaan (banyak pilihan). Whatsapp maklumat anda di SINI untuk dapatkan akaun pelanggan dan dalam masa tidak lebih 1 jam, anda akan boleh login dan buat belian sendiri di website Atomy Korea (jimat dan selamat).
Hemohim segera hadir di Indonesia (MUI Halal Certified)



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 05:43 PM | Show all posts
Alhamdulillah my dear one dah sembuh kanser...x perlu kimo... moga x jadi lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2022 01:18 PM | Show all posts
Best Ultrasound Scan Centre in KL & Malaysia
Thanks to the founder, Dato Vanessa, who was embarking on trips with her best friend who was expecting at the time, realized that ultrasound centres had facilities and waiting times that were far too long and strenuous.
She soon realised that many others shared similar sentiments as her. The market, especially where parents-to-be, did not address their concerns therefore, they were hoping for a smoother experience in hospitals as part of their pregnancy journey.
Determined to “do something for moms-to-be”, Dato Vanessa wanted to change the perception that ultrasound centers are cumbersome and while also working to improve the overall experience for ultrasound patients.
Having identified this market opportunity, she went on a conquest to transform the ultrasound experience by establishing the brand armed with goodwill and passion— building the largest premium ultrasound centre in Malaysia (6,000 square feet). which is also the first comprehensive ultrasound centre (pre- & post-natal) of its kind in Malaysia.
Mission
To innovate the ultrasound industry by creating a top-class healthcare experience.
This includes but is not limited to advanced medical technology for sonography, nutritious lounge bar setup and photography services for conceiving mothers.
Vision
To be the leading healthcare service provider that specialises in offering innovative ultrasound/diagnostic imaging solutions, through a personalised experience.
Core Values
● Pledge to Our Customers.
● Respect.
● Compassion.
● Innovation.
● Integrity.

Thus, Blessono was born.
The name “Blessono” stems from the word “bless” that connotes “life” in general which comes as a blessing and coupled with the word “sonno” for “sonography”— reaffirming Blessono as one of the most sought-after ultrasound centres in the country with unrivalled and unique experiences

2D Growth Scan: This is the conventional and most traditional form of scan during pregnancy.

During the growth scan we will take measurements of your baby’s head, tummy and leg.
From this we can determine an approximate weight of your baby and compare measurements
with gestational averages to give you a clear indication of your baby’s progress.

2D detail Scan
2D DETAIL SCAN : This is the most common and traditional type of scan during pregnancy
This produces a black and white image that shows your baby's skeletal make-up and internal organs

3D/4D Scan
3D/4D Scan is a sophisticated method that captures a true, three-dimensional image of your baby,
allowing you to see specific facial features and well-defined formation. Baby will be yellow/tan in colour.

5D Scan
5D Scan is an exciting new technology that allows you to see your baby in a realistic view,
also known as the flesh tone look. This will display the baby in a reddish/pinkish colour,
as if you were viewing the baby inside the womb.

6D Scan
6D Scan uses a virtual light source, a digital flashlight, to highlight the reflection in order
to create a deeper and more refined image; however, it does not emit actual light.

Our Website: https://blessono.com
Blessono Premium Ultrasound Centre
Wholly Owned by Medi Safetest Sdn Bhd (1371037-P)
Level 3, 122 Jalan Maarof, Bangsar,
59000 Kuala Lumpur
+603-2201 5956
#2D Growth Scan, 2D detail Scan, 3D/4D Scan, 5D Scan, 6D Scan, VR Scan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 2.240249 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list